:: love is a gift ::

Wednesday, April 21, 2010

it's just a one day event

salam. this entry is just a reminder to myself. tidak ada kaitan dengan mana-mana individu lain selain saya. hari-hari mata dan hati saya dijamu dengan baju-baju yang cantik hasil designer yang gah, gambar-gambar yang indah hasil OP yang superb, hiasan pelamin yang menawan, wajah pengantin yang glowing hasil mekap yang perfect, tema-tema kahwin yang unik dan kreatif, dan segala sesuatu yang melibatkan kahwin. hati melompat2 nak. nafsu lagi lah membuak2. siapa taknak cantik di hari bahagia, wedding yang memorable..bukan tetiap tahun dapat camtu. seumur hidup sekali je..insyaAllah..

tapi hari ini..aku nak ingatkan diri aku sendiri..
it's just a one day event.
saya bertekad mahukan wedding yang :

1. menggembirakan hati my parents
2. merapatkan hubungan keluarga saya
3. mengumpul dan memeriahkan kawan-kawan saya
4. budget yang sederhana - tidak terlalu ciput atau keterlaluan
5. segala yang sepatutnya ada dan tidak terlalu beriya
6. bukan niatnya untuk menunjuk-nunjuk
7. cukup makan
8. saya dan bakal hubby happy

saya lebih berharap hidup saya, hubby dan keluarga tenang selepas wedding. baik dari segi ekonomi mahupun mental. haha..banyak lagi cabaran selepas kawin. kalau ada rezeki lebih mungkin, budget kawin saya tidak akan ditambah. tapi budget saving saya akan ditambah untuk masa depan.


Tuesday, April 13, 2010

tudung for your big day

alkisah pasal tudung pulak. ada banyak choices tudung skang. kalau cari kt butik2 pun banyak, kat kedai2 tepi jalan pun banyak. cantik2. kualiti hmm..depend la kan. untuk tudung nikah, mesti la nak yg lebih special kan..tudung paling dekat dgn muka..selepas mekap. hehe..

ni yang saya jumpa. menarek gak. n my fav is koleksivispera. owner dia friendly sangat. tudung yang dibuat sangat exclusive. ikut citarasa customer dan kesesuaian. siap dia bleh buat sample dulu, try..sesuai tak dengan muka. ada sesetengah orang tak sesuai dgn awning biasa..so dia bleh adjust awning ikut kesesuaian muka.. nak tudung mcm ariani tu ke..nak yg pakai mcm tudung bawal ke..suma boleh. boleh fitting lagi.. beads yang dia buat bleh ikut taste masing2.. best kan? kaler tudung..paling senang antar sample kain kt dia. nanti dia carikan. harga? ikut design n harga kain tudung tu. selain tudung, veil pon bleh buat.

design beads tudung matching ngn design beads baju

veil ni cantik!

sweet je kan..


godek2..jumpa tudungprincess. seorang student fashion kalo tak silap si ownernya. pon bleh design beads sendiri. ada time constraint juga..sebab dia student kan. bleh maju lagi ni. design2 dia agak simple dan sweet sangat. harga pun ok. cheaper kot daripada yang lain2 tu.. yang ni xdapat la nk fitting2. mmg kena yakin je.. bleh antar sample jugak. nanti dia carikan warna yang sesuai dan padan.

nak pakai camni masa tunang, bleh?

kemas


next is myhannah. bertempat di shah alam. daripada review kawan2 blogger, good PR kat sana. banyak choices. boleh try2, fitting, n tempah ikut citarasa sendiri. pasal awning tak pasti plak. saya suka awning kecik..tapi tgk kt website besar ke suma. dah la saya kecik..kang awning saje dah penuh kepala. camne..? hehehe..

veil ni menusuk ke jiwa..aduii..cantiknye..

design beads tudung yang exclusive..
tapi veil mungkin boleh pilih yg simple..
sbb beads dah berat.

Sunday, April 11, 2010

photographer I

photographer hunting? hmm..awal sgt. tapi mmg dah start surveying for wedding. sebab nak dapatkan pilihan hati mmg perlu booked awal. kang gigit jari.. lagipon, managing an event dari jauh ni susah..time constraint.

nak cari photographer northern based ke kl based..?
kalau northern based, takyah bayar duit accomodation..choices limited.
tapi yang ada tak kurang hebat.
for a photographer, i'm looking for reasonable package, angle yg cantik, candids yang menarek, suasana majlis, not focusing only to the pengantin, (means kena ada 2nd photographer), moment capture yang sweet..last but not least, final hasil..iaitu album. pandai susun gamba.. x menggelabah nk letak suma gambar..or sikit sgt. haha..byk songeh..eh saya bayar tau..hehe..

yang dah dishortlisted so far,

1. whitegroup
website gempak. (compared to others northern photographers, mmg kalah titik la yg lain). tapi..gambar yg diletakkan kat situ sangat sikit. kalo saya hanya menilai berdasarkan gambar2 kat website memang agak goyang utk menshortlistkan team ni. suasana mmg xnampak kat dlm website tu. package standard. diorg cakap 1 event 2 photog. no extra charge.

hari tu balik kedah, pegi tgk kat studio, hmm..diorg xde sample utk customer review..yang ada ialah album yg dah siap yg customer belum amik..so kena la sgt berhati2 takut rosak sebelum tuannya sempat tengok. hmm..susah gak tu..patut kena la ada beberapa samples album utk customer nk review. PR ok. ada jugak tunjuk hasil yang kat komputer. pics mmg cantik. album pun cantik..menusuk kalbu la jugak tgk album.. hihi.. tapi saya asik dok tanya, saya nak tgk gamba2 majlis.. mungkin dia tak paham..dia asik tunjuk gamba pengantin. haiih.. ingatkan takde.

ada sorg kwn yang hired diorg..saya mintak tgk gamba2 dia dpt. ting ting! gamba2 suasana majlis n candids memang best. yelah..bagi saya nak tengok hadirin dan hadirat yang hadir jugak..nak tgk family2 yang bertungkus lumus buat keja utk hari saya..saya nak tgk muka2 happy pada hari itu selain saya..disebabkan tgk gamba2 kawan saya tu saya terus masuk shortlist. (tu nasib baik ada membe yg dah hired diorg..kalo xde camne? )

2. azzaharry the clique
angle pic mmg menawan kalbu. harga package standard. good PR. cepat balas email n sms. hasil album x sempat tengok lagi. tapi..dia sorg je. kalo 2nd photographer kena byr lebih. huhu..tapi suasana majlis mcm x berapa nampak kt website beliau. no futher comment. nanti cite balik lepas tgk sample album.

3. snapsyndicate
gambar ok. package standard. bleh dirunding. ikut budget. team diorg ramai. PR bagus. cepat n mesra reply sms. bersungguh2 datang nak tunjuk album. hmm...agak kurang berkenan dengan album. susunan gamba tak menarik hati. semua mende nk sumbat. tapi gamba events mmg best.

ada sesapa pernah hired diorg ni? ada komen?
suggestion lain?

(budget org baca la blog ni..huhu..)

Wednesday, April 7, 2010

aku orang melayu

waah..tajuk nak gempak. haha..
entry ini adalah hasil nak komen..tapi macam panjang sangat kt post cik xora. jadi saya wujudkan satu entry..maka bolehlah sambung membebel lebih panjang.

ini cerita pasal peribahasa melayu "biar mati anak, jangan mati adat". rasanya ada a few entry pasal ni. saya juga setuju dengan mereka. yang saya rasa kurang betul penyampaiannya ialah makcik-makcik, dan orang terdahulu. mungkin mereka juga tak salah, orang sebelum tu yang salah. (mari menyalahkan orang lain..hihi) cuma, penerimaan bulat2 tanpa banyak tanya yang membuatkan warisan pemahaman maksud sudah disalahtafsir. generasi sekarang kan banyak soal..(sape suh buat KBKK, ni lah hasilnya..bijak2 belaka..hehe..kan kan..). sila belajar beri jawapan yang logik ye..hihi

saya pernah baca buku "Aku Terima Nikahnya" hasil tulisan ustaz hasrizal jamil, salah seorang penulis dalam majalah Anis dan blogger dakwah yang bagi saya agak sempoi caranya.. di saifulislam.com. dalam buku tu, ada tulis pasal, pepatah anak adat tu lah..cerita masa dia nak kawin. ustaz tu cakap..adat tu berdasarkan hukum dan undang-undang.

(maksud ni copy dari blog xora..pinjam ye xora..)
Menurut Dewan Bahasa Pustaka, antara maksud "Adat" :

1.Peraturan yg menjadi adat; adat yg dipakai turun-temurun; apa-apa yg selalu dilakukan; tabiat; kebiasaan.

2. Peraturan yg lazim dilakukan sejak dahulukala; mengikut adat (ketika melakukan sesuatu.

3. Undang-undang; hukum; peraturan.


dalam buku tu, dia cerita, orang dulu2, undang-undang kan berdasarkan agama islam. maka, adat yang dimaksudkan ialah hukum dalam Islam. memang betul la.. ada nabi yang sanggup korbankan anak demi tuntutan agama. ustaz tu pun cerita dia dulu bersanding juga, cuma tak ada tepung tawar lah..renjis2 tu.. sanding demi hormat permintaan mak mentuanya..
kata mak mentua dia, bukan nak
menunjuk, tapi sekurang-kurang ada tempat nak bergambar. cantiklah sikit. orang pun tak mengata. tak lah nampak macam kenduri tak prepare. buat kenduri untuk dapat keberkatan. kalau dah ada yang mengata, bukankah kata-kata tu doa. susah lah nanti..kalau yang didoa tu bukan yang baik-baik.

cuma yang diwariskan kepada kita, adat yang bermaksud kelaziman itu. lepas tu, over plak tu kepercayaan karut marutnya. xde tu x bahagia lah kawin..makan tu cepat jodoh lah. amende jodoh ngn sirih? kan karut tu.. kalau dikaji dan digoogle..hehe..sirih sangat banyak kelebihan. (sila gugel sendiri ye..hehe). mungkin atas dasar itulah sirih digunakan.. kalau bab kawin ni, sirih ni bahan terbaik utk cuci yang kt bawah tu.. penghapus kuman dan menyegarkan.. sirih jugak antioksidan yang bagus.. ok2..dah macam kelas sains. =)

budaya & adat lah yang dibanggakan oleh orang melayu. mana korang nak jumpa sirih ke bunga rampai kat negara omputih nun..hehe.. siapa lagi penyambung warisan kalau bukan kita.. cewaahh.. tiba2 dalam hati dah nyanyi lagu warisan - sudirman. hehehe.. aku anak melayu. sekian bebelan untuk hari ini.