Lafaz taklik bagi negeri Kedah HANYA dalam tulisan JAWI . dan setahu aku tak ada option dalam rumi. ( agak-agak kalau muallaf macam mana eh nak baca? mungkin tok kadi tu baca, pengantin tu ikut lah kot kan..) Bagi bride dari negeri Kedah, pastikan bakal suami masing-masing boleh baca jawi ye. hehe...so for your reference, ni adalah salinan asal lafaz taklik negeri Kedah yang didownload daripada website Majlis Agama Islam Kedah (MAIK). Dalam PDF file, aku dah convert jadi JPEG. dan dengan baik hatinya, aku siap bagi translation dalam rumi. baik taaakkk???? hehehe. So, pasni korang bagi kat bakal suami suruh dia praktis. Untung2 kalau tak menggigil depan tok kadi nanti, tok kadi tu tepuk bahu dia, baguiiihhh budak nii..untung bini dia.. lancaq baca jawi. Padahal dia dah hafal. hikhik.. *klik untuk nampak lebih jelas dan nyata* sumber : MAIK Terjemahan Dalam Rumi "Adalah saya (nama suami) dengan ini bertaklik, jika : (1) Saya tidak berma'syarah yang ma'ruf dengan isteri saya...
semalam (ke kemarin?) saya cakap tepon ngan mama. tanya pasal hantaran. saya tengah plan bila majlis bertukar hantaran akan dibuat. majlis nikah saya sehari sebelum majlis resepsi. tentatifnya, akad nikah di masjid, kenduri kecil2an di rumah. esoknya majlis resepsi, juga di rumah. masa majlis akad nikah di masjid, hanya perlu dibawa cincin dan mas kahwin dari pihak lelaki. dan cincin dari pihak perempuan. hantaran lain belum lagi. option 1 majlis pertukaran hantaran dijalankan selepas majlis akad nikah. iaitu semasa kenduri kecil2an. hanya disaksikan keluarga dan sahabat handai terdekat. bridemaids saya akan berpakaian sedondon pada hari tersebut. turun membawa dulang hantaran. option 2 majlis dijalankan semasa majlis resepsi. rombongan pihak pengantin lelaki akan datang bersama hantaran2. jadi nampaklah meriah sikit, selain jalan lenggang lengguk. majlis bertukar hantaran semasa bersanding. bridemaids saya akan berpakaian sedondon pada hari resepsi.. hantaran dibawa turun selepas peng...
saya bloghopping tadi. terbaca pasal tarikh-tarikh dan bulan-bulan yang baik dan tak baik untuk bernikah. dulu-dulu masa saya kecil-kecil (walaupun sekarang taklah besar sangat) saya pernah terdengar (menyibuk) orang cakap pasal bulan2 yang tak elok bernikah. ada juga saya pernah dengar, x elok kawinkan adik beradik dalam tahun yang sama. pernikahan adalah berkenaan kerana Allah . (ingatan untuk diri sendiri) Dalam ISLAM, tidak ada sebarang tarikh atau hari atau bulan yang tidak elok atau tidak digalakkan untuk bernikah. tak kisah lah safar ke rejab ke ramadhan ke. hari selasa ke rabu ke sabtu ke. 3 hb ke 5 hb ke 29hb ke. tetapi dalam ISLAM, ada disebutkan bernikah hari Jumaat sunat. hari paling baik. tapi tak lah pulak hari2 lain tak boleh atau tak baik. Islam itu indah. Islam itu tak pernah menyusahkan. Jangan lah kita pula memandai-mandai. Islam menggalakkan perkahwinan. Malah dituntut. Diseru lagi untuk mempermudahkan urusan pernikahan. insyaAllah. amin..
Comments
jaja: kan..ko nk belikan kt aku x?haha
zara: kalau dapat, saya nak jugak disponsor~
syafa: woww!! u nk pakat2 belikan utk i ke? baiknyee..hehehehehe
kay: saya pon baru check harga..huhu
reen: tatau laa plak..yg psti mahal..huhu