:: love is a gift ::

Wednesday, September 29, 2010

dari johor ke selangor

*entry basi*
alasan: sibuk

nawal's wedding
bergerak dari johor pukul 2, naik bas. turun serdang. encik tunang comel bolat amik. straight to putrajaya umah qistin Q&A. siap2. pakai baju ehheemm2.. haha.. then gerak ke umah nawal. encik tunang dah siap2 survey dulu lokasi umah nawal yg terletak beberapa meter daripada umahnya itu. hahaha. dia drop je sebab malas nak cari parking. debar gile!!!!! nasib baik ade qistin..kalo saya dah lari lintang pukang balik umah mak mertua to be dah..hahaha. sampai2..naik ke atas. tengok dalam bilik nawal bridemaids tgh posing2..debar lg..camne nk tegur ni. nawal ni kenal ke tak..dok kt luar bilik tu ada kot 10 min. hahahahahaha....dengan harapan ada blogger yang cam, tegur. *perasan* gambar pun letak masa tunang je. dah penat kena pujuk dengan qistin, baru masuk jumpa nawal. satu perasaan pelik sebut sikecil. hahaha..

ok. pastu turun makan. sambil mulut bersembang2...mata meliar2 cari sapa2 yang dikenali. tekad nk cari sampai jumpa. saya seorang yg susah nak cam orang. hehehe..mengharapkan qistin je kenal. she's better in that. pastu nampak lynda. nampak ke dengar?? hahahaha... pastu blur. apa nk buat ni..kena kenalkan diri. sebut nama, orang lain blur. oh..lupa..kena sebut sikecil. pastu kenal la sorang2. awal2 tu serius blur. ingat tak ingat. duduk borak2..sambil kepala recall2 blog. pastu otak digest. lembab betul. haha..

seronok! serius seronok sangat. meriah. tapi tertinggal kamera dalam kereta. ceh..rugi betul rasa part tu. tapi memang seronok. cepat aje mesra. masa dengar firdaus lafaz akad nikah..semua orang diam. n lega sangat bila dah selesai. x sempat nak jumpa nawal lps tu. tapi sempat meninggalkan pesanan2 lagi? lagi? lagi? melalui video je..gaya cikgu ke nawal? hahahahaha..

kalau boleh nak pegi semua wed blogger yg menjemput. tetapi disebabkan kekangan masa dan jarak, saya kena plan betul2 masa dan bajet. hehe..

kursus kawen
kebetulan, masa wiken tu, encik bolat cuti. i took the chance pegi kursus kawin sama-sama. kat Al-shahir, putrajaya percint 16.. overall saya bagi 7/10. tempat makan semua ok. penceramah, ada yang very informative but so serious. ada yang so-so informative tapi kelakar. ada yang saya tido. hahaha..penat woo. tak ilang penat datang dari johor, penat bergelak ketawa dengan bloggers, penat dating. hahaha..dah la kena bahan ngn seorang penceramah, kat johor tak ada kursus ke..ceh. tapi kesimpulannya, kursus tu ok. yes! setel satu lagi perkara.

encik bolat yang sweet itu dengan baik hatinya hantar saya balik johor dan spending few days kat sini. walaupun agak kesibukan di tempat kerja, tapi bila balik ada orang tunggu depan umah nak pegi dating, hilang stress hilang penat. best!

tapi beliau sudah pulang..demi mencari rezeki, kumpul duit nak kawin dan belanja saya. huhu..
saya redha~~

*sedang berdoa bersungguh2 menang RM30K dari shell peraduan apetah, semalam isi borang..haha isi satu borang, kecoh! *


Friday, September 24, 2010

nebes

malam ni. insyaAllah akan menghadiri walimatulurus cik nurun nawal. nebes weh! kalau korang nampak budak kecik pakai baju pink (kot) jalan masuk terpinga-pinga, tolong lah tegur... * bajet kecik, padahal dah gemok. *

kang haku lari bertempiaran balik kang..nayaa...

ai malu okeh..

nebes..

nebes..

esok nak p kursus kawin.

sape blom? jom!

nebes gak tu..

nebes..

nebes..




Thursday, September 23, 2010

a lovely highlight clip from a real wedding



this is my friend's highlight wedding. ada yang full version. tengah disiapkan. kebetulan my photographer, syahiran was the videoman for the wedding. haha..lucky me! got the chance to watch the 'master' did his well done job. he is super with his work. he can see from the different view. love his work.

he's a happy go lucky person. open minded, senang nak discuss dan nak merapu sekali. he's doing the photography with love. (cewaah..) penah jumpa future client tolong angkat tripod? aku la tu..hahaha.. tahun depan aku nak mintak discount.

i, myself fully recommend you syahiran sukardi as your photographer or videographer. he is really good at it. saya tak dapat discount pon promote ni. but great things are good to share. the price? you'll be suprised! :)

as told here, i already booked my OP. happy! i think i'd made the right choice. =)

p.s: did you spot something from the video? *wink*

Wednesday, September 22, 2010

suprised?

tadi kat facebook, saya 'disuprisedkan' oleh status seorang kawan. "Saya akan bernikah pada 24 September 2010..blabla.." 2 hari lagi kot. memang la she's not a close friend. tapi memang tak terhidu langsung hari2 penting tu bakal muncul dalam masa terdekat di facebook ataupun blog ataupun melalui gamba-gamba atau kawan-kawan.

ada lagi seorang kawan, merahsiakan cinta hatinya selama bertahun-tahun. insyaAllah akhir tahun ini akan berkahwin. saya tahu siapa pun dari orang lain. yang saya yakin antara 5 orang sahaja dalam dunia ni yang tahu. alasan dia merahsiakan agak logik.

tapi macam mana orang-orang ini berjaya merahsiakan semua ni??

hebat! saya kagum.

saya tak yakin saya mampu. saya yang nak kawin tahun depan ni pon rasa nak save the date sekarang. takut-takut ada yang plan nk pegi holiday ke ape ke..huhu.. most of all, saya nak share the joy with the world. dan mungkin sebab itu juga, wujudnya blog ini. saya rasa agak x sesuai dikongsikan pada dunia kenalan saya, jadi saya kongsikan dengan mereka yang seangkatan.. kamu lah tu. :)

(dulu konon nak suprised muka saya dan tunang sampai dekat hari kawin, tapi lepas bertunang, xleh tahan nak letak jugak..hahaha.. suprised la sangat..)

Monday, September 20, 2010

berkenaan cincin

hi! maaf sudah lama tidak berupdate. mode raya menebal. mission balik kampung saya dalam entry ini, hanya 1 yang berjaya iaitu no.1. hehehe..disebabkan kekangan masa saya dan orang yang terlibat, maka semua mission dipostpone hingga ke hujung tahun. insyaAllah tahun ini merupakan raya terakhir sebagai cik. tahun depan dah booking balik raya di kedah sampai raya ke 3. hehe..

banyak nak diceritakan sepanjang 2 minggu ini. tapi saya mulakan yang terbaru. ring hunting. eh belum hunting. tapi more to surveying. location midvalley. midvalley dan the gardens adalah tempat terbaik untuk menjalankan survey cincin. boleh dikatakan semua jewelery shops ada di situ (ke memang semua?)


his ring
encik boolat bukan jenis pemakai cincin. kalau boleh dia nak suruh saya beli cincin silver yang jual kat pasar malam je. cis.. saya ingatkan dia, this is wedding ring. i'm giving you the one that worth to keep forever. cewah.. padahal saya tau dia akan bukak bila buat keja, dan dia takut hilang. so, untuk memastikan dia jaga dengan baik better saya beli yang mahal sikit. so that he'll be extra careful. cincin kawen kot...

mula-mula kami ke Bausch K, terletak di Ground Floor Midvalley. kat situ semua stainless steel. harga memang best la. between Rm50-ratus2. tak pasti harga termahal berapa. design menarik, simple and smart.

lepas tu, kami ke GoldHeart. kat goldheart ada 3 option untuk man's ring. platinum (yang saya tak mampu), palladium & platim. palladium ada satu design saja kat goldheart. dan encik boolat tak berkenan. platim ialah gabungan platinum dan sterling. harganya di antara rm159 - rm1.5k++. target utk his ring dah settled. hujung tahun baru nak beli.

her ring
tips: for diamond ring, ada 4 kriteria yang perlu diketahui sebelum pergi mencari cincin. 4c + 1c. cut, color, clarity, carat + cash. do your homework before go for surveying. it helps alot. pasal 4c ni boleh google. (kalau saya rajin nanti saya post satu entry pasal ni).

first, set your budget. try your best to have the best criteria within your budget.

wan chan
kebetulan wan chan sedang mengadakan promosi besar-besaran kat tengah-tengah midvallley. saya cari solitaire diamond ring. wan chan memang ada banyak choice for diamond and design. the price is also reasonable. tapi kena tengok betul2.. they're good in play along with the 4c. memang harganya tengok macam cheaper dari tempat lain..tapi kalau tengok betul2, kalau color bagus, clarity tak bagus, vise versa. so, make sure you know what you want.

love & co.
location : the gardens. designs are so limited. but the SA is very good in english. haha..saya kagum dengan english dia. sound like so english. paham x? tiba2 i jadi omputeh skali kat situ. terpengaruh. siap slang ok! hahaha.. mula2 saya belasah cakap melayu je.

goldheart
location : midvalley. SA dia bagus. the only place yang ada whitegold K10 & k18. selalunya kat malaysia, k9. (my engagement ring k10 dari japan..hehe). boleh customised cincin. it takes about 2 weeks. hmm..for his ring mungkin amik kt sini. tapi for mine, tak kot. tak ada yang berkenan di hati.

habib
location : midvalley. kebetulan exhibition team dari ampang, tengah on duty kat situ. cari en. zahar, he's very good with diamond. dan dia akan bagi as many info as he can. bersungguh dia bg penerangan dan dia tak memaksa untuk beli. seriously he's good. they promote GIA cert diamond. saya try yang 0.3carat...err..macam besar je seketul atas jari. saya bukan jenis pemakai cincin pun sebelum tunang. jari saya bersesuaian dengan size badan saya yang kecik. GIA cert diamond, paling kecik 0.3c. haih.. dia keluarkan 'hearts on fire' 0.243c kat saya. the perfect cut, terus jatuh cinta. kalau dah amik HOF, you don't have to worry dengan design cincin , color & carat, sebab diamond yang ada perfect cut sangat menyerlah..serius sgt nmpk shiningnya. tapi terlalu jauh dengan bajet encik boolat. kami masih berfikir..hehe.. saingan untuk loose GIA cert diamond untuk habib ialah wah chan, untuk HOF ialah lazarre from mydiamond. luckily i got the chance untuk tengok details diamond HOF through the 'microscope'. superb!

tomei
location: midvalley. the signature collection is lumiere. the SA taklah friendly sangat. dia hanya mengikut apa yang minta. tapi ada satu design ring ni saya sangat suka. time ni encik boolat dah penat, dia dah malas nak tengok.

diamond & platinum
location : midvalley. SA dia tak menarik sgt. macam malas nk layan pun ada. their signature collection is estrella. platinum saja yang ada di sana ye. jangan pula p tanya white gold ada tak. haha..saya la tu..dh mamai masuk banyak sgt kedai.

ada banyak lagi kedai kat midvalley dan the gardens yang saya tak sempat masuk.
the gradens: degem, selebran, lu miere
midvalley : my diamond, diamond and gold, poh kong (mmg sengaja malas nak masuk..hehe)

kalau sesapa ada info to share, kindly do so.

tips:
1. check out this entry - whitelacetale, for extra tips. saya sangat kagum, dia sangat rajin.

2. do your homework on the 4C. - kalau tak berapa paham, buat2 tau bila depan SA - contohnya tanya clarity dia berapa? padahal x paham pun clarity tu nak tgk camna..just give them the impression that you know what you're looking for.

3. bawak encik tunang yang memang sah2 tatau apa2, kalau bernasib baik, SA tu akan bg penerangan kat dia, and you'll also get the information. haha..

4. pegang semua broucher yg dapat, jangan simpan dalam beg. nak tunjuk kita dah tengok kat kedai lain. the SA will try their best to challenge company lain.

5. buy a ring atleast a month before you need it. kalau nak resize atau custom made, it may take 2weeks (max) ada yang 2 hari je.

6. selalunya ada sales besar-besaran bulan 4 dan hujung tahun. hehehe....

Thursday, September 9, 2010

belonging

here goes my wishes

i grew up surrounded with this.
this is my hometown.
=)


Tuesday, September 7, 2010

gendang silat atau kompang?

insyaAllah resepsi saya akan dibuat di rumah. tak ada konsep tema yang spesifik. saya ada 2 pilihan semasa ketibaan pengantin.

1. gendang silat.
kalau saya memilih gendang silat, team gendang akan mengiring pengantin lelaki dan ahli silat akan membuat persembahan di hadapan kedua-dua pengantin. dan gendang akan dimainkan sepanjang majlis. saya rasa agak unik kalau dibanding dengan kompang. saya juga boleh dapat harga special sebab cousin saya sendiri ahli kumpulan gendang silat ni. tapi saya tak lah suka sgt bunyi muzik gendang silat tu. huhu~~ p.s: sumpit nak tak?boleh bg contact.hehe..

2. kompang
kalau saya memilih kompang, as usual la, kompang akan mengiring pengantin, dan kompang akan dimainkan berserta nyanyian dan selawat smpai pengantin bersanding. pastu habis. lepas tu majlis akan dimeriahkan dengan lagu2 yang dipilih dan dj yang membebel. tapi saya tatau lg mana nk cari ni..tapi boleh cari. xde hal.

mungkin decision saya ialah.. gendang silat. tapi saya tak mahu dimainkan sepanjang majlis. cukup utk beberapa slot. yang lain diteruskan dengan dj dan lagu2 mp3. sebabnya, bukan selalu nak dapat gendang silat. siap ada persembahan lagi tu. kompang, saya rasa akan dimainkan di sebelah resepsi lelaki. hehe..nak jugak tu..

apa pendapat kawan2?



Monday, September 6, 2010

mission balik kampung

yeay! sudah boleh bergolek2 di atas katil sendiri. seronok sangat. rindu sawah bendang..(bajet mcm umah kt sebelah sawah je..hahaha). tp seriously as kedahan, dapat tengok sawah bendang tu sesuatu yang sangat melegakan.

mission balik kampung kali ni:

1. puasa n raya la of course!

2. membuat pemantauan ke butik2 dalam senarai pendek.

3. buat bayaran deposit - once decision made.

4. jumpa jiran depan umah yang baru pindah, untuk berkenalan..haha.. di samping nak tanya harga untuk PA system, DJ, videographer. hehehe...

5. kalau sempat nak buat trial make up.

lagi?