shop and save

every parents want the very best for their kids. can't deny that. aku masuk mothercare tergedik2 nak itu ini. tengok harga, letak balik. gaji aku bukan rm20k sebulan. takkan nak beli barang anak pun nk swipe kan. kena ingat baby cepat membesar. itu yang mommies keliling aku selalu ingatkan. ada yang cerita baju anak sampai sempat ulang. sebab banyak baju. pastu baby cepat besar tak sempat nak ulang pakai. 

ada barang yang berbaloi beli yang ada good reviews with high price. yang boleh pakai bertahun2 dan boleh pakai untuk anak2 seterusnya. ataupun barang yang berbaloi untuk masa depan dan keselamatan anak. takkan nak saving punya pasal sanggup risiko kan safety anak kan. contohnya beli botol yang tak BPA free. memang tak nampak kesan sekarang, tapi orang tak buat research for nothing kan. 

being me, memang aku susah nak membeli. aku selalu survey dulu. kalau dulu nak beli sepasang kasut pun, aku kena tengok semua kasut dulu kat semua kedai. walaupun sebenarnya dah jumpa yang berkenan kat kedai yang mula2 masuk tadi. huhu.. ni husband aku je larat nak melayan. tapi nowadays aku dah belajar utk tolerate beli je lah yg mana jumpa n berkenan. ataupun aku akan serah kuasa kat suami aku utk pilih. tu pun biasanya aku dah bagi a few options..hikhik.

eh panjang pulak mukadimah. sebenarnya aku nak share, where to shop and save for baby stuffs. post ini hanya untuk mommies yang berbudget. kalo dah gaji berkepuk2, ko beli je lah yang mana2 cantek di mata, di kedai mana2. hihi..*jeles*

bg aku, ni personal opinion je eh, xde hasil kajian mana2, tempat paling murah n berbaloi beli brg2 baby ialah kat warehouse sales. harga baju rm15-30 boleh dapat dengan rm5-10. tapi nak meredah lautan manusia tu kena tabah la sikit. huhu.. bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian. ayat sedapkan hati. haha..

2nd choice, beli masa baby expo. ya Allah. heaven! rambang mata ok. all in 1 place. tapi make sure ko tau apa yang ko nak beli. jangan tengok then nak beli. ada baaannyyaakk brand, buat la research sikit, then buat checklist. biasanya barang2 yang aku tengok memang berbaloi la beli masa baby expo ni. harga dia mmg menarek tertarik. xdapat harga macam tu kalau year end sales pun. hanya dia baby expo. acewah.. 

the 3rd choice beli online. banyak jugak choice and cheaper la. sebab seller takyah bayar kos kedai. kalo beli online ni, aku ada satu fav online shop, iaitu mybabyshop. tapi kan..aku tak penah beli online pun, sebab dia ada kedai, aku p beli kt kedai, harga sama dengan online. dan barang2 yang dia tak sempat upload kat website ada kt kedai dia. kedai dia kt sri petaling. as for us, berbaloi beli kat situ. harga dia letak murah sikit drp tempat lain. pastu ada discount lagi. tapi tak semua barang la..pandai2 la compare. rompers carters yang paling murah aku jumpa kt online rm27 untuk pack 4 in 1. biasanya org jual rm35 kalo online. kalo kat kedai lagi la mahal. yang ni aku jumpa kt facebook.

4th choice, kirim kat family n friends kat UK atau US masa sales. memang berbaloi. time sale macam diorang nak bg saja je brg2 tu. cewah..over tau aku. but again, kena tau la nak beli apa. cumanya, kalo beli kat sana, xdak warranty la kt sini. kena kira juga untuk postage. unless diorang nak beli n tolong bawak balik malaysia.

5th choice beli masa sales. ada barang yang aku tengok masa warehouse sales boleh dapat harga lebih kurang masa mega sales. beza beberapa puluh sen ja. kira ok lah compare to harga biasa. hari tu aku pegi pureen warehouse sales, tissue wipe dapat rm11 2pax. masa mega sales jusco midvalley hari tu, harga brg tu rm11.90. harga asal rm14 kalo x silap. alaa..beza 90sen, dapat shopping lek2 dalam aircond ok la tu. panas gila kot pegi warehouse sales tu. huhu..

the 6th choice, the best one. ko buat list. siap design, color, brand. pastu paksa adik beradik, family n kawan2 beli bagi hadiah. hahahaha.. k bai.

p.s.: i love you baby. eh tibe2. =)

Comments

aTy _faRed~ said…
saye suker semua idea awak..:) membeli time sales..warehouse..expo lebih berbaloi...beli on9 jer saye tak berape suker sebab tak puas nak pegang n belek..huhu
Cheyan said…
Nas..aku br sempat online shopping ja, tak dan nak g warehouse or sale lagi..target bulan 3 ni ada sale kan?? masa tu kut nak membeli...
Amalina said…
aku suke beli pakai credit card..sbb dpt collect treats points (klu pkai maybank card la)..pestu points tu tuka kpd cash voucher parkson or jusco..pestu shopping lagi..hahahahhahaha

but u are soooooo dem right about baju..jgn beli bannyak2..sbb nanti org kasi hadiah pon baju jugak..tak terpakai nanti..pestu baby cepat besar..pakai skali dua..dah tak muat, kne masuk dlm box dah..huhu..

lagipon..kite confirm akan shopping lagi selepas bayi dah lahir..so klu baju dia sket je..tak rase bersalah sgt bile tiap2 minggu pegi kedai beli baju anak..hahahahhaha
zakirah said…
Ko punya idea last tu paling super duper best!

Popular posts from this blog

Lafaz Taklik bagi Negeri Kedah

bring it on - the hantaran

tarikh baik untuk bernikah