Posts

Showing posts with the label review e-day

review e-day : catering

Image
for catering masa e-day tu, saya bagi 5 bintang! the food, setiap yang datang cakap sedap. the service, cekap, khemah dipasang 2 hari sebelum. (tapi i malu part ni sbb mcm beriya sgt..), service masa kenduri pon bagus, meja sentiasa bersih dan cepat dikemaskan. ini jiran-jiran saya yang sangat amat banyak membantu. tanpa diorg mungkin disaster majlis. terima kasih banyak2. =) ini encik tunang dan family. makan tak ingat tunang ni..saya tengah kebulur dalam umah. untuk family vip, catering ni hidangkan makanan atas meja. harga : rm6.50 seorang. additional : upah masak kambing RM100 seekor. khemah: rm 200 satu khemah (yang ni tak sure harga) lauk : ayam goreng berempah, daging masak apatah yg itam2 tu tapi bukan masak kicap, gulai dalca, kurma kambing, acar buah, ayaq siram, buah oren..hehe interested? here's the contact number Majid's Catering Canopy (anak pak majid nama abg jan, nama company tak ingat) Rumah : 04-7319659 HP : 012-4947854 Anak Pak Majid (Abg Jan) : 012-5695256 A...

review e-day : hantaran - kek

Image
hihihi..macam best tengok cik nora a.k.a aira review pasal kek tunang. tiba2 saya pun nk sibuk2 update gak. hehehe.. kek tunang ni hantaran daripada encik bolat kepada saya. pilihan beliau sendiri bentuk ni. ladybird yang sangat comel. ditempah di secret recipe. cara nak tempah, pegi ke mana2 secret recipe, tanya diorang boleh buat tak. seminggu sebelum tarikh nak amik. kek kat dalam encik bolat request kek coklat - my favourite. hehe.. dan tau2 la kek secret recipe kan..sedaaaappppp sgt! harga utk kek ni rm98. kalo nak design lebih canggih manggih mahal la lagi. nampak tak terbojol kt tepi tu..hehe.. saya rasa sebab panas, fondant tu menggelembung. but still nampak comel..*puji sendiri* aksi ganas disaksikan my nieces n nephews.. ladybird nak kena sembelih..hehe. sayang gila rasa masa nk potong ni.

chenta hati & jiwa

Image
ini lah chenta hati dan jiwa saya. sepenuhnya. saya mau kawin.. tapi kadang-kadang saya sayu, kerana saya bakal bukan lagi tanggungjawab mereka. pada suatu hari, saya baringkan kepala atas riba mama.. mama tengah lipat baju, huu..bukan nk tolong.. mama bebel2 x tolong lipat baju tapi mama biarkan saya baring, sambil ubah2 kain baju yang dah dilipat. standard la tu..tangan bergerak seiring dengan mulut. huhu.. saya tanya mama.. "ma..nanti dah kawin, boleh duduk camni lagi tak.." (bodoh kan soalan saya..tapi saya nak dengar mama jawab kot). mama jawab "boleh la..tapi tak segan ngn somi ka nanti? " "awat nak segan??" "mana tau.." dan soalan bodoh beterusan.. sampai kena halau. hahaha.. saya rindu mama abah. sekian. p.s: tu konon2 mini pelamin tunang saya. deco by qistin.

review e-day : outfit - baju,tudung & veil

Image
baju buat pertama kali dalam hidup saya, saya ada baju semahal ini. baju nikah nanti lagi mahal kah? huuu.. saya seorang yang agak susah nak cari barang. baju ke, kasut ke, handbag ke..cerewet ke? macam tak sangat. tapi..susah nak berkenan. kalau dah berkenan, yang tu je saya nak. hehe.. ataupun saya dah malas n penat nak cari. material kain utk baju tunang saya ialah beaded chiffon, lining dengan satin. jangan tanya jenis yang mana satu, saya memang tak kenal kain. beli di jakel jalan tar. saya cari dark pink. tapi x jumpa yang berkenan, saya terbekenan pula dengan warna pink peach ni. encik bolat terpaksa rela pakai sedondon warna pink jugak. baju saya simple je, beaded di hujung tangan, bawah baju dan kaki kain. baju kurung moden princess cut. saya sangat suka baju saya. memenuhi apa yang saya nak..simple, nice n sweet. ini lah rupanya beads itu. =) material : chiffon beaded + satin lining vendor : jakel jalan tar harga kain : rm *** (4meter kain chiffon + 4meter kain satin + 5.5met...

review e-day : hantaran

Image
saya sungguh berdebar untuk mengupload gambar sendiri di sini. huhu..ok let's start with hantaran dulu. hantaran kami, perancangan awal 5 berbalas 7. tapi ada tambahan 1 daripada pihak encik tunang (waah...dah tuka title..hehe), maka jadinya 6 berbalas 7. tak termasuk tepak sireh. the blue white from him..termasuk kek ladybird yang sangat comel dan sedap tu. dihias dengan cantik dan lovely oleh my bestfriend, Queen DIY Qistin from Q&A, (yee!! dia kawan baik saya! hehe). manakala the pink silver from me, dihias oleh Tar Tera Bridal kat Jln Stadium Alor Setar (mama yang tempah). sireh junjung yang berbunga ros pink itu, digubah khas oleh my dear sister, Fuzz dengan hanya tengok contoh dalam magazine..*ting* mcm magic. sweet kan.. kek ladybird yg comel dan sedap tu, ditempah di Secret Recipe! tepak sireh tepak sireh kat situ ada dua. satu tepak sireh menunggu. satu yang datang. saya pun tak tengok masa acara cakap bercakap berlaku. menurut sumber yang dipercayai, tepak sireh yan...