:: love is a gift ::

Wednesday, June 30, 2010

urusan borang nikah

hehehe..

entry ini ialah untuk post link ini.
panduan kebenaran kahwin negeri kedah

untuk rujukan masa depan.
credit goes to cik aween.
thank you.

=)

Monday, June 28, 2010

photographer hunting 1

initially saya pikir nk amik photographer dari kedah for wedding. dan encik tunang amik dari KL/negeri Sembilan. tapi bila disurvey2 macam ada tawaran yang menarik je if we take both side coverage.

this is just a reminder for myself, for later reference.

photographer A (based in KL)

RM3220 (termasuk accomodation+transport)
3 events - nikah, sanding di kedah + bertandang di negeri sembilan
+ 2 custom album 10 inch x12 inch
+ 1 sticky album 15inch x 15inch120 keping 4R
+ coverage dari time mekap sampai outdoor
+ 1 goldplated frame +11R pic
+ DVD + pouchbag

kalau nak tambah VideoHD record + rm900 for nikah+sanding or +rm1500 untuk 3 events.


photographer B (based in Kedah)

RM3100 (termasuk accomodation + transport)
3 events - nikah, sanding di kedah + bertandang di negeri sembilan
+ 1 custom album 10 inch x 12 inch
+ 1 custom album 12 inch x 12 inch
+ 1 sticky album 15inch x 15inch 100 keping 4R
+ DVD softcopy with box
+ Exclusive Bag
+ unlimited pictures
+ unlimited hours
+ 1 frame +30 inch x 20 inch pic


p.s.: encik tunang dah mula merungut, i'm too obsess with this wedding preparation. everytime we talk, always about quotation here, quotation there, what to do, where to find, what she said, what he said (wedding related). i'm so sorry my dear.. maybe i'm just too excited. mungkin saya patut slow down everything a bit.. nanti saya sambung balik blogging ye, from time to time.

anything to share i will surely share here.

yaahoooo..boleh joli katak..xyah pikir pasal plan kawin.. dah sakit kepala.

keep blogging girls! saya nak baca!

mungkin lepas ni, encik tunang yang akan update..sebab saya hanya akan goyang kaki tangan mengikuti perkembangan. hahahahahahaha...


Sunday, June 27, 2010

jubah for nikah

as usual melompat sana melompat sini, found this blog. kalau sesapa have limited time/budget for nikah dress, why not try this jubah, harga dalam rm170-180. siap beads. simple and so nice. kalau nak pakai untuk majlis sanding pon sesuai.

(alamak..hati dah mula goyang sana sini ni..cantik. murah plak tu..siapa nak bagi harga baju nikah/sanding less than rm200..tambah veil..wallaah..aiyaakk..camne ni..hehe)

white

Thursday, June 24, 2010

kalendar cuti sekolah 2011

sape planning nak kawin tahun depan..
angkat tangan!!

(*angkat tangan sambil lompat2*)
tapi kalau ade nak sponsor, saya nak kawin cepat. huhu..

this is for you.
kalendar 2011 dengan cuti sekolah

ni belum official lagi. tapi boleh la pakai buat reference.

kalau salah, salahkan orang tu. bukan saya. ekeke..

credit to nora a.k.a aira for that link.


Wednesday, June 23, 2010

chenta hati & jiwa


ini lah chenta hati dan jiwa saya. sepenuhnya. saya mau kawin.. tapi kadang-kadang saya sayu, kerana saya bakal bukan lagi tanggungjawab mereka. pada suatu hari, saya baringkan kepala atas riba mama.. mama tengah lipat baju, huu..bukan nk tolong.. mama bebel2 x tolong lipat baju tapi mama biarkan saya baring, sambil ubah2 kain baju yang dah dilipat. standard la tu..tangan bergerak seiring dengan mulut. huhu.. saya tanya mama.. "ma..nanti dah kawin, boleh duduk camni lagi tak.." (bodoh kan soalan saya..tapi saya nak dengar mama jawab kot). mama jawab "boleh la..tapi tak segan ngn somi ka nanti? " "awat nak segan??" "mana tau.."

dan soalan bodoh beterusan..

sampai kena halau. hahaha..

saya rindu mama abah. sekian.

p.s: tu konon2 mini pelamin tunang saya. deco by qistin.

Tuesday, June 22, 2010

package pengantin : calling help from b2b northern n nogori

i'm also having this (click the link) problem. huhu..

walau tarikh belum ditetapkan tapi disebabkan hubungan jarak jauh, kami kena mula survey dari sekarang. nasib baik takwim sekolah 2011 belum keluar, kalau tak, tah2 dah booking siap2. hehehe.. untuk bersanding dan bertandang, we decided to amik package pengantin dari satu butik je. eh..asing2 la. satu di sebelah saya, satu lagi di sebelah beliau. kira full package, covered semua.
- pelamin
- baju sanding/tandang
- hiasan bilik
- arch
- hiasan meja makan- make up

mama kata " mama kan..dah laaaammaa teringin nak buat kenduri yang pakai freshflowers.." (mungkinkah mama sudah berangan2 semasa saya kecil?) huhu..yer lah mama..nanti kita amik yg freshflowers. maka tambah satu lagi dalam list.

- freshflowers

b2b dari utara, alor setar, need ur help now. any suggestion? saya dah survey2 a few tempat, sampai ke jitra. tak banyak butik yang biasa dengan bunga segar. alasannya, cost tinggi. mungkin sebab kedah sangat panas, maka susah nak maintain kesegaran bunga, harga bunga segar kat sana pun agak tinggi.

percaya tak, untuk artificial flowers, covered 6 items di atas sana tu, boleh dapat dalam RM 1200-RM1500. Kalau nak baju baru, tambah la sikit, jadi RM2000+. .n maybe less. saya dah terbeliak bijik mata, sambil control2 balik..wooowww!!! nak kawin esok! haha.. tapi disebabkan permintaan mama yang dah lama teringin tu..hehe.. cost utk freshflowers ke kedah boleh jadi harga pakej meningkat mendadak sehingga ke RM5000+. lagi sekali saya terbeliak dan control2 ayu..aduss..

kalau nak pakai freshflowers, sebaiknya cari orang yang memang dah biasa handle freshflowers. sebab dalam masa yang agak last minutes dia perlu menggubah di banyak tempat dan kena memastikan bunga2 dapat bertahan lama. kang pengantin baru sampai, bunga dah layu. so far, saya jumpa 2 bridal butik yang memang dah biasa dengan freshflowers. takkan nk bawak dari kl, bajet bukan banyak sangat pon. huk huk T_____T

1. sazai boutique

direkemenkan oleh kawan saya yang baru melangsungkan perkahwinan masa cuti sekolah lepas. saya dah pegi jumpa the owner- abg saidy. dia usahakan sama2 dengan isteri tercenta. saya suka PR dia, sangat open minded untuk berbincang dan menerima serta memberi pendapat. dia sudi keluar dari kebiasaan bridal di utara. disebabkan susah nak guide jalan ke tempat dia, dia datang amik saya di tepi jalan. hehe.. barang2 & baju2 dia pun cantik2. x meriah makngah..lip lap lip lap seperti saya jumpa di kebanyakan butik. (sorry ye..no offense please..) abg saidy hanya pakai freshflowers, tak pernah pakai artificial flowers. dia kata dia tak reti nak gubah bunga tiruan. camtu plak..

contoh hasil tangan sazai boutique
wedding wan hirman & zati iwani
(dewan darulaman golf club)

hiasan meja makan beradap
belakang : pelamin


hiasan dewan & tempat potong kek

what say you? ok tak?
2. Tar Tera Bridal

abang 'kak' tat ni sangatlah diva. cakap memang up habis. sabar je lah.. ayat beliau "saya tak buat simple2, nanti orang cakap, eh abg tat buat macam ni je?" dan " selalu2nya saya buat untuk datin2 dan kerabat2..so tak boleh laa buat biasa2" woww..! haha.. first time saya pegi butik beliau, dengan qistin. macam malas nak layan kitaorang. tanya harga semua, dengan muka penuh diva dan pandangan "mampu ke ko bayar aku?". serious time tu rasa macam wt*. tibe2 my auntie rekemen dia..pastu kitorg pegi satu family..bukan main mesra lg layanan. abg tat sort of the terhutang budi dgn my auntie.. tapi ayat datin kerabat n grand2 tu memang tetap ada la. heh.. for his works, bagi saya memang cantik. dan dia bukan tergolong dalam typical bridal boutique di kedah. fine...ko bleh la nak belagak. memang cantik la dia punya pelamin ni. huhu..
price: dia bagi rm4500 termasuk hantaran tapi terlupa nak tanya untuk baju baru..ni harga kawan2 (sebab my auntie).

contoh hasil kerja tar tera
source : butterflyinframe
(p.s: alena pinjam gamba ye)

pelamin theme garden alena
(korang ingat senang kat kedah nak cari theme garden!!??)
thumbs up untuk alena!

mini pelamin tunang alena

kalau fikirkan attitude, memang tak hingin saya hired dia. tapi fahami lah betapa susahnya nak cari bridal butik kat kedahyang boleh handle freshflowers dengan baik dan cantik.maka, tar tera in the list. belum confirm apa2 lagi..ada suggestion lain?

side encik tunang di nogori

untuk side encik tunang, insyaAllah side dia akan bermajlis di kampung beliau di kuala pilah. tapi atas dasar pemalas nak cari bridal butik, beliau macam nak hired bridal yang adik saya amik hari tu, izzstudio rawang. PR 110% markah. kak ayu yang kecoh dan abg wan yang cool. sembang macam dah 10 tahun kenal. harga pon sangatlah menarek. package di atas termasuk freshflowers + photographer + transportation ke kuala pilah RM4050. menarek kan? bleh discuss dan request sambil bergelak ketawa.

but i need suggestion bridal boutique dari senawang/seremban/kuala pilah yang menarek.

izzstudio
dewan alwy frim kepong
(nampak tak sape kt tepi tu..hihi)


Thursday, June 17, 2010

review e-day : OP

saya dah lama booked OP ni. awal tahun kot kalau tak salah. saya ingat nak suruh sedara mara atau kawan2 je yg amik untuk tunang ni. tapi pikirkan balik, diorang pon belum tentu dapat balik. n saya tak mahu diorang terikat dengan commitment untuk amik gamba majlis saya..sedangkan saya mahu semua orang boleh enjoy the day, dan bergamba bersama saya. jadi, saya decided nak cari OP. budget rm500 xlebih. haha..

saya berkenan ngn azzaharry, the clique (link kt sebelah), tapi dia fully booked. pastu saya jumpa website snapsyndicate. i tried my luck. team diorang ramai. tapi charge diorang plak macam lebih. dengan bestnya, encik arie tanya bajet saya, dengan jujur ikhlas saya bgtau. hehe.. then dia cadangkan saya amik junior photographer. saya tengok hasil2 dia dan saya ok. deal.
ni hasil2 tangkapan beliau yang dah diedit oleh beliau.

OP : saiful bakhtiar - snapsyndicate/padistudio

saiful datang on-time as promised. tapi sian dia, dia demam. nak makan pun xlalu. dia minum je. dia commited dengan keja. tapi part nak suh posing2 dia x berapa nak pandai lagi. mungkin sebab dia demam atau dia segan. heh..photographer takleh segan2 tau. tapi gamba candid dia best. saya suka. dalam seminggu dah dapat album n cd. saya amik sticky album je. nanti dah ade budget lebih baru nk buat photobook. sapa nak no contact dia..sila email saya k. thank you.

Wednesday, June 16, 2010

pameran pengantin 2010

ok, just nk post this. harap2 boleh pegi.


jom!

Sunday, June 13, 2010

w-day preparation is now begin

semalam saya memulakan preparation untuk w-day. perbincangan dengan my parents tentang pembahagian tugas dan keperluan. lepas tu saya mula buat calculation dan budget. tergolek2 terguling tengok angka.

weeeeiiiihhh!!! camne korang ade banyak duit nak kawin niiii???
ok saya dah saiko sorang2.. biar betul ada duit banyak ni!!!!!!
T_______________T

tolong la sponsor!!! huuuuuuuuu.........
rasa nak muntah ok!!
apa lagi, panic attack lah..mangsanya encik bolat tercenta.
last2 dua2 panic. padan muka..huhu..
ayat penyedap kami ialah.."takpe..lps kawin kita byr hutang sambil peluk2 selalu.. sebab susah nak dapat kena la peluk2 selalu..huhu"
pastu dua2 tersengih..


Ya Allah permudahkanlah, murahkanlah rezeki kami demi mencapai tuntutan agamaMu ini.

esok nak pusing satu kedah..eh over tau..nak pusing satu alor setar n jitra..tengok bridal boutique yang menarek..

bismillah..

Wednesday, June 9, 2010

review e-day : outfit - baju,tudung & veil

baju
buat pertama kali dalam hidup saya, saya ada baju semahal ini. baju nikah nanti lagi mahal kah? huuu.. saya seorang yang agak susah nak cari barang. baju ke, kasut ke, handbag ke..cerewet ke? macam tak sangat. tapi..susah nak berkenan. kalau dah berkenan, yang tu je saya nak. hehe.. ataupun saya dah malas n penat nak cari.

material kain utk baju tunang saya ialah beaded chiffon, lining dengan satin. jangan tanya jenis yang mana satu, saya memang tak kenal kain. beli di jakel jalan tar. saya cari dark pink. tapi x jumpa yang berkenan, saya terbekenan pula dengan warna pink peach ni. encik bolat terpaksa rela pakai sedondon warna pink jugak. baju saya simple je, beaded di hujung tangan, bawah baju dan kaki kain. baju kurung moden princess cut. saya sangat suka baju saya. memenuhi apa yang saya nak..simple, nice n sweet.

ini lah rupanya beads itu. =)

material : chiffon beaded + satin lining
vendor : jakel jalan tar
harga kain : rm ***
(4meter kain chiffon + 4meter kain satin
+ 5.5meter satin untuk baju melayu + kain sampin)
time ni tatau skill harga mak andam

designer? (tailor je kot) : kak maya
upah jahit : rm ***
designer baju melayu : sahjaya wisma yakin
upah jahit baju melayu : rm **

total semua : masih rm ***
hooyeaahh!!
all fully recommended!

baju boleh pakai untuk raya & majlis kenduri kendara lain.


tudung
tudung saya, custom made oleh koleksi vispera. design direquest oleh saya. as usual saya nak yang simple2 ja. saya tunjuk gambar ni kat puan vispera, nak pakai macam tudung bawal biasa. nak awning kecik ada beads simple2. puan vispera dan suami beliau merupakan kawan encik bolat masa belajar dulu2. jadi, masa pergi test sample kat umah beliau, jadi sesi melawat umah baru diorang dan mengupdate cerita masing2 lah. muka saya rupanya tak sesuai pakai awning kecik macam aida gadis melayu ni..jadi kena pakai awning biasa.

sumber inspirasi tudung saya

puan vispera yang kreatif tu telah berjaya menghasilkan tudung idaman saya. walopon tak boleh pakai awning kecik, tapi susunan beads telah disusun nampak macam awning kecik tapi still sesuai dengan muka saya. yeaayy!! thank you awe!

ni mms puan vispera hantar sebelum manik dijahit untuk confirm design.

material : chiffon silk (ye ke nama kain camni?)
vendor : koleksi vispera
price : =D awe bagi free..yeay!thank you sgt2!!

veil
veil saya sebenarnya veil kawan saya, aqeelah, yang bertunang baru2 ini. (dia dah nak kawin next weekend). kebetulan warna lebih kurang dengan baju saya. veil tu ialah kain lebihan daripada baju dia, dijahit tepi, ditambah batu2..taraa...jadi veil. disebabkan veil tu tak cukup panjang, maka kena lepas ke belakang. saya suka..kalau yang panjang ke depan tu, saya mungkin terbatas pergerakan. kena ayu2. saya tak ayu ok, lemah lembut jauh sekali. hehe..sopan tu ada lagi la.

nak tengok saya pakai ke?
hehe =)
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
bismillahirrahmanirrahim
.
.
.
.
.
.


ngee.. (malu)

close up tudung

masa tangan sejuk dan menggigil dan senyum kaku

.
.
.
.
.
.
.
n present to you


my dear fiance

(elya, ye, awak kenal..hehe)

handflower n ala2 mini pelamin saya hasil tangan magic Qistin.
thank you babe!

Tuesday, June 8, 2010

review e-day : hantaran

saya sungguh berdebar untuk mengupload gambar sendiri di sini. huhu..ok let's start with hantaran dulu. hantaran kami, perancangan awal 5 berbalas 7. tapi ada tambahan 1 daripada pihak encik tunang (waah...dah tuka title..hehe), maka jadinya 6 berbalas 7. tak termasuk tepak sireh.


the blue white from him..termasuk kek ladybird yang sangat comel dan sedap tu. dihias dengan cantik dan lovely oleh my bestfriend, Queen DIY Qistin from Q&A, (yee!! dia kawan baik saya! hehe). manakala the pink silver from me, dihias oleh Tar Tera Bridal kat Jln Stadium Alor Setar (mama yang tempah). sireh junjung yang berbunga ros pink itu, digubah khas oleh my dear sister, Fuzz dengan hanya tengok contoh dalam magazine..*ting* mcm magic. sweet kan.. kek ladybird yg comel dan sedap tu, ditempah di Secret Recipe!



tepak sireh
tepak sireh kat situ ada dua. satu tepak sireh menunggu. satu yang datang. saya pun tak tengok masa acara cakap bercakap berlaku. menurut sumber yang dipercayai, tepak sireh yang dibawa tu diletak depan wakil masing2, mungkin dulu2 untuk dimakan sambil cakap2 kot. kalau mengikut adat, bahan2 dalam tepak tu; gambir, bunga cengkih, pinang, kapur, sireh tu.. amik sikit dari belah laki masuk sikit kt belah pompuan, vice versa. tapi masa saya bertunang tu, saya rasa tak ada pon yang buat camtu.

saya di dalam bilik, tengah merepek2 bersama kawan2. hehe..tiba2 pintu dibuka dan menjemput saya keluar. dan tiba2 juga, lutut menggigil, darah hilang dari badan. sejuk. huhu.. saya menggigil ok masa kena sarung cincin. senyum kaku.

=)

Monday, June 7, 2010

the e-day

credit pic : snapsyndicate/padistudio
OP: saiful bakhtiar
the ring : tsutsumi jewellery japan

alhamdulillah..
selesai sudah majlis pertunangan saya.
segalanya berjalan dengan baik.

tak ramai kawan-kawan yang dapat datang, tapi cukup untuk menghibur dan menenangkan saya. tak semua saudara mara yang dapat balik, tapi cukup meriah dan meringankan tugasan beban kenduri yang ada. keluarga saya besar. bertambah besar dengan tambahan keluarga yang datang dari jiran-jiran saya yang sangat banyak membantu.

semoga Allah memberkati hubungan ini dan mempermudahkan jodoh kami serta berkekalan sampai akhirat. amiinn..


Sunday, June 6, 2010

06.06.2010

06.06.2009
it was the very first time we met.
hehe..so sorry dear, i really don't remember you that time.

it's been 365 days.
today, the same date, soon, we're going to move a step ahead.

dearest blogger friends,
please do pray for us..hope everything will go smoothly and well.
hope our jodoh dipermudahkan dan diberkati oleh Allah.

it's 1.15am now.
finally have the time to rest.
my mom was having panic attacked the whole day..
as she never handled a kenduri before.
the whole big family, friends and neighbours are here to help..
but she's trying to do everything on her own.. n nak served semua orang.

things are quite messed up, as she tried to make sure the rumah kemas..
sampai semua nak disimpan..dan barang tak tahu kat mana.
even barang yang akan digunakan.

tomorrow is the day.
insyaAllah..