Ayat Al-Quran dalam kad
source: soal jawab agama
بسم الله
والحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد
Soalan: Adakah harus menulis Bismillah pada kad jemputan kahwin, memandangkan ia kadang-kadang dibuang di jalanan atau dalam tempat buangan sampah?
Jawapan: Menulis Bismillah pada kad-kad tersebut atau lain-lain seperti surat, adalah suatu yang masyruk (digalakkan). Kerana baginda SAW memulakan surat-surat baginda dengan Bismillah. Dan tidak harus bagi sesiapa yang menerima kad yang terdapat nama Allah atau ayat Quran membuangnya ke dalam tempat pembuangan sampah atau tempat yang tidak dihormati.
Kata beliau lagi: Jika berlaku yang demikian, maka dosanya ke atas pelaku (yang membuangnya). Adapun orang yang menulisnya, dia tidak berdosa.
rujukan:
- Fatawa Islamiyyah (hlmn: 507)
kenapa saya letak ayat tersebut dalam kad saya?
1. saya yakin dibenarkan.
usaha maher zain melalui lagu. usaha saya melalui kad jemputan saya. :)
mungkin dalam ratusan yang terima kad saya, mungkin 10 orang yang tersedar dan terdetik hal ini. mana tahu..itu sudah berbaloi bagi saya.
insyaAllah.
Comments
nyomel: soon. malu nk send out awal2.
cheqmoomoo: thanks. :)
so far yg i baca & denga usrah, semua ustaz ustazah tak galakkan tulis ayat al-quran coz kadang2 kad tu terpaksa bagi jugak kt jiran tetangga yg bukan islam katanya...
btw this info buat i lega sket coz kad i yg sudah pon dicetak ada sedikit doa dalam tulisan rumi
nana: saya penah baca jugak. tp saya yakin saya buat menda yg betul.
mia: insyaAllah. amin..thank you.
i actually agree with nana. my decision of not having ayat doa dalam jawi/atau ayat quran dalam kad kawin - because ada undangan yang bukan islam. maybe not applicable to you but to me yang ramai kawan non muslim - benda ni penting. Plus i don't think secantik mana kad anda pun - most ppl takkan simpan. soalan saya adakah anda simpan kad undangan kawin orang lain.. kalau ada sampai bilakah anda akan simpan? a few years down the road mungkin ada yang ter tak sengaja buang. mungkin dosa tak kena kat anda tapi takkan anda nak menyebabkan orang lain dapat dosa free.
food for thought.