Posts

Showing posts with the label hantaran

review : close up hantaran

Image
as per requested, aku kasik close-up sikit. tapi 2 ketul je lah. nak cepat ni. nak balik kg suami dah ni. dia dah menunggu di sebelah ni. hihi.. disebabkan sayang korang aa ni. ececeh.. from him to me tema putih artificial flowers from me to him tema purple+pink freshflowers

review : hantaran

Image
setahun kot berpikir nak DIY ke tempah ke hantaran ni..hehe.. tapi yang pasti aku nak pakai freshflowers keliling. konon2 nak macam arma punya la. tp budget ciput. alhamdulillah~~ impian direalisasikan dengan jayanya. 7 dulang berbalas 9. deco hantaran from his side was done by my mak angkat n adik angkat. bertemakan serba putih. bunga2 tu kitorg g beli kt kedai bunga yen riben kat semua house. ramai ingat freshflowers mula2. hehe.. dulang by my atia.. :) deco hantaran from my side was done by my jiran. auntie zam. memula aku nak buat sendiri. pakai freshflowers kan, macam lah sempat kan nak kelam kabut buat. dia offer diri nak buatkan. free of charge ye. tolong2 je. dia tak amik tempahan. she understood me well. dia siap research lagi mcm mana nk buat tu. first time dia buat hantaran pakai freshflowers. sampai tak tido semalaman siapkan hantaran aku. bantal hantaran tu aku ngan mama yang buat. habis selerak bilik dgn kekabu. ekekeke.. yg tu dah lama buat. walopon comot2, terlaksana j...

a heavy trip

Image
bermula perjalanan dari johor, singgah di ayer hitam. ambil baki doorgift yang ditinggalkan di kedai masa beli hari tu, sebab tak muat kereta. huhu.. penuh kotak kt belakang keta sampai ruang tempat duduk. berat gila rasa keta masa tu. pastu singgah kl. pegi jalan TAR. mission nak cari sampin songket putih untuk encik chenta, bunga-bungaan untuk hantaran dan kain lace mama. cerita sampin songket putih. selepas dicadangkan oleh beberapa orang bloggers, encik chenta pegi lah survey beberapa tempat di shah alam. corak dan kain cantik, harga tak berapa cantik. sebelum tu dah pegi survey kat johor. pastu dah cari kat jakel2. tak jumpa yang menarek hati. susah sangat nak jumpa kain songket sampin warna putih benang silver. then bila pegi kat city one plaza tu..mcm meriah gila sampin songket. cakap je nak warna apa, corak camna. penuh satu kedai. letak atas lantai tinggi sampai kepala. tanya2 harga, rm25. huh?? murah sgt ni! hahaha.. excited. tetapiii...disebabkan kami cari warna putih, jadi ...

DIY hantaran versi berani mati

Image
dengan tak berapa yakinnya aku offer diri nak DIY hantaran encik chenta untuk aku. sebab utama adalah untuk save budget jadi dia boleh lah belanja aku pegi honeymoon tempat best2.hehe.. dan untuk tidak menjadikan aku bridezilla satu hari sebelum majlis, maka aku decide nak guna artificial flowers. konon2nya boleh buat siap2. nanti letak je barang2. lepas tengok blog ciksue , dia DIY hantaran sendiri, aku berkenan bunga dia. nampak sweet dan almost real. jadi, aku pun menjalankan mission cari bunga dan barang2 untuk DIY hantaran. barang2 adalah seperti gambar di bawah. bunga dan barang2 ni aku beli kt kedai yen riben. tingkat bawah semua house. bunga tu jenis mcm span nipis gila. tapi tatau nak cakap material apa. yang pasti bukan plastik. ada 2 size. ada yang kecik sikit. ada macam2 warna. pink, biru, ijau, hitam, purple, merah etc etc etc. harga bunga tu, RM7.50 satu ikat. ada 10 kuntum dalam satu ikat tu. yg size kecik sikit tu harganya rm6.50 satu ikat. aku rasa murah. tapi honest...

mas kahwin giveaway

Image
oh, bukan saya nak buat giveaway. hihi.. memandangkan saya bakal men'DIY' hantaran sebelah encik chenta, jadi saya perlu mencari idea untuk meletakkan wang mas kahwin supaya praktikal. mula2 pikir nak gulung2 letak dalam satu bekas kaca ke, dalam kotak ke, menarek jugak kan. ataupun letak dalam satu sarung, hias cun2. ataupun gubah bentuk bunga. teettt!! ko gila nk suh aku gubah! buat bentuk kapal aku reti la..ataupun, letak dalam album. wallla..classic woo. we are trying to avoid pakai cheque.. sbb baca kt blog mana tah, tok kadi tu akad nikah camni sebab pakai cheque, "aku nikahkan dikau dengan aishwarya rai berwakilwalikan aku dengan mas kahwinnya satu ratus ribu ringgit huuttaangg !! " hamik ko..! jadi, kena cari alternative untuk bawak cash jugak. xpe..bank depan masjid. pas akad boleh terus bank in. hehe.. kalo ikutkan aku ni sebenarnya, aku xnak org lain tahu mas kahwin & hantaran semua ni. but, mak aku adalah typical melayu, sebolehnya nak letak depan pint...

jari jari ku, sakit semua, kerna bekerja hari-hari

Image
nasib baik wedding lambat lagi tau. sempat recover. habis jari-jari ku ini melecur kena glue gun. haha..ok tatau camne boleh kena. tipu. aku terpegang kt besi hujung tu. bajet nak sapu gam mcm gam UHU. ye sengal. hehehe.. dah berapa malam stay up sampai subuh. bekerja keras menyiapkan bantal hantaran. orang lain siap satu hari je..aku dah berminggu2. hasilnya.. taarraaaa..... testing letak pearl n crystal tu. tunggu approval Yang Teramat Mulia mama. mama aku suh lekatkan semua pearl tu. kira tak ada la yang macam loose2 tu. aku kata, loose2 tu la seni. haa..menjawab lagi lg tu. nasib baik tak kena panah kilat. tteeeeeeettttt!! hahahhahahaha.. pearl yang belum dipasangkan (eh mcm salah ja perkataan dipasangkan ni) gambar kristal malas nk amik. Qistin, mesti hang bangga ngan hasil kerja aku kan? hahaha.. bahagian bawah bantal2 ni, comot yang amat. hahaha.. tengah pikir cara nak 'menghilangkan' kecomotan itu. nak cover pakai kain ke, kertas ke, board ke, biar kan je ke..hehe.. rup...

DIY hantaran! kamon!!

Image
ye! berazam bertekad penuh semangat nak diy hantaran dua2 side! *berpeluh* ok, the truth is i am so tangan bangku! pandai2 je aku letak simpulan bahasa baru. i am so s**k in doing something involving creativity. berdebar jantung ku ini tau! masa sekolah, aku selalu dipinggirkan ketika aktiviti menceriakan kelas. habis2 xtau nk bg tugasan ape, aku kena susun meja. cis.. nak gunting huruf pun tak kasik. hampeh betul. i drew an ant, pastu dgn jujurnya the kiddos tanya, is it a cow or a cat?? whaaattt?? cow or caatt?? weh jauh beza kot semut ngn kucing lembu tu. demmit . T_____T and i can't even draw a road in a map! line straight pun x jadi. kecik2 tangan tak bedung agaknye. haha.. dolu2, ms homework pendidikan seni, semua mama aku yg buatkan, dapat A. hahahahaha.. kalau exam lukisan, kt rumah dah prektis siap2, dapat C. markah kesian. teeettt!!! huh. patut lah encik chenta tanak bg aku buat!!! dia bg alasan kesian kt aku. nanti busy. tak kira nak buat jugak. hakhakhak.. as requested ...

bunga oh bunga!

Image
kecelaruan fikiran mencengkam benak ku. ewaah!! hahahaha.. i wanted purple flowers for my handbouquet yang matching dengan kasut. so i google. susah nak dapat bunga yang berwarna purple plum. padan muka! pilih lagi warna pelik2. huhu.. selepas pujuk owner bridal boutique tu, dia angguk terpaksa bagi handbouquet kat aku dlm package. dia cakap nak bagi purple roses. untuk sanding je lah. roses..hmm..purple roses agak pucat bagi aku. huhu..banyak songeh. for nikah, i'm looking for something sweet. roses might be a good choice. pink + white roses. alalala~~cuwitnye..haha. pastu google2 lagi. ting! carnations! decided. i want carnations for my nikah. atau mix dgn roses. eceh. nak jugak tu. ok. decided for nikah. source: google nak camni! tapai yaya punya bunga pun tantek. carnations mix ngn roses. untuk reception pula, i want something chicky. mcm chicky meal. haha..tiba2. kira funky junky munky semua lah. haha..kira padan lah dgn kasut i yang glams tu. hahah..perasan. so, what i had in...

of the hantarans hunting

last time when a friend of mine was getting married, another guy friend asked him about the hantarans given to the bride. as he told him the amount, the price what-so-ever, the friend was so shocked and impressed with him.. how he could spend that much for the hantarans. he said, " kenapa nak berkira, kan ke aku bagi kat isteri aku sendiri, tak pegi mana pun barang2 tu.. " the friend pap the bride's back, proud. i was there. they are my two bestfriends conversed. i was touched. :) ****************************************************** saya pegang kata2 tu. saya sedaya upaya beli yang terbaik (dan termampu) untuk chenta dan alhamdulillah dia lagi berganda2 tak berkira dgn saya. :) haha..takmo reveal berang hantaran. segan. kami orang sederhana. tak ada yang gempak2 pun. semuanya kena ikut budget. tapi..apa yang pasti, we bought it all from good SAs. we may not get the cheapest price or a bunch of free gifts, but we got good services. happy enough. puas hati. dah..tamau tau...

idea hantaran

Image
hari tu pegi nilai 3. pastu nampak sample hantaran ni pink biru saja share. kot2 ada yang cari idea macam mana nk DIY. :)

teaser : barang hantaran

Image
dalam masa beberapa hari telah kopak duit simpanan yang berbulan-bulan. (dunia ini sungguh taakk adddilll!!! hehe..buat drama plak..) tapi disebabkan excited, nak gak share teaser kat sini. teaser paper bag je boleh? hehehe.. padahal 2 benda ja beli kt sogo. tak pasal2 promote sogo. walaupun sedang mega year end sale..tapi kebanyakan barang yang saya jatuh cinta beli discount tak banyak sangat. *sigh* sebenarnya ada berkenan yang lain. tapi mahal. terpaksa lah pejam mata. haha skang ni lalu bahagian tempat yang jual barang saya dah beli, saya akan keraskan kepala dan leher. tanak pusing kiri kanan. jalan cepat2. sebab takut termenyesal kalau2 ternampak barang atau harga yang lebih menarek. huhuhu.. ok la. teaser barang sikit. bukan semua la. boleh teka tak barang apa ni? macam rancangan kuiz plak. hehehe.. alhamdulillah.. semua masih dalam bajet.

si jari kecil

huhu..baru tau sebenarnya jari manis saya bersaiz 5.5..rugi2!! beli cincin harga sama je..tapi kena kecikkan saiz. banyak plak tu. hampir2 kena tempah. huhu.. oh ye.. cincin dah beli!! syoookkk...x sabaq nak tawen! 191 hari lg..haaiihh.. (asik pakai je. syok sndiri. encik chenta kata lepas tunjuk kat mama dia nak amik simpan..alaa...~~)

bring it on - the hantaran

semalam (ke kemarin?) saya cakap tepon ngan mama. tanya pasal hantaran. saya tengah plan bila majlis bertukar hantaran akan dibuat. majlis nikah saya sehari sebelum majlis resepsi. tentatifnya, akad nikah di masjid, kenduri kecil2an di rumah. esoknya majlis resepsi, juga di rumah. masa majlis akad nikah di masjid, hanya perlu dibawa cincin dan mas kahwin dari pihak lelaki. dan cincin dari pihak perempuan. hantaran lain belum lagi. option 1 majlis pertukaran hantaran dijalankan selepas majlis akad nikah. iaitu semasa kenduri kecil2an. hanya disaksikan keluarga dan sahabat handai terdekat. bridemaids saya akan berpakaian sedondon pada hari tersebut. turun membawa dulang hantaran. option 2 majlis dijalankan semasa majlis resepsi. rombongan pihak pengantin lelaki akan datang bersama hantaran2. jadi nampaklah meriah sikit, selain jalan lenggang lengguk. majlis bertukar hantaran semasa bersanding. bridemaids saya akan berpakaian sedondon pada hari resepsi.. hantaran dibawa turun selepas peng...

review e-day : hantaran - kek

Image
hihihi..macam best tengok cik nora a.k.a aira review pasal kek tunang. tiba2 saya pun nk sibuk2 update gak. hehehe.. kek tunang ni hantaran daripada encik bolat kepada saya. pilihan beliau sendiri bentuk ni. ladybird yang sangat comel. ditempah di secret recipe. cara nak tempah, pegi ke mana2 secret recipe, tanya diorang boleh buat tak. seminggu sebelum tarikh nak amik. kek kat dalam encik bolat request kek coklat - my favourite. hehe.. dan tau2 la kek secret recipe kan..sedaaaappppp sgt! harga utk kek ni rm98. kalo nak design lebih canggih manggih mahal la lagi. nampak tak terbojol kt tepi tu..hehe.. saya rasa sebab panas, fondant tu menggelembung. but still nampak comel..*puji sendiri* aksi ganas disaksikan my nieces n nephews.. ladybird nak kena sembelih..hehe. sayang gila rasa masa nk potong ni.

DIY hantaran?

Image
arma couture tiba2 tersangat amat berkenan dengan hantaran ni. warnanya perfect for my wedding! huk..sangat cantik.. jatuh centa. ~~~~ bantal ada sesapa nak sewakan tak? saya pikir kalau saya buat, takut tak jadi & tatau nak guna utk apa lg lepas ni. huhu... cik xora, awak tanak sewakan ke..hehehe.. bunga apakah nama bunga2 itu? saya x kenal bunga..hehe.. nampak macam ada roses (warna apa tu?), orkid (kan?) yg len tu ape? camna nak cucuk kt span?? tak basah ke bantal tu nanti?? konpius.. entry yang penuh tanda tanya. qistin, nak tolong buat tak? heee...

review e-day : hantaran

Image
saya sungguh berdebar untuk mengupload gambar sendiri di sini. huhu..ok let's start with hantaran dulu. hantaran kami, perancangan awal 5 berbalas 7. tapi ada tambahan 1 daripada pihak encik tunang (waah...dah tuka title..hehe), maka jadinya 6 berbalas 7. tak termasuk tepak sireh. the blue white from him..termasuk kek ladybird yang sangat comel dan sedap tu. dihias dengan cantik dan lovely oleh my bestfriend, Queen DIY Qistin from Q&A, (yee!! dia kawan baik saya! hehe). manakala the pink silver from me, dihias oleh Tar Tera Bridal kat Jln Stadium Alor Setar (mama yang tempah). sireh junjung yang berbunga ros pink itu, digubah khas oleh my dear sister, Fuzz dengan hanya tengok contoh dalam magazine..*ting* mcm magic. sweet kan.. kek ladybird yg comel dan sedap tu, ditempah di Secret Recipe! tepak sireh tepak sireh kat situ ada dua. satu tepak sireh menunggu. satu yang datang. saya pun tak tengok masa acara cakap bercakap berlaku. menurut sumber yang dipercayai, tepak sireh yan...