:: love is a gift ::

Wednesday, August 25, 2010

butik pengantin di utara

berikut ialah senarai butik pengantin di negeri-negeri di utara beserta linknya. sudi-sudikanlah untuk panjangkan senarai ni untuk rujukan kita semua dengan meninggalkan nama butik dan link websitenya di ruangan komen. kalau ada review pun boleh juga. jom kongsi2 ok.

1. Saidie Bridal : http://www.saidiebridal.com

2. iras prestige : http://irasprestige.blogspot.com/

3. Butik Syamsyais : http://syamsyais.fotopages.com/

4. De Zara Boutique : http://dezarawedding.fotopages.com/

5. Dterunadara : http://dterunadara.fotopages.com/

6. Tar Tera : facebook

7. Butik Kamarul&Yani : facebook

8. Andaman Patimah : facebook

9. Romzy Studio : http://www.romzystudio.com/

10. SNS Anggun : http://sns-anggun.blogspot.com/

11. Butik Cinta : facebook

12. Gen's Great Idea - http://www.gensgreatidea.com/

review with pictures refer to this.


*latest updated : 4 Jan 2011

senarai semak

this is a proper post for wedding checklist. for your reference & of course, mine.

1. nikah, sanding & bertandang date
- confirmed

2. kursus kahwin & legal docs
- kursus kahwin : done
- hiv test : done
- borang : done

3. venue
- nikah : masjid
- sanding : home
- bertandang : home

4. catering & canopy
- kedah : assigned to abah. booked.
- bertandang : booked

5. pelamin & decor
- kedah : booked. deposit - paid
- bertandang : booked. deposit paid.

6. photographer
- nikah, reception & bertandang : booked. deposit paid.

- pre-wedding : indoor shooting - done :)

7. videographer
- nikah & sanding : booked.
- bertandang : decided - no videographer.


8. wedding outfit
- nikah : design decided. measured. next fitting in May.

- sanding :design decided. measured. fitting in May
- bertandang :
songket. fitting in May.

9. makeup

- nikah & sanding : booked.
- bertandang : wedding package - booked.
- inai : booked.

10. favors
- marhaban : done
- sanding :
done
deco + tq tag : in progress
rombongan family :done by auntie zam
kids : box - done sweets: in end of May

- bertandang :

all guest : decided - to be booked.
rombongan family : in progress

kids : decided

11. bunga pahar
- sanding : done by makcik leha

- bertandang :done

12. hantaran
- for him : 7/9 completed
- for her : 6/7 completed
- decorator : mama fauziah, kakyang & auntie zam

13. rings
- his : done

- hers : done

14. invitation card

- nikah : no card
- sanding : sending for invitation in progress
- bertandang :
sending for invitation in progress

15. cake
- sanding : booked
- bertandang : no cake

16. tok kadi
- booked


17. handbouquet
- nikah : pinkish carnations

- sanding : FOC from WP.
- bertandang : FOC from wedding planner.

18. guest list
- ongoing


19. ceremony, entertainment & kompang
- sanding : gendang silat - assigned to abah
- bertandang : kompang
- cd of favourite songs :assigned to pian. haha..ye lah tu.

- marhaban : assigned to abah


20. pengapit

- kedah : confirmed
- bertandang : confirmed


21. dresses for family
- kedah : variations of purple
- bertandang : cream

22. wedding heels
- nikah - lovely white : done
- tandang - royal plum : done
- bertandang : stylo silver : done

23. event itinerary
- belum berfikir lagi

24. wedding props
- bunga manggar : assigned to my sisters & brother
- signage : assigned to eija & alif

- guestbook : assigned to shasha

25. homestay
- assigned to abah : booked

26. spa treatment
- booked

27. honeymoon plan
- assigned to my dear fiance (berangan nak p honeymoon)



source: whitelacetale's wedding checklist

happy preparing!
sedang menenangkan diri sendiri sekarang untuk tidak panik.
harap maklum.

latest updated: 8 May 2011

Monday, August 23, 2010

the checklist

sebelum bertunang lagi saya dah ada wedding checklist. sungguh panjang berjela. semua saya nak buat dan saya nak. berangan kan indah. ada lagi 9 bulan. tetapi sekali pun saya dah tak buka checklist tu. saya takut, sebab panjang sangat. saya takut saya memanjangkan lagi. saya pening tengok banyak menda sangat.

ok. progress saya sehingga ke hari ini.

1. photographer - dah booked.
2. MUA - dah decide, dah call, available.
3. wedding planner - dah booked pakai air liur & sms. hehe..
4. kursus kahwin - dah register, bulan sept ni pergi.
5. baju nikah - wedding planner tolong setelkan sekali. - bulan 12 tempah.
6. hantaran - satu pun tak beli lagi untuk side saya. hehe.. & belum decide nak tempah mana.
7. doorgift - mama sponsored. yeeaayy!!
8. catering khemah - abah sponsored. lepas raya nk p booking.
9. homestay - sama seperti di atas. tapi tak pasti sapa kena bayar. haha..
10. guestbook - assigned to shasha
11. bunga manggar - assigned to kakyang, dear sis, please take note. haha.. here's the link & link
12. DJ & PA system - assigned to abah. hehe..
13. wedding cake - belum decide
14. wedding shoes - dah ada ideas but tak cari lagi.
15. petunjuk arah - assigned to eija..hehe
16. ..lagi apa?

Sunday, August 22, 2010

make up for northern brides

saya sedang gigih berusaha mendapatkan seberapa banyak maklumat untuk jurumekap di kedah sebelum balik cuti raya ni. saya sebolehnya mahu menggunakan perkhidmatan dari tanah air saja. ramai yang berpotensi. tetapi entah kenapa saya rasa mak andam kat kedah terlalu bermurah hati dengan bedak dan foundationnya, pengantin menjadi terlebih putih di muka. cuak.

dan kebanyakannya, perlu bermekap di butik masing-masing. itu yang den lomah tu. kalau boleh nak bertonang ajo kat dalam bilik pengantin. satu kojo la pulak nak kena keluar pegi mekap.

dalam list sekarang ada
kak ram
syamsyais boutique
andaman patimah, sg petani
kak liza (bukan MUA dari KL tu)

any recommendation?


Thursday, August 19, 2010

mari belajar bersama

kursus kahwin.
kecelaruan dan kekeliruan fikiran untuk membuat pilihan.
siapa yang dah pernah pergi? any recommendation tak?
yang menjadi pilihan hati sekarang,

1. al-shahir, putrajaya - meal 4kali, parking free, tempat cantik

2. S & D, Solaris, Hartamas - meal 3 kali, tempat baru & selesa, macam fun. (info source)

3. Al-Nidaa, TTDI - senang nak pergi, tapi x jumpa review.

my planning date: 25-26 Sept 2010
anyone wanna join? boleh juga berteman.
sebab tak boleh duduk sekali dgn tunang kan.

p.s: saya baru confirmkan dgn al-shahir. jom la..*updated*

kadang-kadang

kadang-kadang rasa tak sabar nak kawin..
boleh tak nak cepatkan..
nak dapat pahala berganda2..
nak masak untuk hubby, walaupun masak tak sedap..
nak dok rumah sendiri, hias ikut suka sendiri..
beli barang-barang dapur..
ada life partner.. ada imam..

kadang-kadang rasa betul ke nak kawin ni?
boleh ke hidup sama-sama nanti, accept each other?
dah ready ke nak jadi macam mama..
tak boleh malas-malas..
boleh ke itu..boleh ke ini..semua keraguan menimpa2..

kadang-kadang saya hanya follow the flow..
macam sekarang..
maka flow saya sekarang sangat perlahan..
fokus kepada bulan ramadhan.

saya selalu melompat2..tanpa meninggalkan jejak.
saya gembira baca persediaan semua b2b..
ada perasaan bersyukur, ramai yang nak ikut seruan Rasulullah.
ramai yang bakal dapat berganda pahala.
tahukan pahala orang dah berkahwin berganda daripada org belum berkahwin ketika beribadah?

Tuesday, August 10, 2010

pesan abah

hampir 10 tahun saya di perantauan (bajet macam dok oversea..hihi). jarang sangat mama abah datang semata-mata mahu melawat. kalau ada pun, mesti ada sebab lain. jumaat hingga ahad lepas, they were here! dapat juga melepas rindu kepada mama abah. seronok! =) sepanjang di sini, pergi jalan-jalan sampai ke JB & Ayer Hitam. abah asik berpesan, bulan puasa ni, rajin-rajinlah baca Al-Quran. Kalau sempat, pergi solat terawikh dekat surau ka masjid.

saya tak tahu kenapa lain aura pesanan abah kali ni. mungkinkah kerana ini Ramadhan terakhir saya di bawah jagaannya? T___T abah, i'm not going anywhere.. i'm still your girl. he's not gonna take me away from you..(kan encik tunang kan? =) )

Salam Ramadhan my dear

. friends . bloggers . followers . silent readers .

Semoga Ramadhan kali ini lebih baik & sentiasa diberkati.



Monday, August 9, 2010

Has' engagement

Has is my sister's friend. 08.08.2010 rituh dia bertunang. I met this sweet girl a few times before. Just wanna share with you, the lovely pictures. Credits to Haliza Ali PhotoAddict.

as told by eija (haliza), this lovely outfit was rent from a boutique
at Taman Permata.
xora, take note of the tudung, no detailing at all, as yours. =)
still cantik sangat!

close up of the beads.

isn't she beautiful?
saya jatuh centa. hehe..

Sunday, August 8, 2010

doorgift from ayer hitam

minggu ini saya sangat sibuk. hujung minggu lepas ke kl. kembali ke johor ditemani tunang yang baik hati. sempatlah berdating lama2. jumaat lepas mama abah datang. melawat anak yang ngada2 buat ayat sedih suh datang. hehe.. skang saya kembali sendirian berjuang di bumi selatan ini. T_____T td sempat bawak pusing-pusing ayer hitam. survey harga untuk doorgift. pastu ke kluang railway coffee. saya cadangkan kt mama nak bagi mug atau mini mug. pastu nak tempek sticker nama pengantin, saya ngn encik bolat la tu. hehe..

mug ni macam mug minum biasa tu. ada banyak warna.
kalau 5 = RM 10. kalau beli banyak dalam 1000 lebih dapat 1pc = RM1.10.

yg ni mini mug. abah mama dah berkenan sangat. hampir2 beli tadi. tapi saya cakap awal sgt. mana lah tau hujung tahun ni ada design baru. abah tanak yg corak english style yg bunga2 tu. dah biasa sgt abah kata. tapi yg ni menarek. simple but elegant.
harganya 1pc = RM0.80, kalau banyak boleh kurang lagi.
=)

close-up rupa mini mug. kalau jadi, saya nak amik yg purple tu.
tapi ada jugak rasa nk amik campur2 warna.

yg ni piring kecik. besar piring lapik cawan tu.
harganya RM4.90 1 pc.

yang bekas-bekas telur/potpuri/coklat bercorak english style.
harga seperti tertera RM4.90
saya tak tanya harga kalau beli banyak berapa. sorry..

yang ni tatau ape. tp doorgift la. hiasan kot. harga pun tak pasti, tapi comel.

yang ni bunga kristal, 1 kotak rm18.50
dalam tu ada 6 tangkai.

masa pegi tu ada angin yg agak kuat. suma gantungan kt atas ni berbunyi2. saya rasa sangat cantik la menda2 ni. boleh dijadikan hiasan kan.
use your creativity.

saya pulang dengan harapan dan angan2.
tanpa satu barang pun kecuali mama beli souvenir utk sedara mara.

update: mama abah dah beli kan 2 set cadar untuk saya.
hahaha..suka2! walopon x tengok lagi. tapi saya gembira.

Wednesday, August 4, 2010

pengapit II

baru lepas baca entry missX pasal maid of honor. dan saya mula faham, pentingnya seorang pengapit yang rapat dan sangat memahami. dan saya sudah mula risau.

waaaay before i planned of getting married, saya penah berjanji dengan seorang cousin saya utk menjadikan dia pengapit saya, vice versa. dan pada masa itu dia juga tengah hangat bercinta dan sama-sama berangan pasal kawin. masa tu saya belum pun kenal en.tunang. jadi masa dah confirm, saya terus approach dia tanpa berfikir panjang. dia kata ok.

tapi, when i have a deep thinking about this, saya jadi serba salah. usia beliau sudah mencecah 30. dan beliau baru putus cinta. keluarga besar memberi tekanan hebat kepada beliau tentang perkahwinan. huhu.. saya ingat mulanya tujuan dia dipilih sebab mahu memberi highlight kepada dia. dia kecil comel. tapi keadaan sekarang, dia seperti depress dengan tekanan tersebut dan masih bersedih dengan masalah cintanya.

selain tu, dia sangat lemah lembut. kalau mengharapkan dia alert dan suruh sana sini, memang saya kurang yakin. tapi itu taklah menjadi masalah. sebab saya ada PA. hehe..you know who you are. PA yang tahu segalanya tentang preparation saya dan sangat faham saya. dan saya jugak yakin dengan diri saya. hahaha...( ayat sedapkan hati..).

tapi...yang menjadikan saya sangat serba salah.. masa majlis tunang saya, saya minta tolong beliau bawakan sirih junjung ke luar. kiranya itu kan kepala hantaran. biasanya orang yang penting la tugas tu. walopon tak penting mana pun. and guess what, she refused! dia kata segan. la. jatuh saham.. dan terus keluar dari bilik, n join duduk bersama ahli keluarga lain menyaksikan majlis. errrr...time tu saya dah..errrr...camna ni. sedangkan kwn2 dan sedara mara yang lain yang ditugaskan membawa hantaran tunggu bersama-sama saya di dalam bilik. tu baru bawa keluar hantaran.

parents dah beriya2 sebut2 dia sebagai pengapit. she's seem happy for it. tapi saya rasa tatau samada dia betul2 happy atau berpura2 happy. dia tak pernah bertanyakan apa2 pun pasal preparation saya. adakah saya membuat pilihan yang betul? takkan nak tarik balik?? kalau saya tanya dia betul2 pun mesti dia kata ok. saya yang sangat serba salah sekarang. saya tak mahu sebabkan perkara remeh temeh, saya turn to be bridezilla on that day.

n i really hope dia tak baca. tapi rasanya among family members tak ada yg tau pun pasal blog ni. sebab tu saya prefer dipanggil sikecil. kawan2 pun tak ramai yang tahu.

Monday, August 2, 2010

10 months before - photographer tick!

awal sangat ke saya booking photographer sekarang?
tapi saya sudah jumpa yg berkenan di hati
dan paling penting berkenan di budget. tak salah kan? hehe..
i love the art of his works. encik tunang pun suka.
dan extra credit for him sebab sgt selesa dgn photographer ni.
friendly n senang kawtim. baru kenal tapi dah macam kawan lama.
siap boleh kena mengena. awek dia pun dah jumpa. kebetulan dia nk pegi dating.hahaha..

thanks to mysarah sebab rekemenkan.

syahiran sukardi, snaprepublic, you're part of my wedding!


Sunday, August 1, 2010