Birth Story : Episode 3

4th Sept 2017
39weeks 3days

Around 7pm - aku rasa macam ada discharge.. so aku check. ada brownish discharge. Show kah? jeng..jeng..jeng.. chill ja..
Bersihkan. then tukar pantiliner. Then tunggu solat maghrib.

Around 8pm - rasa very mild contraction. memang dah selalu mengeras. tapi this time..lain. contraction tu terasa sampai ke bawah. very mild. lek lu.. mungkin acah2 ja. Check pantiliner.. another bloody show. Kali ni sure. sebab nampak mucus n blood tu obviously.

The contractions continue...

Amir balik dari kerja. Dia keja siang hari tu. Abah nak makan satay.. so amir keluaq p beli satay dengan ammar n amna. aku tengah pikir nak pegi hospital ke tak malam tu.

Aku bagitau kat amir dalam whatsapp.. untuk be ready ja.

Malam tu konon2 nak pegi hospital esok pagi je.
Nak tido kat rumah dulu. Kang tak tahan baru decide pegi hospital.
dah bagitau ammar n amna siap2. mama nak pi hospital satgi..
nanti p school dgn tok n wan.
So baringlah konon-konon nak tido.
contraction makin kerap n kuat.

contraction timer dlm 10-12min sekali.

Almost 12am macam tu we decided to go to hospital.
bagitau mama abah. packed semua barang..dh packed.. ada sikit2 ja nak masukkan.

minta ampun maaf kat mama abah.
boleh pulak mama nak nangis time2 ni..huhu

on the way ke hospital..
call mak kiah and mama baniah..minta maaf dan restu.

we went to hospital selayang.

masa nak register tu..
as expected kena question pasal alamat.
sebab rumah kitrog alamat shah alam. tapi di sg buloh.
kenapa tak pi shah alam?
kenapa tak pi sg buloh?
huhu.. nasib baik lah masih diterima.

still masa check ctg kena bebel gak dgn nurse cantik yang garang sikit.
hehehe.. mak redho..
sebab nak juga bersalin kat hospital selayang tu.
nanti aku cite pasal service hospital ni.
later ok..

boleh tak...
masa buat ctg.. xde contraction.
masa check VE.. bukaan 3cm.

dah lepas ctg tu..masa tunggu doc buat report..
contraction ada ja 10min skali.

HO tu perasan..dia tanya puan sakit ke..
sakit contraction? dari blkg ke depan sampai bawah?
HO ni laki..muda remaja lagi rupa parasnya.. aku rasa mcm bdk lps spm je..
dalam hati.. eh dik.. hakak tau la contraction rasa macam mana..
hihihi..
dalam hati ja laa..

then..datang MO plak check. dia bagitau la. nampak macam contraction x kuat lagi.
boleh balik dulu.. tapi kalau nak stay pon boleh. up to us.
sebab dia kata masa ctg tu tak ada contraction.
bukaan tu pon biasa bagi org yang dah pernah bersalin.

aku kata bagi aku tanya husband  jap..so aku keluar tanya amir.
amir kata takpa lah balik dulu. masa nak bagitau doctor tu.. contraction datang..
sampai terberenti aku nak cakap.
doc tanya..contraction ke.. aku angguk ja.
dia datang pegang..

then dia kata..xpe lah puan..xyah la balik. masuk wad dulu.

aku pon okay je.

2.00am

then nurse yang cantik dan garang tadi tu yang uruskan kemasukan wad aku.
dia yang pakaikan tag.. tolak masuk wad..
dia baik ja.. mula tu ja garang sikit. hehe..

bilik berempat wad 5A.
3 katil lagi dah ada orang.
1 tu dah bersalin.. baby dia nangis ja. kesian mak dia..

then amir hantar beg n barang2 lain..
aku suruh dia balik rumah dulu. esok lepas setel uruskan anak2 baru datang.
from the previous experienced.. biasanya aku ni long labour. so lambat la lagi.

aku cuba nak tido. terlelap la sekejap. contraction datang.
contraction timer aku memang sentiasa on.
rasa je aku tekan.. dan aku rasa mende tu buat aku distract juga drp sakit.
sbb kena pikir nak cari fon n nak tekan.

contraction makin kerap dan kuat..around 4.30am. nurses datang check semua patients.
masa tu contraction aku dah 3min sekali.
nurse tu panggil doc.
masa doc check ve..bukaan dah 5cm.
doc kata bukaan ni macam laju ja. sebab masa check pon dia boleh rasa cervic semua lembut.
then nurse datang suruh ready2 baju baby nak pegi labour room.

aku call amir suh datang. kesian dia tgh tido. baru sejam kot tido..ke less.

aku tgk masa tu dah nak masuk subuh lagi 10min. aku pelan2 jalan pegi bilik air..tukar pad.
then wuduk.
tengah aku nak pakai telekung..
nurse datang nak bawak pegi labour room.
aku minta izin nak solat dulu..

nurse tu dah cuak..
hah..nak solat dulu.. haa ok la..cepat sikit eh. dah 5cm ni. saya yang cuak ni.
nurse tu pon tinggal aku solat.
dah siap2..aku duduk terus kat wheelchair tu tunggu nurse.
tak datang2 pulak.. aku pon bgn p tekan bell. haha..
then dia datang tolak aku ke labour room.

sblm tu amir dah msg kata dah sampai.
aku suh dia p solat subuh dulu..then tunggu depan labour room.

kebetulan..masa aku ditolak ke labour room. bertebung dengan dia yg baru lps solat..
masa nak ke labour room.

masa masuk labour room.. diorang tukar baju aku semua..
amir pon masuk. pasang ctg.
masa tu dalam pukul 6.15am.

doc check bukaan..8cm.

kemudian doc pecahkan ketuban..later doc check bukaan lagi jadi 7cm plak.
mid wife kata tu biasa..sbb sblm tu ketuban yg tolak.
amir sempat lagi tanya.. xleh ambik epidural dah eh nurse?
hahahaha.. harus lah dah tak boleh kan.
we planned for epidural. siap doa x bersalin wiken or public hol.. sbb masa tu anaest x dak nak bg epidural kt ibu bersalin. sekali memang la x kena masa cuti..tapi tak sempat pon.

masa layan contraction tu.. amir sentiasa ingatkan aku utk breathing..
memang aku pesan..sentiasa ingatkan aku utk breathing masa sakit tu.
masa in between tu..dia berzikir..mengucap..aku ikut ja apa dia baca masa tu.

then tiba2 rasa nak meneran sangat2..
mid wife datang tengok..terus bgtau hah baby dah kat bawah.
pastu semua bersedia..instruct aku untuk breathing dan push masa contraction.
ada yg dok ingatkan untuk teran kat perut..bukan kt tekak..
tangan pegang pergelangan kaki..
kepala tunduk tengok bawah..
aku hanya ikut saja apa nurses cakap masa tu..

ada yang puji2..bagi semangat..
pandai puan..pandai.. macam tu la push..
sikit lagi puan..
pastu ingat dah habis..
rupanya baru keluar kepala..hohoho..
kena push keluar badan plak..

time tu nak turn back x dapek dah.. hadap ja laaaa...
sekuat hati aku push..

allahu akbar.
aku seriously tatau macam mana aku buat.
teringat2 lagi perasaan baby keluar tu..

tu la first time amir tengok live mata anak keluar..
dia tak benti2 alhamdulillah..allahu akbar..
dia kiss my forehead and said thank you..
pastu excitedly msg semua org of the latest news.

=)

7.12am 5 Sept 2017
Nur Unays Sumayyah born.
3.09kg
30cm



*** 1st degree tear.
doc yang jahit tu teliti gila. sambil kena monitor dengan midwife.
laaammaaaa giiilaaaaaa woi kena jahit. lagi lama daripada bersalin tu hah..
sejam ada la kot.
sakit ok masa kena jahit.. tahap mencekau katil la.
aku boleh buat album zikir dah masa tu.. habis zikir aku dok berzikir masa tu.
berpeluh segala tahan sakit. nurse hantar baby kt sebelah pon x mampu nak fefeling.

dah habis jahit..dapat la breastfeed baby.

selain amir..
mama fauziah n adik aisyah antara terawal yang sampai kat labour room tu.

then aku ditolak ke wad 11B 1st class wad 2 orang 1 bilik yang selesa gila.

throughout the time.. alhamdulillah.. my husband was always there.
sentiasa support aku.. to keep me sane.
sentiasa kuatkan semangat aku..
sentiasa ingatkan aku untuk berzikir..

Sekian episode ke 3. FINALE kah?

for now..hahaha.
sapa tanya aku tumbuk.. kahkahkah


********************************************************************
Aku mungkin bukan orang yang layak nak nasihat atau bagi tips.
Cuma ini daripada pengalaman sendiri.

Aku dah rasa kena ceaserean, kena vacuum dan so-called natural birth.
Aku penah rasa a long and pain labour..
Aku juga penah rasa fast labour..which i didn't expect it pon.

1. Sentiasa ingat, kita boleh rancang, kita boleh prepare, kita boleh usaha.. tapi sebaik-baik perancangan adalah daripada Allah. It's okay nak bersalin macam mana pun. Bagi aku, semua sakit, semua okay je. aku tak ada preferal.. semua ada pro con. Jangan sampai kita risk kan nyawa atau masa depan diri dan anak.

2. DOA. DOA. DOA.
both. husband and wife. minta ibu ayah dan mertua doakan juga.
Banyakkan solat hajat. Setiap kali selepasa solat, zikir doa nabi yunus atleast 10kali.
Bila dah masuk 36 minggu, banyakkan.

3. Berusaha permudahkan urusan orang lain.
Dalam keadaan dah sarat sangat.. memang tak larat sangat. selagi mampu, cuba permudahkan urusan orang lain. semoga Allah tolong mudahkan kita masa yang diperlukan.

4. Yang lain-lain... p google. hahaha.. jalan byk, perineum massage, squat, etc etc etc.






Comments

Popular posts from this blog

Lafaz Taklik bagi Negeri Kedah

cerita taska

seri inai