:: love is a gift ::

Monday, July 13, 2015

New addition

hello.. Assalamualaikum. This sepet is a new additional in my little family. Ammar is now a big brother to this lil princess. Nur Amna Saffiya. Dah 7 bulan dah pon.

Dear amna..
May you always in the path with Allah blessed. May you become a good muslimah. I love you. 



Friday, November 8, 2013

cerita taska

lately, kat media sosial banyak  cerita pasal taska yang tak bertanggungjawab. sentap hati ibu2 ni tgk video dan gambar2 tu. ni aku nak bercerita dan berkongsi juga dengan mommies semua pasal taska.

alkisah.. dulu kami nak hantar ammar kat rumah pengasuh. jumpa la seorang makcik ni. umah dia masyaAllah..kemas dan bersih. teratur. dia x ambil baby. budak transit je ramai. dan seorang dua budak yang dah 3 4 tahun macam tu. makcik ni jaga cucu dia sendiri jugak. kecik lagi.. baru setahun lebih masa tu. sebab tu dia taknak ambil baby. mcm agak kalut nak jaga dua org baby. bdk2 yang dok ngan dia mmg disiplin elok. letak beg2 tersusun. kasut letak tempatnya. ikut la peraturan dia. brg2 pon x diusik. dia setuju nak jaga ammar. masa jumpa tu ammar dalam perut lagi. tetapi.. dia asyik bertanyakan aku balik pukul berapa.. sebabnya dia setuju nak jaga ammar sebab aku cikgu. balik tengahari katanya. dia tak akan tinggalkan baby.. so dia kena tunggu samada aku ambik atau anak dia blk sekolah menengah tengokkan untuk pergi mandi solat semua. ok.. aku nampak la keprihatinan makcik tu bab keselamatan tu. but being teachers nowadays....berapa kali sgt seminggu tu dpt balik on time. 

aku dah macam risau pasal tu. ye lah.. taknak sampai menyusahkan orang. dan taknak jugak aku pulak yang kerisauan waktu bekerja pikirkan anak. makcik tu kata sekali sekala lmbt tu takpa. sekali sekala awal ada la makcik oi..huhu.. aku paham niat dia. tetapi..aku mcm doubt utk penuhi kehendak dia. dan dia juga cakap.. kita try dulu.. tengok kesesuaian.. ok point kedua aku rasa x best kat situ. kalau x ok..jenuh aku kalut nak cari orang lain..

nak dijadikan cerita.. tarikh aku patut hantar ammar.. dia pegi umrah. kena postpone 2 minggu la kan. memang dia dah inform awal tarikh dia cuti tu. dan sementara tu..kami cari option lain. mommies.. ni nasihat saya.. amalkan istikharah dalam membuat keputusan. hati ibu mana tak gusar kan..nak kerja..anak baru dua bulan..nak tinggalkan kat orang. ye 2bulan..x dpt extend cuti. sedih betul masa tu. dgn izin Allah dapat tempat kat satu taska ni. boleh dikatakan dekat juga la dengan sekolah aku.. 

first day hantar..aku yang meraung mcm org gile dlm keta sbb tinggalkan anak. nasib baik ada suami aku..kalo ikut aku dah patah balik dah. huuu...serius dramatik gila menangis masa tu. ammar masa tu susah sgt nak isap susu botol. jenuh kakak taska pujuk. last2 diorg bagi susu ikut syringe. sbb nak bg jugak dia minum susu. sampai hari ke 3..dia dah mula terima botol. kt taska sahaja. x penah berjaya susukan dia guna botol kat rumah. taska tu direkemenkan oleh kwn aku..anak dia kt situ dr umur 3bulan sampai dah 4thn. memandangkan keadaan tu..kami decided untuk biarkan ammar tinggal kt taska tu je. so cancel dgn makcik tu. kang menyusahkan dia pulak..

taska tu staff dia sangat ok. terlatih. walaupun muda-muda tapi diorang dah berpengalaman luas dalam menjaga baby dan anak2 kecik. ammar agak manja. nak tido, terpaksa kakak taska ribakan dia dan enjutkan peha. tidur nak berpeluk dgn kakak. aku penah tanya, macam mana diorang susukan ammar, sbb kat rumah mmg x penah berjaya susukan pakai botol. kalau parents aku dtg, tinggalkan ammar kat rumah. mmg sampai aku balik la tak mau minum susu. kakak taska kata..diorang bagi bila betul2 lapar susu, pastu diorang peluk dia gaya nak bagi susu badan..tapi selit susu botol masuk mulut. ya Allah.. tabahnya adik2 ini melayan anak aku yang mengada ni. aku bersyukur sangat.

sampai ammar dah masuk 7 8 bulan mcm tu..dia dah start tantrum dalam kereta. perjalanan dr taska ke rumah jauh la jugak. dengan byk kereta..more less sejam. mmg tahap menjerit meraung dalam kereta. terpaksa berhenti tepi jalan beberapa kali. pernah jugak aku ribakan dia sambil drive. terpaksa. memang tatau dah camna. husband aku keja arah lain..dia pula keja shift. memang masalah besar nak hantar ambik dia dalam kereta. aku akan berdebar setiap kali amik ammar.. pagi dia mamun2 ngantuk lg..so jarang nak nangis. masa nak balik tu.. aduhai.. mmg susah sangat rasa masa tu. dan ammar juga kerap tak sihat masa tu, sebab berjangkit dengan bdk2 lain. kat taska tu bilangan budak agak ramai.

kami consider utk tukar taska yang dekat rumah. again... hati ibu ni memang risau sangat. kat mana..sapa.. boleh ka ammar adapt..boleh ka orang tu bersabar dengan ammar.. again, istikharah dan solat hajat. kami jumpa satu taska baru dibuka. masa cuti sekolah, kami hantar ammar untuk trial session 3 hari.  alhamdulillah dia ok. so, kami pon deicde tukar lah ammar ke situ. entah kenapa, bila betul2 ammar masuk ke situ dia susah nak adapt. dia nak kat sorang pengasuh ni ja. sampaikan dia x boleh kerja lain. melekat je ammar..bgn je melalak. owner taska almost gave up. sbb mengganggu keja n budak lain. dia masa tu dah hint mungkin ammar x sesuai kat situ. again..ya Allah..susah hati sgt. siapa pula nak jaga ni. istikharah...

kami cuba cari maid. walaupun x berapa suka. tapi terpaksa. mungkin itu pilihan yang paling sesuai. selalu bersepah je agen maid ni. masa kami cari tu, kemasukan maid disekat. sbb ada perbincangan malaysia-indonesi pasal pekerja ni. cuba juga cari maid dari kemboja n sabah sarawak. mungkin Allah kata tu bukan pilihan terbaik. x dapat sorang maid masa tu. dan owner taska ammar pula update..ammar dah ok. dia dah boleh main dengan orang lain.

aku percaya dengan petunjuk Allah.

maka, kami terus menghantar ammar di situ sampai sekarang. sekarang dia la hero kat situ. kalau hantar, masuk terus tak bye bye dah. sibuk nak pegi amik toys. kalau balik..dia lari dtg peluk. pastu kdg2 masuk balik. sambung main. sabo je la. kdg2 la. alhamdulillah..
syukur sangat2 ammar berada di tgn orang yang penyayang.
i can see his well development - in behavioural n speeches. am kinda sure he do learn from the taska too selain daripada rumah.

both taska were not yet registered at the JKM. n still in process.
yang taska lama tu dah dapat awal tahun ni.
taska sekarang tunggu kelulusan JKM. yang lain dah lulus.

sekali post panjang..
amik ko.

tips ringkas untuk ibu ibu yang sedang mencari taska/pengasuh anak:
(from my humble opinion...)
1. solat istikharah n solat hajat. mintak Allah permudahkan jalan terbaik untuk anak-anak.
2. sentiasa ingat - Allah yang jaga anak kita. pengasuh/taska hanya pengantara. jadi sentiasa berdoa mereka sentiasa dilindungi. insyaAllah.. mereka akan baik2 saja.
3. selalu keep in touch dgn pengasuh/taska. - berbuat baiklah. kongsi sikit rezeki kita. belikan makanan ke..apa2 la..
4. jgn selalu bersangka buruk (bila benda tu asik terlintas dalam hati akan jadi doa..) tapi kena sentiasa alert.

taska lama ammar kat segambut. ada juga cawangan dia subang bestari n subang jaya(kot).

taska sekarang di kepong.

kalau sesapa nak no contact sila email. saya tak mau publish kat sini atas dasar keselamatan.


********

Saya dah update post ni since March 2016. tolong la baca sampai habis...



*************** UPDATED ON 21 MARCH 2016 ********************
Salam.. Dear readers, Kindly noted the above post was on 2013. Anak saya pun dah masuk tadika. Kami pon dah pindah rumah. BOTH Taska are still operating and upgraded. I am very sorry tak sempat nak balas email n comments. 

Saya dah kehilangan no, contact both taska sebab saya tukar phone. Phone lama saya dah corrupt.

Bagi yang bertanya nombor taska di Kepong tu, Taska tu sekarang beroperasi di Taman Desa Jaya, berdekatan Stesen Komuter Kepong Sentral. Boleh cari kat Facebook nombor fon Taska tu "UNI carecentre atau UNIplayschool Yeah." 

Bagi yang bertanya taska di Segambut and Subang tu.. (saya tak pasti subang apa..tp salah satunya Subang Bestari). Cari kat facebook Taska Oren. 

Sorry tak dapat bagi link terus..since i cannot access to fb right now.

Hope this will help you find the best for your kids. 
All the best parents. 

Tuesday, September 3, 2013

baby facebook

uhuk! uhuk!
(lap habuk..)

assalamualaikum.

hai.

aku memang dah lama x update. as i told before.. aku update kt instagram. memang selalu lah upload muka budak bambam tu. link pulak kt facebook. sampai kan kalau jumpa orang.. aku dah biasa sgt dgr.. haaa..ni la yg dok selalu tengok kt facebook ni. ni la baby facebook ni. haa ni laa yg dok tengok gambar je selalu..baru jumpa. 

anak aku plak..terkebil2.. hehehe..

yes, i do upload those pictures to share the happiness. tapi mainly because, aku terpikir, itu medium paling selamat aku tinggalkan kenangan untuk aku, dan ammar. kalau dalam fon dan laptop dan cd.. kemungkinan hilang dan lesap adalah tinggi. memang banyak lagi dalam simpanan. tapi dalam media social pon cukup banyak untuk tengok perjalanan hidup tu.

kalau lah.. satu hari.. aku tak ada di sisi ammar...
ammar boleh tengok dan dengan harapan boleh rasa kasih aku daripada gambar2 dan video aku upload tu. acewaahh.. (music background sedih2 plak ) hihihi..

anak teruna saya dah besar dah.

Tuesday, May 14, 2013

buat hilang rindu mu pada ku

oh blog...rindunya nak mengarang.

Saturday, December 1, 2012

combine 2 blogs

ok..sbb malas nak manage byk2..aku combine je.
blog lg satu akan ditutup.
blog ni akan dimakeover blk..
wedding journey dah combine dgn cerita anak.

hehehe..hrp maklum.

Wednesday, September 26, 2012

instager?

kekangan masa dan kemalasan melampau saya membuatkan blog saya berhabuk tahap 80 inchi..

dan profesion blogger (profesion engkaauu..hahaha) telah lebih menjurus ke arah instager..pandai2 aku cipta istilah. tapi instagram saya juga mungkin patut tukar nama ammar. sbb penuh muka dia je. haha..

sekian. dari sudut berita.
ewah..

Saturday, July 21, 2012

hati yang kuat

2 minggu lepas ammar batuk. batuk berkahak. hanya Allah yang Maha tahu isi hati aku masa tu. hancur setiap kali dengar dia batuk. lagi sedih kalau dia mengerang dan menangis. T___T

aku penah nangis sekali dengan anak masa tu. lepas tu aku selalu ingatkan diri supaya aku perlu kuatkan diri untuk dia. ammar bukan jenis nangis2..dia merengek2 kalo lapar je..kdg2 merengek2 sikit kalo ngantuk. yg lain2 masa, dia selalu sengih2..gelak xde bunyi..kdg2 gelak sampai jerit2 suara halus. huhu..

bila tgk dia sakit tak selesa...sedih sgt..

tapi..
hari ni..

aku tgk gambar2 arjuna..anak fynnjamal. aku tgk short videoclip.
aku menangis.

hati ibu aku tak tertahan..

hebatnya kekuatan fynn..sebagai ibu.
hebatnya kekuatan juna.

tiub..wayar..bersambung2 di badan juna yang baru berusia sebulan..
suara lemah juna yang tegur mummy nya. T___T




ya Allah..
aku bukan siapa2 untuk mereka.
tapi aku rayu..kurangkanlah penderitaan mereka.
sihatkanlah juna.


Tuesday, July 3, 2012

ammar is 3 months


ammar dah pandai...

* meniarap.. prefer rolling belah kiri. belah kanan kadang2 je. kadang2 reti, kadang2 tak reti nak pusing balik.
* masuk banyak2 jari dalam mulut. mulut ammar kecik..macam mama. maka, nak semua tak muat. sebelum ni jerit2 marah xleh masukkan jari dlm mulut. hikhik..
* dah pandai sembur2 air liur.
* dah pandai tiru mama sebut booo..sambil sembur2.
* pandai gelak ngekek2. tah apa yg kelaka tah. tapi abah belum dengar.
* dah banyak ngomel dalam keta. especially blk nursery..agaknya cite pasal kwn2 kt nursery kot.
* masa nyusu mesti senyum kat mama...huuu~ melting ok!
* suka video aliff baa taa. dulu boleh buka masa nyusu..skang tak boleh. distracted. sebok nak tgk video tu..sambil nyusu. pastu dia tarik mamanya n. huu..sakit kot.
* suka orang ramai2..tapi lambat 'panas' nak senyum2.

alamak..ammar bangun. to be continued..

Saturday, May 19, 2012

Ammar's first oral care

sebelum ni tak pernah terlintas kt kepala aku nk kena jaga oral anak seawal ni, until i read a post in mommies united, the oral care starts from day 1. tapi aku start masa umur ammar 2 bulan. aci la kan..awal lg..hihihi. yup, semalam genap umur ammar dua bulan. 

so, traditionally orang guna kain gosok2 gusi dan lidah anak. nowadays, dah ada jual. i bought this cute rabbit kat expo. dah lama survey2 kat online, and mmg target nak beli masa expo. ada 2 warna rabbit ni, pink and blue. so, for ammar, i bought the blue one. 

taarraaaa!!

 Oral Care Rabbit by MAM
comel kan menda ni..

How to use it?

so, aku cari kat youtube. ada la dia tunjuk sikit2.

 1. jari telunjuk dan jari tengah masuk kat telinga rabbit mcm ni.
pastu acah2 anak dulu, dgn rabbit ni.
ammar masa ni sungguh gumbira. 


 2. masukkan telinga rabbit dalam mulut baby.
sambil gosok2 kat gusi dan lidah baby.

aku ingatkan dia tak suka.
rupa-rupanya..


3. nommnommnomm...dap dap..nommnomm..
siap pegang kuat lagi nak masuk mulut dia.
skang ammar tgh stage nak masuk jari dalam mulut.
sbb tu kot dia suka bila masukkan menda ni..

kain oral care ni sangat soft. so, jangan risau takut luka ke apa.

sekian.


Sunday, May 13, 2012

(too) early education?

these are flashcards for Ammar.

i know he's ready for it. but am i?
semua ni perlukan commitment dan consistency kan.
semoga dipermudahkan.

where to buy those?

=) 

baby expo 2012


kali ni aku berjaya attack baby expo kt midvalley tu. best! byk booth. harga not bad. berjaya mengopak saving kitorg. konon keluar duit siap2 budget. alih2 cucuk lg. hukhuk.. tapi tak nyesal. rasa berbaloi2 membeli. major reason pegi expo nak cari carseat. pastu ada lg menda2. kalo tgk list, panjang la jugak. 


 bungkusan yang mengandung. dalam tu ada bungkusan2 lain lg. haha.


barang2 yang berjaya mengopakkan duit kitorg.

ok, let's see. 
diapers petpet tu rm34, size M80. 
nak beli mamypoko juga, tapi malas nak beratur. 
disposable mothercare tu bukan beli kat expo. tu beli kat mothercare. aku suka! first time try. dah la murah. lembut sgt. 80 pieces = RM 36
beg hitam kt tengah2 tu cooler bag Moms' Little One  (bag+icepack+botol 6 ) = RM 100
storage bottles Bumble Bee sekotak 10 bottles = RM 22
tissue wipe banyak2 tu dr Pureen. semua aku amik twinpack.
harga tak ingat. malas nk cari resit. murah sikit daripada normal price. 
hook tu buy 2 free 1. 1 pack = RM 10
baju2 tu pureen jugak. RM 12. 
MAM oral care tu RM 20+ tak ingat jugak harga. 
teat no.2 MAM RM 19

yang tak ada dalam gambar ialah carseat sebab baru order. hujung bulan baru dapat.
selain tu carrier (carseat) ada dalam keta. 

kitorang dah balik rumah, baru terpikir lupa beli feeding bottle avent yang dirancang.
but, luckily we forgot. aku jumpa kat online much cheaper. hehe..

sekian.

oh btw,

happy mother's day!
my 1st time. =)
i am proud to call myself 'mama ammar'.


Saturday, May 12, 2012

selamat hari jururawat

sejak saya sah mengandung, sekurang-kurangnya sekali setiap bulan saya wajib jumpa nurses. sepanjang saya mengandung, tak pernah saya jumpa yang tak bagus. baik di kulai mahupun di kuala lumpur. baik di klinik kesihatan mahupun di hospital. 

cara diorang layan dan ambil berat, macam saya ni sedara mara diorang. hebat kan. setiap hari beratus2 diorang layan macam tu. saya selalu terharu dengan baiknya layanan diorang. please jangan lah kata 'it's their responsibility' atau 'it's their job'. hellooo..ko ingat senang diaorang nak layan pelbagai karenah manusia hari2? ingat senang nak bersabar dan terus kawal emosi? ingat diorang tak penat ke? ingat diorang nak sangat main darah, najis orang? diorang terdedah dengan bahaya segala penyakit berjangkit tahu??

kalau diorang malas nak layan pun boleh. habis2 ko boleh complain. gaji n elaun diorang jalan jugak. 

hebat kan nurse-nurse ni??

kepada jururawat seluruh dunia (terutamanya nurse yang pernah merawat aku dan anak - di Klinik Kesihatan Kulai, Klinik Kesihatan Taman Ehsan & Hospital Selayang)


Jutaan terima kasih untuk misi-misi semua! 

Selamat Hari Jururawat Sedunia!

first day at the nursery

hari ni, 11 mei 2012, first time tinggalkan ammar kat nursery. plannya semalam nak try hantar. tapi masing2 tak sampai hati. maka, tertangguh ke hari ni. hari ni plan nak pegi baby expo. takmau bawak ammar. sian dia, ramai2 orang. 

malam sebelumnya dah packing bag ammar. dah label botol susu.
berdebar.

barang2 yang dipackingkan adalah seperti berikut. ecewah..
1. baju - 3 pasang 
2. diapers
3. kain napkin
4. minyak telon 
5. jerslin oil
6. booties + mitten
7. feeding bottle
8. ebm - 4botol 3oz

dah siap2kan ammar. dekat2 tengahari kitorg hantar.
kakak2 nursery tu welcoming ammar baik je. 
bagi la pesanan2 sikit. pastu naik keta cepat2 jalan.

tak sempat keluar gate, aku dah menangis2. huuuuuuuuuu~~ T___T
sedih oi tinggal anak. sian dia kena tumpang kasih sayang orang.
husband aku pujuk2 sambil sedih2 sekali. haru..
call mak aku, dia plak nangis sekali. lagi haru..

ok tu je nak cite.

nanti la cite pasal baby expo plak.

huhu...lagi menitiskan air mata bab tu. huhuhu..