:: love is a gift ::

Tuesday, May 31, 2011

i found a best-friend tru blogging

pic credit : fb atia
i love her dress n veil so damn much.
by zery zamry.
this pic touched me deep inside, sob sob..lovely moment.


we found each other back in 2009. in this blogging world. she's one of my earliest commentators in my b2b blog. masa tu sgt skema, saya awak ke i u lagi. beremail2 about our engagement preparation. excited sangat. kebetulan tarikh tunang, warna tema sama. seronok. we were getting closer and closer. blogging, emailing, fbing, smsing.

we talked about everything. weddings, gossipings. she's so soft spoken, lemah lembut, sopan santun. she's also a sensitive person. memang selalu lah tak sampai hati sana sini. aku lah selalu menyetankan dia. hihi.. dia cepat tersentuh, dalam hati ada segala taman bunga..(tengok ayat dia aa..ahaha) from time to time, we always reminds each other about everything. ada time aku meroyan, aku turned to her. ada time dia nak meroyan tu, aku konon2 jadi penasihat, kadang2 jadi penyetan. hehe.. i love talking to her, very comforting.

she's a very independence person and creative. aku ni bengap sikit bab2 hasil kerja tangan ni. selalu part ni aku tiru dia. eh dia la juga ajar. tp aku selalu give up. sekian. bab2 survey tempat, banyak aku refer kat dia. rajin betul mek ni. the most inpired bride award tu memang dia deserve sangat. i know she inspired ramai new-comers bride-to-be bloggers.

masa awal2 we planned to kawen on the same date. mcm cun je date masa tu. disebabkan beberapa perubahan, dia tukar, aku pun tukar. hikmahnya, i can attend her wedding!! :)

walaupun terpaksa join belia2 bersama lynda, berjaya juga sampai tanpa sesat. proud of ourselves! dengan pemanduan berhemah si lynda dan bantuan signboard, we made it! hahaha. (call si zaila,hampeh tak dapat. baik pakai cokia la weh..ahahah) it's a beautiful wedding. the food was good. atia was gorgeous, kembar tunang aku, si shahrul was handsome. i had fun. we had fun. enjoying the day so much. saya mintak maaf dan ampun ye, sebab saya mmg susah nk cam org kalo first time jumpa. harapkan lynda je nak kenal. hihi..ampun ye. thanks alot to those yang bertegur. cantik2 belaka semuanya. happening.

pic credit : jaja
the newly-wed and us

plus to that, met the truly legend b2b, hazlynda kushairi ashylla whitelacetale. woha! she's the event coordinator for that day. dia lah my inspiration last time.

dear atia,

marriage is beautiful. but it's never easy. always allow the differences becoming new things to treasure. love and patience are your specialties. i love you babe, more than just a blogger friend, you are one of best-friends. happy for you & shahrul. everything you'd been through are worth it. congratulation cik belle!! May Allah bless you, surround you with blessings, and bring you both together in virtue and prosperity. Barakallah. Amin.



pic credit: jaja
dedicate this lentok manja pose to you atia.
hahaha..
from: jaja, aku, lynda, acik n elya.

Monday, May 30, 2011

taburan kasih sayang di sana sini


err.. 3 days to go counter tulis.
apsal list things to do aku berkoyan-koyan lagi?
counter tipu ke aku gile?
huhu..

sticky post di mana2.
sebelum mama aku keluar mode mombridezilla,
baik aku kumpul letak satu tempat.
tu pun belum tentu selamat.
lalalala~~

rasa macam nak letak sticky post kt bilik air pon ade.
hihihi..
"OI MANDI CEPAT2 BOLEH??"
in case masa sedara mara ramai,
beratur nk guna bilik air.

sebelum ada yang bertanya,
sticky post tu aku beli kt jusco rm2.90 warna pink.
aku tak nampak pun ade kaler lain ke tak.
dah, jangan tanya.
pegi lah beli beramai-ramai ye.

pasni boleh guna tampal kat notes kasih sayang kt suami.
sekian.

Sunday, May 29, 2011

Surprise! Surprise!

i just arrived home yesterday. dari wedding atia, amik keta kt umah lynda, balik solat tukar baju, shoot balik kedah. alhamdulillah~ walaupun dalam keadaan darah paling manis bak kata mak lynda, lynda dan jaja, belum ade sekor nyamuk pun teringin nak menghurungi aku. haha..

sampai2 ja lorong umah aku. aik? khemah? takkan khemah aku kot?? aku kawen minggu depan kot. bukan esok. ade jiran aku kenduri jugak ke? macam tatau pon. blur.

nampak muka mama aku nak bukak pintu, bukan nk bagi salam..terus tanya..khemah sapa ni?mama aku pun jawab, khemah kita la. teeeeeeeeeeeenngg!! rasa nak lari2 masuk bawah selimut je. maakkk aaiii..awai nk mampoih pasang khemah. sogan den. rupanya vendor khemah tu pasang siap2 sebab dia ada lagi 50 kenduri untuk diorg pasang dalam minggu ni. huii..efficience gila.


view from the top

dah penat2 angkat barang2. dah pasang angan2 nak spend kat atas katil sendiri sorang2 for a week. lepas ni dah kena share. huk..jadi ni lah kira last time nk tergolek2, tido melintang ke, tido berpusing ke..skali mama aku cakap, hah, mama dah siapkan bilik tu. tido bilik lain. tak pon tido bawah. aiihhhh..punah harapan ok. yes, my bilik dah disiap cantik. tunggu decorator nk pasang bunga je. huhu..tarik la beg masuk bilik lain. tido ngn barang. haisshh..

esok bgn pagi, tengok2 doorgift2 n bunga pahar. masyaAllah.. banyak jiran2 bagi sponsor. alhamdulillah..syukur sangat. cantik2 plak tu.

hari ni pegi fitting. huhu...gemok! kena bebel badan dah naik. patutnya baju tu dia buat besar sikit. boleh pulak fit gila. huhu..haruslah esok kena puasa ni. ada gamba tp malas nk upload. haha.. tunggu je lah. lagi 4-5hari je.

Wednesday, May 25, 2011

teaser - the reception dress


amacam? sexy tak? paras peha uolls.
haha..

harus lah yang separuh tu.
the picture sent to me tru mms.
sadis tak, tgk baju sanding sndiri tru mms je.
but at least aku tau baju tu wujud.

syukur sangat dah.
alhamdulillah.

yg ni first pic, belum siap sepenuhnya.
baju tu masih in progress.
ada 2nd pic dia hantar hari ni.
looked much better.

kira aku pon dapat teaser gak la.

gamba pun blur2 gitu.
aku pon main agak2 je warnanya tu. huhu..


Monday, May 23, 2011

OIO O.O

i was facing emotionally breakdown. i'm not kinda cengeng person. but this breakdown really bring me until i cried. nothing really happened. i walked, i saw. i sit, i watched. i talked, i listened. i can see how a couple loves each other. how they care. how they discussed. how they planned. how they were still hold together for better or worst.

maybe, i'm now in the nervous phase, but i feel scared. hell scared. to face all the changes.

he asked me to do some changes after marriage, the good one. seriously good, i know. and suddenly, i feel i dunno how i'm gonna do it. sincerely. will i? can i?

this is really not a big one. but, what's else coming up later? one thing for sure, a lot of changes are coming. 2 strangers becoming as one. different ways of history, different ways of background, different ways of characters, different of everything.

for 20-30years, you are used to one way of lifestyle, n suddenly, you need to tolerate and maybe do changes for both good.

semoga kami tabah dan berjaya mengharungi perjalanan yang panjang ini bersama dalam keredhaan Allah. aminn~




Sunday, May 22, 2011

cerita minggu-minggu terakhir

dari johor ke kl. dari kepong ke rawang. dari rawang ke shah alam. dari shah alam ke cheras. dari cheras ke damansara. memang tergolek la den.

tak tergolek sgt la. sempat tengok nurkasih lagi. kihkihkih..

finale fitting baju untuk bertandang.
teeeetttttttttt!!!! baju dah ok. perut ku berlapis2. fyi, aku xpenah gain weight seberat sekarang ni. never have a thought akan face this kind of problem. macam tak caya tgk bonjol2 yg terkeluar tu. hukhuk..sbb saiz badan yg kecik. badan aku tak mampu nk tampung berat 45kg pon. oii badan!! 45kg tu berat model taahuu?? keding n hot je model2 tu. aku baru 45 bukan 65 lg pon! errkk..boleh pulak ade lebihan2 itu. cis cis cis.. *masih tak boleh terima kenyataan*

amik photocanvas & photobook
both are fine. alhamdulillah~~ utk guestbook corner punya deco.

jarum peniti dah beli 2kotak. haha..

penat redah jammed.

tengok nurkasih.

Tuesday, May 17, 2011

dugaan bertunang?

*amaran: kalau hati macam sayur, sila jangan baca*

ini adalah ingatan untuk diri sendiri. masa bertunang orang cakap banyak dugaan. bagi aku, ada 2 konsep dugaan kat sini. satu, pengaruh syaitan. kawin tu kan tinggi pahalanya. maka si syaitan durjana ni mula la bekerja lebih gigih dan keras menikam2. ada je menda nak sensitif lebih. ada je menda nak meradang lebih2. ada je hasutan2 jahat menjelma.

dua, ujian. contohnya duit. memang nak kawen, perlukan banyak sangat duit. susahnya nak dapat kumpul duit puluh2 ribu tu, haih, tatau lah nak cakap susah camne. dah tu, time2 tu lah keta rosak, time2 tu lah ptptn hantar surat warning, time2 tu la kena saman, time2 tu lah kena keluar duit untuk hal2 yang tak diexpect. ataupun time2 bertunang ni, bergaduh beriya2. ada ja menda tak kena. ada gaduh ngn tunang, ada gaduh ngn parents, ada gaduh ngan kawan. tu tak kira lagi gaduh ngn vendor.

how u guys handle semua ni?

selalu ingatkan diri sendiri. itu gangguan syaitan atau ujian Allah.

kalau masa bertunang dah rasa tak boleh nak handle, asyik nak meraung menangis, mengamuk meroyan je, how u gonna handle the marriage later? no one says marriage is much easier. ini lah masanya nak perbaiki dan persiapkan diri untuk menguruskan rumahtangga nanti. macam mana nk manage duit, nak handle other people, macam mana nak communicate, macam mana nak organize, macam mana nak execute plan etc etc.

kalau dah berkawin, berdosa kalau dok ceritakan hal rumah tangga n suami kat orang lain. kalau masa bertunang, gaduh sikit nak ceta, nanti camna nak tahan kalau lepas kawen xleh ceta? mungkin masa ni boleh start praktis dah kot. simpan rahsia hal 'rumahtangga' masing2.

please have a respect. parents dah beriya2 tolong kita, keluar duit dr kecik sampai nk kawen pun dok kena keluar belanja lagi, family-in-law yg terlebih ambik berat, come on lah..perlu dihebahkan ke aib mereka kepada orang lain? dia, walopon dia baru tunang, bukan lagi suami. kena lah pandai jaga air muka dia. tak perlu dicanang cerita kepada dunia hal2 masalah personal korang. gaduh la, jahat la. hellloooo!! ko yang nak kawin ngn dia..ko laah bodoh pilih org macam tu? apa point ceta kat org? nak luah perasaan? kot ye pun xyah la tulis kt blog ke kt fb ke mana ke.. ke nk suh org pujuk? hmm..

the most important thing, macam mana nak jadi penyabar n pemaaf. kalau masa bertunang pun asik nak menang je, tamau mengalah, tamau rendahkan ego..what makes u think u can do that later lepas dah kawen? xmau jadi isteri solehah ke? dan takyah la jd lemau sgt, sikit2 nak nangis, sikit2 nak nangis. habis lepas kawin nanti, nangis je ke solutionnya kalo ada apa2 berlaku nnti? mungkin boleh ubah dah kot perangai cengeng tu. kawen tu ibarat nak bwk sebuah kapal belayar. segala ombak ribut taufan kena tempuh. ko nangis bukan boleh setel masalah pon.

setiap dugaan dan ujian, x kira la masa bertunang atau bila2 masa, adalah untuk dekatkan diri kita dengan Allah. sentiasalah bersyukur. sentiasalah berdoa. Allah saja yang dapat tolong kita masa ni.

seorang kakak senior bagi nasihat ni kat aku,

Byk2 sabar hidup berumahtangga ni.. jgn tinggal doa tiap solat utk keberkatan hidup, dilindungi dr semua keburukan & kejahatan..
Taat suami, tp jgn bergantung pd dia.. bergantung HANYA pada Allah.. jaga hubungan dgn Allah insya Allah, Allah jg hubungan kita dgn suami..

:)

aku ada a few more days untuk perbaiki n persiapkan diri ni. sempat ke? ganbatte!! to a better me!

Monday, May 16, 2011

of the surprised wedding gift


source pakcik google

seriously i never expected any supergoluxious wedding gift. kalau dapat 4-5 hadiah pun aku rasa dah cukup gempak. dah lama kot tak dapat hadiah banyak2. last time masa form 3, on my birthday. lepas tu hadiah2 daripada mama abah, boipren n tunang. xpenah dah on the same time.

selalu aku gurau2, serius gurau je, kalau org tanya nak apa, aku cakap nak peti ais 4pintu yg ada tempat keluar ais kt luar tu atau tv lcd flat screen 52inch, atau pakej honeymoon p london. hahaha..sanggup?

kenduri aku jauh. bila ada kawan2 n sedara mara sanggup datang, it's a great gift for me. bersyukur tak terkira dah. tak terlawan dengan mana2 hadiah dah. so, no need ok. it's very fine with me. kalau betul2 nak tahu apa aku nak, aku nak korang doakan aku n future husband yang baik2 untuk marriage ni. dunia dan akhirat.

tapi, kemarin ms on the phone dgn mama, mama bgtau my grand-auntie bg hadiah. vacuum cleaner electrolux. aku teruja gila! super excited! best gila ok. syookkk weeyy dapat hadiaahh!! hahaha..pardon for being sgt excited. sbb unexpected kot kan.

my first wedding gift dapat from qistin, about setahun lepas. haha..tp baru p amik last 2 weeks. bride & groom thirt!! n queen & king tshirt!! gift ok! maksudnya free! dr thn lepas dah berangan2 nak pakai masa pagi sebelum reception tu. cool tak..bride n groom. hihi..pastu yg lg satu nak pakai masa reception belah laki. seb baik muat lg size tu ok. cuak gak.

my dear supercool friend, syira pun cakap dah beli hadiah. hadiah yang takboleh dibuka depan orang. hahaha..mengong syira. tp aku sukkkaaaa~~

shasha bg guestbook. i asked her to help me with the guestbook. end up she'll give me that as a gift. alhamdulillah~

jeles tak? ai ade kwn yg pemurah & super best. haha..

dah lama tak rasa best dpt hadiah camni. tatau nak cakap camna rasa..tp sangat happy.
:D

happy teacher's day!

Sunday, May 15, 2011

it's gonna be my wedding!

post ini adalah comment pjg to post nawar yg bertajuk When your wedding is not all about you. nk komen kt situ, tapi dah jd panjang sgt pulak.

it's my wedding! but it's our event. hari kesyukuran.
saya di kejauhan ni hanya boleh mendengar cerita apa yang mama abah dah buat kat sana. sangat banyak. dgn bantuan jiran2, saudara mara dan kawan2 mama abah yang sangat baik hati. ikat riben, buat bunga telur, lipat kad, pasang langsir baru, cat umah, etc etc. macam2 lah.

aku kat sini. hanya boleh survey online, order. dah. tulis kad pun dah merungut. hissh..

their choices may not be my taste, but who cares? i am very sure they won't sabotage me or their event. their friends are coming, their long lost relatives are coming, they also want the best of it. the best in their own way. :)

after all that,it's not worth to argue n have ill feeling for small2 things. aku redha ja skang ni. 19days. aku belum nampak rupa baju nikah or baju sanding aku lagi. aku belum nampak rupa hantaran lagi (sebab belum buat..huhu), banyak lagi belum buat. aku redha ja apa nk jadi last2 min nanti.

apa pun, aku mahukan pernikahan yang diredhai Allah. aku takmau syok sendiri, rasa diri diva, ratu lah sgt, majlis gempak, tapi banyak hati hati yang terluka, dengki sana sini. i want a happy n blessing event. aku tau majlis aku jauh nun di utara, terharu yang amat sangat bila tau ramai kawan2 n family make an effort untuk spend their time n money to make it there. hanya Allah saja yang dapat balas segala penat lelah semua org untuk majlis aku ni.

jadi, kalau setakat a few yg bgtau x dpt dtg, aku ok ja. x perlu nk frust tergolek sebab diorg takleh datang. bukan diorang sengaja pun. raikan yang ada tu.

Monday, May 9, 2011

must have shots

aku tgh listdown must have shots for my wedding untuk diemelkan ke OP.

1. details - baju, kasut, tudung, veil, handbouquet, inai
2. details - each of the hantarans - both side.
3. details - deco, guestbook, card, cincin, cake, doorgift, pelamin, meja makan, etc etc etc.
4. the whole view of the khemah n rumah. - without and with the guests.
5. bride n groom tgh bersiap.
6. pose - me with the bridemaids, parents, the whole family, friends
7. cute pose with him
8. romantic pose with him
9. candids candids candids - the pengantin, my family, his family, guests
10. outdoor at bendang n tali air. (trademark org kedah..hihi)

what else aa?

credits to jaja, for the list.

if any of you rasa nak do the same, pls make sure don't over doing it. cthnya nak gamba sebijik mcm ni, nk editing mcm ni. yes, u have the right. tp reminds yourself why u hired them at the first place. sbb their artwork kan? so, let them express their work on their own style.

jgn sibuk2 nk samakan dgn saiful nang la, peveyhack lah, syahiran sukardi lah, udey ismail lah.. no no! photographer tak suka macam tu ye..

just give roughly the pictures what u need. how & when they gonna capture those are up to them.


Sunday, May 8, 2011

Idola, i am.

warning! ini adalah entry mode perasan.

tadi ternampak kat newsfeed fb. update from my fav card vendor. kekotakku a.k.a love d heart a.k.a putra putri wedding card. ye semua tu sama je sebenarnya. mana satu nama company, nama product, nama package aku pun tak pasti. yang pasti servicenya sama.

so, berbalik kepada cerita tadi. aku pun click. taraaaaa!! uiikk.. terkujat den. tengok post ni. tq tag yang ditempah and ready to collect. ingatkan aku punya. sekali tengok nama & tarikh, orang lain. tapi design n warna sebijik jibon sama. hehehe..

oh, did i tell you, design tq tag ni memang aku yang request? hehe.. same with my invitation cards. aku gedik nk warna, background n bracket mcm tu. tp part kalendar tu mmg aku tgk cth yg dah ada kt gamba diorg la. hahaha.. yes, they can make it real.


gua memang idola la beb.



sama tak dgn yang ni?

hehehe


:)

bangga jap. perasan jadi idola.
terima kasih la cik zila & zamri.
awal benor korg buat tq tag. hehe..

Friday, May 6, 2011

surat cinta pertama daripada si dia

:)
no, it's not something to be proud of.
i just received (correction: abah just received) my first ever surat cinta from the beloved PDRM. yeay? hmm..
i admit i drive 'sangat berhemah'.
oh no no, dun get me wrong. i kinda sure i am NOT that typical Women drivers' type.
i give signals. i be at the right lane at the right speed. i don't suka2 stop at garisan kuning and block others. i park betul2, usually i do reverse parking. i don't terhegeh2 tukar lane or keluar simpang. but i don't terlebih berani tak tentu pasal jugak. i don't overtake motor, makan jalan macam potong lori balak. and i also give ways to others.

but

i can't hold myself to speed up. huhu..
but (again) i used to be a smart driver. (maybe now not that smart)

* tips: kalau drive mlm, slow down (be the max at 120km/h - tgk limit area tu lah) when you pass by kawasan cerah. kawasan cerah means kawasan yang ada lampu n terang. biasanya dekat2 simpang exit, bawah flyover and dekat kawasan R&R. speedtrap xleh shoot no plate kalau gelap, sebab reflect blk dgn lampu kereta kita. (kawan aku yg cakap.kalo dia tipu aku tipulah)

* tips: kalau drive siang, same as above. cuma kena be extra careful. sebab mungkin ada extra speedtrap dgn beberapa org polis di beberapa tempat. biasanya tempat teduh. ko ingat polis suka nk dok bawah matahari terik tu. hehehe..

so, i used to hold to both tips. for 10years of driving. my record was clean. plus to that, dulu drive blk dari KL-Kedah, aku suka cari tiang camera speedtrap. jadi aku dah marked.

tp.. dalam masa financial tgh critical gila ni laaaa boleh pulak kurang bernasib baik ni. hihi..haritu terlambat x sompet nk slowdown ms pass by speedtrap. haih..

this is just something to be remembered. my dugaan. semoga tiada yang lebih teruk drp ni. aminn..

abah aku call gelak2, dia kata boleh buat kenduri ni, dpt 1st surat saman. cit..ye lah abah. nak kenduri la ni. huh..

Wednesday, May 4, 2011

the next in the list

he is here now. with me in Kulai. for 2 days. hari ni dah nak balik. :( did i tell you LDR is never easy? huh. okay, put that aside first.

i love him more n more everyday. alhamdulillah. i am really grateful with this feeling.

semalam p dating. it's been a while. selalunya keluar untuk settlekan hal2 tertentu. pegi cari barang, amik barang, kenduri, etc etc. semalam plan nk tengok wayang Fast 5. ciskek betul Johor tak sampai lagi cite tu. esok baru keluar. esok nak p tgk ngn saappee...tunang aku dah baaliikk laa..! eeii.. emo. haha...

since the movie is not available n takdak movie lain yg menarek. semua cite hantu je. nyampah aku. so we just have a walk and talk. guess what? we end up went into babystuff boutique one into another. :) maklum la, nk survey barang kawen mcm dh setel n dah penat pk. lagipun nothing much we can do in johor.

well, this is not the first time for him. he did his own survey before. he knew more about the stroller n katil baby tu. i'm impressed! i love watching him beriya2 check out the price n functionality of the stuffs.



source: google

last weekend, we went to Q&A's home. she's a mommy-to-be. comel je perut. haha. yes, you are glowing babe. malas nk puji depan2. ;P then, Qistin told me about the baby movements. at the early stage, baby dok buat flying kick ja. but nowadays, dia dah buat somersault berpusing. n my dear fiance komen on the spot, waah, bestnya! n he said kalo i pregnant nanti, dia nak rasa masa tu. hehehe..aku yg malu2 kambing masa tu.

hehe..comel kan? hmm.. we don't have specific planning for the kids. kalau ada rezeki awal, alhamdulillah. kalau belum, we'll be fine too.

hiks, lagi sebulan nak kawen, tapi dah cite pasal baby2. hehe..

Tuesday, May 3, 2011

sepurnama


sepurnama lagi
aku bakal milik mu

sepurnama lagi
dah boleh peyuk2
hahaha..

sepurnama lagi
dah boleh enjoy the gaji for shoppiiinngg!


last weekend, dah pegi discuss pasal pasal pelamin, bilik etc etc. dah fitting baju. kena alter la ofkoz. it's kinda funny tgk guy to guy talk discussed pasal deco. pastu yakin je dah habis. bila tanya blk, kerusi pakai kerusi mana? alamak. tak discuss..x senonoh betul. hahaha. memang perlu involve jugak. harap2 semua berjalan lancar.

terlupa nk snap gamba. hehe..

Sunday, May 1, 2011

so, here you goes

i just need to say this out. i want all this end well n soon. i am really tired with all the preparations. having a very tight budget for years, thinking of this, deciding of that. i even have to think before i ate something..i don't really enjoy shopping. becoz i scared n worried of i won't have enough money for that one day event. also pity him for struggling up to fulfill all the adat n the family requirements.

i can't wait to have a peaceful life. having the money for me. having him for me.

i miss him everyday. long distance relationship is never easy. especially when no family n good friends around. only work n work colleague.

a few more days.

may everything goes well n smooth.

insyaAllah..