:: love is a gift ::

Monday, January 31, 2011

DIY hantaran versi berani mati

dengan tak berapa yakinnya aku offer diri nak DIY hantaran encik chenta untuk aku. sebab utama adalah untuk save budget jadi dia boleh lah belanja aku pegi honeymoon tempat best2.hehe.. dan untuk tidak menjadikan aku bridezilla satu hari sebelum majlis, maka aku decide nak guna artificial flowers. konon2nya boleh buat siap2. nanti letak je barang2.

lepas tengok blog ciksue, dia DIY hantaran sendiri, aku berkenan bunga dia. nampak sweet dan almost real. jadi, aku pun menjalankan mission cari bunga dan barang2 untuk DIY hantaran. barang2 adalah seperti gambar di bawah.



bunga dan barang2 ni aku beli kt kedai yen riben. tingkat bawah semua house. bunga tu jenis mcm span nipis gila. tapi tatau nak cakap material apa. yang pasti bukan plastik. ada 2 size. ada yang kecik sikit. ada macam2 warna. pink, biru, ijau, hitam, purple, merah etc etc etc. harga bunga tu, RM7.50 satu ikat. ada 10 kuntum dalam satu ikat tu. yg size kecik sikit tu harganya rm6.50 satu ikat. aku rasa murah. tapi honestly aku tatau sangat harga bunga2 artificial ni. dah berkenan dan tak ada masa nak cari tempat lain dah, aku grab saja la.

dan sekarang..
aku kerja tenung barang2 tu. kadang2 keluarkan dari plastik, tenung. pastu masukkan balik. tenung lagi. aku dah tengok a few contoh dan gambar2, tapi aku tatau nak start dari mana dan how. tenung lagi. kot2 boleh siap sendiri kalau tenung lama2. hahaha..

baik aku tido. lagi bagus.



Thursday, January 27, 2011

i feel bad

living in johor. wedding in kedah. good stuffs in kl. time constraints. i lived in kl for 9 years. most of my friends are there. most of my family in kedah. since i live here in johor, i have very limited time for my family, fiance n friends. and even for myself.

i always face the situation 2 or 3 things to do at one time. always.

dilemma.

i feel bad. i feel very bad.

my fiance take a day leave to spend time with me.

my friends are having gathering on that day and they choose that day because they want me to be there.

my dearie sister & her husband are moving to a new house n need help on that day.

i only have that particular day to hunt for the stuffs requested by my mom before going back to kedah.

ya Allah. i want to do all that.

my dearest fiance will always understand. he'll be with me all the time. i know that. my plan will be, helping up my sister in the morning. meeting up friends in the afternoon. buying stuffs in the whole evening. dinner n movie with my darling fiance during the night. insyaAllah.. i hope everything goes smoothly as planned. and they'll understand my situation.



Wednesday, January 26, 2011

any kompang team from kedah?

sumber: google


saya sedang mencari pasukan kompang dari alor setar dan sekitarnya. sesapa ada contact tak? saya nak yang ada pakaian seragam. kalau budak-budak pun ok, sebab cumel. kalau muda remaja belia, nak yang ensem. hakhakhak.. kalau pakcik2, nak suara power dan merdu. demanding pulak tu kan.. dengan charge yang berpatutan. lagi murah lagi bagus. hahaha..

beberapa belas tahun yang lepas, jiran deret belakang rumah aku buat kenduri kahwin anak beliau. dari rumah aku, boleh dengar paluan kompang kat umah kenduri tu. bunyi memang superb power dan menarek gila. aku ingat lagi perasaan dengar paluan kompang tu sampai hari ini. tapi.. masalahnya aku dah tak ingat dan tak tau jiran mana satu punya kenduri. aku siap suruh abah aku p tanya. hahaha..haruslah ayahanda ku tak mau. ape ke gila nk pegi tanya semua jiran belakang umah tu. bukan ada satu umah..byk pulak tu. dah la semua penah buat kenduri. hehehe.. dan ada kemungkinan pasukan kompang tu dah tak wujud pun.


Monday, January 24, 2011

tempat tidur mereka

accomodation :

1. keluarga besar ku
2. keluarga encik chenta
3. kawan-kawan dari luar KL
4. OP
5. OV
6. MUA

status:

1. nothing to be worry. memang besar keluarga aku. tapi kami dah biasa berkumpul. lagipun mostly tinggal dalam kedah. my close auntie & uncle pun ramai kat alor setar. pandai lah masing2 nak tidur. lagi seronok kalau tidur ramai2 kat ruang tamu. baru lah feel kenduri. ada satu homestay jugak dah dibooking. back up kalau betul2 tak muat.

2. awal-awal abah dah bookingkan homestay. the same one masa tunang dulu. done.

3. dah update no contact homestay dan hotel. ada yang belum decide boleh datang atau tak. ada yang dah booking.

4. 5. 6. tahu kena sediakan. tapi lupa nak tulis in to-do list. nasib baik teringat. dah booking semalam. tapi ada perubahan tarikh check in check out. kena update balik.

layah itu veil

lalalala~~ bila yang penting2 sudah setel difikirkan, disurvey dan dibooking, maka turn untuk memikirkan hal-hal remeh pun tiba. ketika itu lah syaitan menikam2 supaya membazir. alaa sikit je tu..tambah la tambah la. cis! tak guna punya syaitonirrajim..

dari mula2 plan kawen, aku dah berangan nak pakai border lace veil. pastu farahdiba pulak DIY sendiri, cantek gila. lagi lah teruja. terus simpan niat, nak jugak pakai border lace veil. tapi tak sempat nak grab masa dia open for sale rituh. huhu..



aku pun tanya lah kat bridal butik aku tu. as expected tak ada. i asked around a few other boutique pun tak ada jenis veil macam tu. haih..tak paham..kenapa tak ada...pastu, moose dan sumpit (eti) kawin pakai mantilla veil, sama lah dgn border lace veil ni, masa wedding diorang. lagi 2 kali tergoda. dan lg best sebab dah ada sumber nak sewa. yeay!


source : sumpit

source: moose on the loose

dah siap tanya ni kat diorang nak sewakan tak and so on. pastu gatal google2 pasal veil kan. dah tu pegi tengok gambar2 ex-b2b bloggers. dah sasau sekejap. macam cantik pulak veil net tu. pastu nampak veil chiffon pun cantik jugak. benci tau bila berperasaan macam ni.

yang ni masa heed nikah. veil tu dari err..tak pasti net ke lace.
bila aku tengok betul2 veil gabungan net/lace dengan chiffon.
cantik kan. nampak elegant.

source : heed

yang ni masa reception kt seremban. heed kata veil dari frenchlace.
tapi aku nampak macam chiffon. patch lace. sweet sangat. huhu..
ye ye aku tau..heed memang dah cantik.

source: heed

yaya pakai veil chiffon. nampak flowing2. nice.

source : yaya

ye. model2 kali ni semua bloggers. dan aku rasa b2b bloggers memang cun cun kan. pastu aku berdebar. hah..mati la kalo tak cun nanti. huhu.. berbalik kepada cerita veil. as usual bila dah pening, sendiri cari pasal, aku tanya pendapat2 kwn2 dan encik chenta.

qistin Queen DIY tu apa lagi, dia suh aku DIY. heh..ilang ingatan ke nk suh aku menjahit. hihi.. setakat jahit biasa boleh la. jahit beads mana reti. tgk video diy pun tak paham2. (tgk jugak tu..hehe).

cik belle kata designer cakap net lagi ok. sebab apa dia tak ingat.

kwn2 kt BBF kata ikut material baju. kalau baju chiffon, veil chiffon. kalau material lace, guna net atau lace.

nawal pulak cakap net memberi aura romantik dan mewah. classy gitu. chiffon pulak bagi aura sweet dan simple.

aku kata? aku tamak. nak dua2. hahaha..satu nak pakai chiffon. satu nak net. dah. sekian. tiba2 tertambah bajet kat veil. lalalala~~ tak suka tau.

encik tunang ku sangat supportive. bila pening2 tanya nak sewa ke nak tempah. dia dengan yakinnya..tempaahh. sayang manja buah hati intan payung pakai apa pun cantik..ok aku menambah2. hahahahaha..


Saturday, January 22, 2011

Lafaz Taklik bagi Negeri Kedah

Lafaz taklik bagi negeri Kedah HANYA dalam tulisan JAWI. dan setahu aku tak ada option dalam rumi. (agak-agak kalau muallaf macam mana eh nak baca? mungkin tok kadi tu baca, pengantin tu ikut lah kot kan..)

Bagi bride dari negeri Kedah, pastikan bakal suami masing-masing boleh baca jawi ye. hehe...so for your reference, ni adalah salinan asal lafaz taklik negeri Kedah yang didownload daripada website Majlis Agama Islam Kedah (MAIK). Dalam PDF file, aku dah convert jadi JPEG.

dan dengan baik hatinya, aku siap bagi translation dalam rumi. baik taaakkk???? hehehe.

So, pasni korang bagi kat bakal suami suruh dia praktis. Untung2 kalau tak menggigil depan tok kadi nanti, tok kadi tu tepuk bahu dia, baguiiihhh budak nii..untung bini dia.. lancaq baca jawi. Padahal dia dah hafal. hikhik..


*klik untuk nampak lebih jelas dan nyata*

sumber : MAIK

Terjemahan Dalam Rumi

"Adalah saya (nama suami) dengan ini bertaklik, jika :

(1) Saya tidak berma'syarah yang ma'ruf dengan isteri saya (nama Isteri) sama ada saya meninggalkan di dengan sengaja atau paksaan atau dia meninggalkan saya dengan paksaan selama empat bulan qamariah berturut-turut atau lebih atau;

(2) saya atau wakil saya tidak memberi nafkah kepadanya selama empat bulan berturut-turut atau lebih dan dia tidak disabitkan nusyuz oleh mana-mana mahkamah syariah atau:

(3) saya melakukan sebarang mudharat kepada tubuh badannya, penganiayaan atau lain-lain darar syarie terhadapnya, dan apabila dia mengadu kepada khadi atau hakim syarie dan sabit aduannya disisi khadi atau hakim syarie dan ia memberi kepada khadi atau hakim syarie bagi pihak saya sebanyak sepuluh Ringgit Malaysia atau senilai dengannya maka pada ketika itu tertalaklah dia (nama Isteri) dengan satu talak khuluqi."



* untuk lafaz taklik negeri-negeri lain, boleh rujuk kat sini.

Friday, January 21, 2011

Hukum Wanita Haid Memasuki Masjid

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-49 yang bersidang pada 19 Sep 2000 telah membincangkan Wanita Haid Memasuki Masjid Untuk Tujuan Pembelajaran Semata-Mata. Muzakarah telah memutuskan bahawa perempuan yang dalam keadaan haid haram berada/duduk di dalam masjid walaupun untuk tujuan pembelajaran dan program-program keagamaan.

sumber : Majlis Fatwa Kebangsaan


Dalilnya adalah sabda Rasulullah Saw:

Sesungguhnya aku tidak menghalalkan masjid bagi wanita yang haid dan orang junub.” [HR. Abu Dawud]

sumber : Hukum Wanita Haid Berdiam di Masjid

* take note*
none of above mentioned pasal pengecualian yakin tidak mengotori masjid.
hukumnya jelas dan nyata - HARAM.

alhamdulillah sekarang banyak masjid dah ada dewan asing untuk majlis2 akad nikah dan kelas agama. tetapi kat masjid dekat umah aku tu macam tak ada je. :( camne ni? tapi kena nikah kat masjid. kalau period, pengantin perempuan tak payah ke masjid. huks.......

apa patut aku buat ni?? aku dah serabut. i have no other option. kena nikah kt masjid. sebab tah kenapa kerajaan kedah buat rules kena nikah kt masjid. tak boleh kat rumah. exceptional kalo tok kadi sanggup kawtim dan wali nikahkan sendiri. period aku datang regularly setiap bulan. cuma jangka pjg circulation agak pjg around 33-35days. jadi aku susah nak kira..dan selalu terlambat bila stress. aku dah tak pasti time nikah tu period ke tak...uuuwwaaaaa...serabut!


Thursday, January 20, 2011

sungguh orang kata

sungguh orang kata, bila kita niat nak bernikah, pasti ada rezekinya. rezeki yang datang in many many ways. yang pasti, menggembira dan memudahkan jalan kita. rezeki yang tak pernah kita terfikir pun. sikit ke banyak, tetap ada.

malam semalam, rezeki kahwin aku jatuh bergolek. tak sangka. :)

flattered. T___T

terima kasih Allah.

terima kasih you-know-who-you-are.

ilebiu!


Wednesday, January 19, 2011

koleksi doa

i was google-ing and asking around mencari doa-doa yang biasa diletakkan dalam kad. konsep saya ialah, kalau 500 kad diedarkan. kalau 20 orang yang baca doa tu pun dah bagus. ataupun mungkin seorang yang baca doa tu dapat hidayah untuk bernikah. kuasa Allah kan. siapa yang tahu.

saya jumpa satu satu fail dalam ms.word koleksi doa-doa dan bingkisan untuk pengantin ni. kalau sesapa nak boleh emailkan kat saya ok. email as stated kat sebelah.

here's some of my fav.

"Ya Allah, Satukanlah hati kedua mempelai ini seperti Engkau satukan hati Adam dan Hawa, Yusuf dan Zulaikha dan seperti Engkau satukan hati Muhammad SAW dan Siti Khadijah. Semoga Allah memberkati dan menghimpunkan kamu berdua kebaikan dan keberkatan di dunia dan akhirat “

“ Ya Allah, sesungguhnya hati kami ini bersatu dengan kasih sayangMu, bertemu di atas ketaatan kepadaMu, bersatu di jalan dakwahMu dan berjanji menegakkan AgamaMu... Maha Suci Engkau, perteguhkanlah tali ikatan antara kami ini, limpahkanlah kasih sayang di dalam hati kami ini. Engkau tunjukkanlah kami jalan hidayahMu, sesungguhnya padaMu kami berserah dan tempat kami memohon pertolongan “ ~ Amin Ya Rabbal Alamin ~

Sesungguhnya apabila suami menatap isterinya dan isterinya membalas pandangan (dengan cinta dan kasih) Maka Allah menatap mereka dengan pandangan kasih sayang dan jika suami membelai tangan isterinya, maka dosa mereka jatuh berguguran di sela-sela jari tangan mereka. Diriwayatkan oleh Maisaran bin Ali dari Abu Said Al-Khudri


wordless wednesday #1

Thursday, January 13, 2011

omaigod! she has the magic touch.

anybody looking for a good Make-Up Artist? I just found this! I LOVE HER TOUCH! natural, sweet dan sangat canteekk! nasib baik (?) baru terjumpa. kalau tak mampos aku tergolek terguling taktau nak pilih. ayat sedapkan hati. huhu..

Pictures speak a thousand words.

So, let the pictures do the talking.



okay, this sweet girl is Wani Ardy. she's a writer, an indie musician, a poetry.
Aku adalah pembaca tegar her blog since years ago.
Always, always love her words.
and I found this awesome MUA from her page.

so, nak tahu sape MUA ni?
email me.
hahahahahaha...
eh..tak lah.

she (yes, a real SHE) is Farina Jamal.
Email: farinajamal@gmail.com
Twitter: twitter.com/farinajamal
Official blog: http://jomrias.blogspot.com/


p.s.: i emailed farina for quotation n booking for bertandang. tapi *sobs* she's not available for that day. huhu.. but she did mention i can share the rate. tapi saya tak selesa utk review di sini. do email her directly atau kalo korang malu2 kambing nk contact dia, boleh la email me okay. with the great jobs she did, the rate is ssoooo affordable.


Saya Sedih :(

Sudah 2 hari saya tak pakai cincin tunang dengan sengaja. Cincin saya besar, maklum lah jari saya kan size kanak-kanak. Design cincin macam tu tak boleh dikecilkan, takut batu2nya jatuh. Jadi saya pakai jari tengah. Walaupun masih longgar, tapi ok lah. Kalau pakai jari manis, takut2 terjatuh tak sedar. Rupanya Nabi melarang pakai cincin jari tengah dan telunjuk. huhu..

Saya tak sanggup hilang cincin saya. Saya tak mahu berdosa. Jadi saya simpan cincin tunang saya. Harap-harap jari saya akan menggemuk satu hari nanti dan saya boleh pakai balik cincin tu. ataupun encik chenta buah hati intan payung paling ensem nak belikan yang baru? (*wink*) hihi..


Tapi serius, sedih laa... T_____T



source: google

Nasihat Nabi Muhammad SAW kepada Saidina Ali (kw) sesudah Saidina Ali berkahwin dgn Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan Baginda. Nabi Muhammad berpesan kpd Saidina Ali iaitu ;

kalau memakai cincin pakailah di jari
i) jari manis
ii) jari kalingking (anak jari)

dan jgn memakai cincin pada jari
i) tengah
ii) jari telunjuk


Nabi Muhammad SAW melarang kerana memakai cincin pd jari telunjuk dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang dilaknat Allah iaitu kaum yang derhaka di zaman Nabi Lut as.

perhatian * cara memakai cincin adalah termasuk lelaki ataupun perempuan.

source : here

Hukum memakai cincin pada jari tengah dan jari telunjuk adalah dilarang oleh Nabi saw dan larangan tersebut bermaksud haram pada setengah ulamak dan setengah ulamak pula berkata dengan makruh.

Ali bin Abi Talib ra berkata :

"Rasullullah saw melarang memakai cincin pada jari telunjuk dan jari tengah."

Hadith Riwayat Muslim.

source: ustaz azhar

Tuesday, January 11, 2011

photo frame to a banner

aku dah lama suka photo frame macam ni. simple yet sweet. tapi aku rasa macam nak buat banner. ok ke tak? kalau tak silap aleena n yaya tempah kat green apple studio (tak pasti betul ke tak). tapi abah aku tak setuju letak photo frame ni. huhu..so aku ingat nak ganti buat banner.



source: Aleena ButterflynFrame


source: yaya

Monday, January 10, 2011

apa nak tulis dalam guestbook atau wedding card?


source: google

pengalaman sendiri, aku selalu blur nak tulis apa dalam guestbook. kalau wedding card tu mungkin ada masa nak berfikir (kecuali kalau dah last2 minutes). tambahan pulak kalau time2 tu, ada kawan-kawan tak berapa guna dok urge kat belakang. haha.. tu ok lagi, sebab kawan-kawan sendiri..boleh buat 'lantak ko lah atau suka hati aku lah, sape suh lambat..' hahaha..memang kawan2 aku selalu buat camtu, aku pun selalu buat balik. lalala~~ atau pun, tengah2 berfikir nak tulis apa, nampak pulak kawan2 yg 8 tahun tak jumpa. dah hilang idea nak menulis. sebab excited nak pelok2, muah2, comolot ngan diorang. silap2 hari bulan, terus terlupa nak tulis. paling rasa bersalah, kalau ada orang lain yang tak dikenali tengah tunggu turn nak tulis. aiyookk.. memang nak cepat aje lah time tu.


source : google

memandangkan sekarang ni, dah banyak wedding ada guestbook, so, be prepare with ur wishes. dan bila aku baca blog ex-b2b, all of them enjoyed reading the wishes left for them again n again.

So, apa nak tulis instead of just write Tahniah! Selamat Pengantin Baru! Selamat Berbahagia hingga ke anak cucu... atau Congratulation on your wedding! full stop. ? (aku la ni selalu tulis ni je. dah blur, x leh nak pikir, ni je aku mampu pikir masa tu..huhu.. maafkan daku). Here's some tips.

Senang dan Selamat
ucapan-ucapan seperti contoh di atas adalah paling senang dan selamat. tak kira korang close ke tak dengan bride & groom tu, relationship sedara ke kawan ke jiran ke sape ke. hehe.. tapi boringggg..haha. janji ikhlas kan.

Thank You
say Thank you for let us be part of their big day. bukan semua orang dapat invitation tu. tambah2 kalau buat kat hotel atau mana2 tempat yang limited seats.

Best wishes

mengucapkan atau mendoakan atau mengharapkan yang baik2 kepada pengantin. (sila tahan dengan ayat geli2 sterusnya) contohnya, "semoga cinta sampai syurga." "semoga kasih dan cinta terus bermekar selamanya." hahaha.. ok aku translate ayat english. "May your marriage be full of love," "We wish you a lifetime of love together" or "May you have as many years of happy marriage as we have had." ataupun boleh jugak, ayat2 common seperti "Semoga cepat dapat baby." ataupun kalo utk aku, "Semoga cepat dapat transfer, dan boleh stay together. " hahaha..

Memories
for those yang dah lama kenal, boleh diselitkan cerita2 comel dulu2, ataupun masa first time meet up the couple. contohnya, "tak sangka ko dah kawen, aku ingat lagi masa dulu2 kita main lompat2 meja berangan jadi sailormoon. hahaha.." ataupun "wei, dulu bukan hang suka nick carter ka?hebat gila laki hang boleh merampas hang daripada nick carter. " atau "dulu kecik2 ingat tak kita main kawen2? now you are really married! happy for you. " atau "The first time I met Abu(the groom), I couldn't believe how perfect you guys together."

Welcome to the Family
This can be applied if you are a family member or a close friend. contohnya "We are just so excited to have Joyah (the bride) as our new cousin," or "We welcome Abu (the groom) to the family and are so happy to have another nephew." By welcoming the bride or groom, you will quickly make her or him feel like one of the family.

Poem
A short sweet poem would be nice. in English or Malay. ataupun pantun ke. mungkin yg ni kena prepare sikit. unless korang memang penglipurlara puitis macam atia. hahaha..tiba2 petik nama atia.

Nasihat
This is a new journey for the bride n the groom. Even if you're not yet married, you still can remind them here n there. contohnya suruh banyak2 bersabar, jangan malas2, always tolerate and etc etc. Kalau yang dah kahwin, berpengalaman, boleh la bagi nasihat2 yang lagi hebat. aku nak bagi contoh pun x ada idea. hihi.. ataupun u can be specific to the bride or groom. contohnya, "Abu, please take good care of our little sister. Be nice to her. Guide her." atau "Joyah, you're now a wife. Ingat pesanan mak ayah. Dengar cakap suami. Jangan suka merajuk. "

Hati ke Hati
Just say what you feel. Heartfelt sentiments can be sensed through your words, so saying what you feel is always a good idea. Don't worry if you don't sound "fancy" enough, worry that you are able to get your true feelings across to the couple whose special day of their marriage you are fortunate enough to share with them. After all, the words you write from the heart are the ones most especially felt.

Pictures
Attachkan gamba2 you & the bride/groom/both. The most memorable pic. Ataupun gambar korang sendiri (with partner/family maybe) as a memory for the bride and groom. Picture speaks a thousand words kan.

source : here, here & olahan sendiri

p.s: i found a business blog by ex-b2b, fasha untuk personalised guestbook. cantik!

Sunday, January 9, 2011

nak kad cantik tapi murah, camno?

aku nak cut cost habis2an kat kad. tapi nak cantik. hahaha.. kawan aku kata design sendiri la cut cost. kad dia cost 35sen sahaja. menarek! dia design sendiri. hantar print. ikat riben. tapi aku tak reti design. (lynda, ko tanak tolong designkan ke? hihi) huhu.. i need 3 kinds of card. 2 for my side. 1 for his side. seboleh2nya kitorg nak asingkan. masalah besaqnya, kalo tempah, mesti charge mahal. walopon total lebih 1000, tapi dia kira 3 kad, 3 harga. huuu...takmo la camtu.

aku suka design yang satu color saje. macam kat bawah ni. simple is a must. hehe.. ada suggestion place or ideas to realisasikan kad macam ni with small budget? 3 jenis kad tau.





kang aku tulis sendiri macam maya karin baru tau. haha..tapi map kena google sndiri sebab aku tak reti lukis. tak ade contest menang pakej kad ke? hahaha.. takmo lah masuk contest. merajuk. asik x menang je. hahaha..

i need to have kad ni, at least the mock one, before bulan april. sebab aku nak guna as support document nak mintak tukar. kihkihkih. abis diorg nak layan la bg document borang2 n kad jemputan..tapi boleh try kan. haha.


Friday, January 7, 2011

average & typical

me, talking about me. i am an average person, with average budget, dream of an average wedding. kalau verangan memang lah tinggi melangit. syok woo verangan. free je kan. hehe.. back to reality, i will have a typical malay wedding. i dun even have a theme for the wedding. theme color je ade. tapi decorator aku kata tema ala2 english. tah mana datang englishnye tah. sebab aku tak pakai baju kebaya? ke sebab bunga2 penuh tu? tah. hentam saje lah.

nothing yg out standing. nothing yg unik. typical. xde versi fairy tales ke, classic car ke, melayu purba ke, underwater ke. it's juat a very normal wedding. and i am very fine with it. it's our once in lifetime event but still it's just a one day event.

all i wanted for the wedding ialah mama abah saya happy dan semuanya berjalan dengan baik dan berkat. (in other word, janji aku kawin. hahhaha)

but..
i always wanted a wonderful marriage, a peaceful life.

saya sangat2 berharap saya dapat berpindah secepat mungkin dan tinggal bersama hubby. serve him the best, treat him well. together in every circumstance in our lovely 'palace'. family dia, family saya boleh selalu datang n stay dengan comfortablenya. saya dan dia selalu ada masa utk KAMI, keluarga dan kawan-kawan. have a few adorable and clever kids.



Tuesday, January 4, 2011

cerita 1.1.11

tahun ni aku kawen! insyaAllah.. macam tak caya pulak. hikhik..gediks ok. sambutan tahun baru hanya di rumah, sambil tengok tv, tiba2 dengar bunyi meletup2. *blur* bunyi apa tu? ooohh..fireworks rupanya. pastu tido. bangun siap2 brekfes, pegi spital. my atuk sedara sakit. pastu balik umah encik tunang, lunch ngn family beliau. pastu pegi spital balik. pastu balik siap2 pegi wedding lynda. sampai sama ngan acik.

sampai2..blur. nk ke arah mana ni. nasib baik ade abg2 rela tunjuk jalan. hihi.. pastu mata dah terpukau. cantiknye deco. tingginya pelamin! kalo aku tu..mau tunang aku gayat. habis macho cik abang i. haha..

pastu jumpa dengan cik2 cantik bagitau no meja. sebelum tu sempat lagi berposing dkt photobooth polaroid lynda. untuk save bajet lynda, share 1 gambar dgn acik. baik tak kitorg? hahaha..padahal aku yg malu2 kambing kt situ. dah conteng2 buku tetamu lynda (ko boleh baca tak?) terus cari meja. cari port baik punya kat situ, konon nampak walkaway dan pelamin.

pastu sorang2 blogger2 dikenalpasti datang. si atia yang konon2 nak bookkan tempat kat aku tak sampai2. sesat dari midvalley, boleh? aku pun reserve la 3 seats utk dia. skali dia datang dok meja sebelah. cis.. tapi untung la kitorg dpt makan lauk banyak. hahahaha..

syok dapat jumpa semua org. as usual macam dah lama kenal. encik tunang sempat bergosip dengan abg lan husband acik, pelik tengok kita meriah semacam mcm selalu jumpa. hihi.. rupanya bila kenal2, ada 'connection' dengan sk dan acik. hahaha.. diam2!

most of the pics taken blur. ampun ye..

err..motif gamba ni tidak dapat dikenalpasti.
mungkin chenta lapar sampai nak makan lynda n razmie.
hehehehe..

aku rasa semua ada dalam gambar ni. tapi blur dan gelap.
jenuh aku mengedit. dah la tak reti. ni je mampu. huhu..

the only pic of us yg survive.
dari kiri: sikecil, harzlen, sk adam, nieza, cik belle, hazlynda the bride, razmie the groom, mawarni, ayuni, azira arif, cikyusnida, moose


Dear Lynda,
Congratulation bebeh!
after all the bumpers, you're now in a new journey as a wife!
ilebiu! i am so happy happy for you.
muaaaaahhh!


*updated with more edited pics

Monday, January 3, 2011

review bridal butik kedah

kat kedah, dah makin banyak bridal butik yang hebat2. idea yang fresh, dah boleh dikatakan setanding butik di KL. mereka dah berani think out of the box. taklah terperap dalam surrounding typical ideas, typical colors, typical liplap2 designs. bangga!

saidie bridal
(formerly known as sazai boutique)

saya dah pernah review dulu. tapi saya nak review lagi sekali sebab saya jumpa gamba2 pelamin yang menarek. dan saya pernah pergi tengok collection baju2 dia pun best. simple and nice. beads punya sweet2 je. pakej diaorg hanya menggunakan freshflowers.

pelamin kat umah. suka lampu2 kat belakang tirai tu.
nampak nice gila.

deco pelamin kat dewan. penuh bunga fresh.

Contact :
Saidie - 0134688429
http://www.saidiebridal.com


Butik Cinta

Was recommended by cousin saya. owner butik ni kawan dia. Abg Hisham namanya. Bila saya tengok gambar2 kt fb dia, walawei, meletops baju2 dia. perabot pun dia buat sendiri. Butik dia kat Shahab Perdana.

koleksi baju. meletops kan? ni koleksi awal tahun 2010.
skang lagi banyak la.

pelamin tunang. amacam? gempak tak.

Contact : Hisham Hashim - 0175160513
facebook


Butik Syamsyais

Was recommended by aween. PR wise memang tiptop. Walaupun baru setahun lebih, tapi koleksi2 baju, pelamin syamsyais fresh, new ideas, glams gitu. saya suka design2 dia yang sweet2. saya tak terkejut kalau dalam masa terdekat, syamsyais akan meletops n berkembang hebat.

saya suka baju ni. sweet je..ada jugak koleksi yang glams gila.
ala2 cosry gitu.

ni pelamin nikah aween. love the color. sejuk je tengok.

Contact : Syamin - 0164156446
facebook



Gen's Great Idea

Saya baru terjumpa website butik ni. serius kagum. pelamin dia ala2 Dina Halim kot.. nak pengsan rasa. baju2 pun gempak gila. Butik diorg ni kat Jitra. PR wise tatau. tak pernah contct. tapi based on gamba2 kerja diaorg memang hebat lah. gile ko, kat KL pun susah nak jumpa kot pelamin jenis tiang2 rome tu.


model ni adalah seorang lelaki. harap maklum.
tapi cun kan. tengok lah baju dia..huhu..
nak nangis.



Contact : Ikmal Mukmin - 0134184039
facebook
http://www.gensgreatidea.com/