aku orang melayu

waah..tajuk nak gempak. haha..
entry ini adalah hasil nak komen..tapi macam panjang sangat kt post cik xora. jadi saya wujudkan satu entry..maka bolehlah sambung membebel lebih panjang.

ini cerita pasal peribahasa melayu "biar mati anak, jangan mati adat". rasanya ada a few entry pasal ni. saya juga setuju dengan mereka. yang saya rasa kurang betul penyampaiannya ialah makcik-makcik, dan orang terdahulu. mungkin mereka juga tak salah, orang sebelum tu yang salah. (mari menyalahkan orang lain..hihi) cuma, penerimaan bulat2 tanpa banyak tanya yang membuatkan warisan pemahaman maksud sudah disalahtafsir. generasi sekarang kan banyak soal..(sape suh buat KBKK, ni lah hasilnya..bijak2 belaka..hehe..kan kan..). sila belajar beri jawapan yang logik ye..hihi

saya pernah baca buku "Aku Terima Nikahnya" hasil tulisan ustaz hasrizal jamil, salah seorang penulis dalam majalah Anis dan blogger dakwah yang bagi saya agak sempoi caranya.. di saifulislam.com. dalam buku tu, ada tulis pasal, pepatah anak adat tu lah..cerita masa dia nak kawin. ustaz tu cakap..adat tu berdasarkan hukum dan undang-undang.

(maksud ni copy dari blog xora..pinjam ye xora..)
Menurut Dewan Bahasa Pustaka, antara maksud "Adat" :

1.Peraturan yg menjadi adat; adat yg dipakai turun-temurun; apa-apa yg selalu dilakukan; tabiat; kebiasaan.

2. Peraturan yg lazim dilakukan sejak dahulukala; mengikut adat (ketika melakukan sesuatu.

3. Undang-undang; hukum; peraturan.


dalam buku tu, dia cerita, orang dulu2, undang-undang kan berdasarkan agama islam. maka, adat yang dimaksudkan ialah hukum dalam Islam. memang betul la.. ada nabi yang sanggup korbankan anak demi tuntutan agama. ustaz tu pun cerita dia dulu bersanding juga, cuma tak ada tepung tawar lah..renjis2 tu.. sanding demi hormat permintaan mak mentuanya..
kata mak mentua dia, bukan nak
menunjuk, tapi sekurang-kurang ada tempat nak bergambar. cantiklah sikit. orang pun tak mengata. tak lah nampak macam kenduri tak prepare. buat kenduri untuk dapat keberkatan. kalau dah ada yang mengata, bukankah kata-kata tu doa. susah lah nanti..kalau yang didoa tu bukan yang baik-baik.

cuma yang diwariskan kepada kita, adat yang bermaksud kelaziman itu. lepas tu, over plak tu kepercayaan karut marutnya. xde tu x bahagia lah kawin..makan tu cepat jodoh lah. amende jodoh ngn sirih? kan karut tu.. kalau dikaji dan digoogle..hehe..sirih sangat banyak kelebihan. (sila gugel sendiri ye..hehe). mungkin atas dasar itulah sirih digunakan.. kalau bab kawin ni, sirih ni bahan terbaik utk cuci yang kt bawah tu.. penghapus kuman dan menyegarkan.. sirih jugak antioksidan yang bagus.. ok2..dah macam kelas sains. =)

budaya & adat lah yang dibanggakan oleh orang melayu. mana korang nak jumpa sirih ke bunga rampai kat negara omputih nun..hehe.. siapa lagi penyambung warisan kalau bukan kita.. cewaahh.. tiba2 dalam hati dah nyanyi lagu warisan - sudirman. hehehe.. aku anak melayu. sekian bebelan untuk hari ini.

Comments

i'm with u.. =)

siapa lagi penyambung budaya/warisan/adat MELAYU ni kalau bukan KITA?

ada TAPI nye... jgn dicampurkan dgn kepercayaan yg boleh membawa kpd kurafat lah ye..

PEACE...
Mrs Kecik said…
ye betul tu..kepercayaan kurafat tu menyusahkan dan menambah dosa.

peace balik! hihi..
xora said…
org melayu ni, kalau diktakan, kulit durian boleh mencantikkan wajah, mungkin semua kulit durian takkan dibuang :P mmg org melayu perlukan motivasi sebagai galakan kan? tapi mungkin pengajaran dulu sebelum tersebar agama Islam secara meluas, bersangkut paut dgn amalan kurafat kan? tapi takpe, skrang generasi kita la yg kena teruskan adat ni, dengan penjelasan lebih konkrit dan saintifik, macam kamu tulis berkenaan Sireh tu kan? lagipun, kita mmg sudah tak praktikkan adat dan budaya dalam kehidupan seharian kita. jadi apa salahnya, praktikkan sikit masa kita kawin :) lagipun, bukan hari2 kita kawin kan? pandai Kecik :D
Mrs Kecik said…
betul2..x salah pon mempratikkan adat dan budaya. kira lambang bangsa jugak tu. hehe..

p.s: kecik2 dulu saya persoalkan mandi malam nanti peparu masuk air..padahal kulit bukan tembus air..skali nenek saya terang pasal konsep pemejalwapan..hamek ko! haha..
harzharun said…
hi dear...i br drop by kat ur page..sblm ni x perasan..sori..ni semua sbb isu adat dr xora la...i setuju dgn ur opinion jugak...btw, selamat bkenalan...come to my page ya!
Mrs Kecik said…
haaii!! thanks sebab singgah blog kecil2an saya ni. saya dah link awak. thanks ye..
Weekend Bride said…
Wahhh... nenek anda sungguh rock!!! pemejalwapan... ;)
Weekend Bride said…
Eh, sbnrnya nak ckp - an entry well said... ringan dan informatif... saya sokong anda...

ada indahnya dlm adat istiadat... menambah perisa dlm upacara istimewa & kehidupan harian... tapi x perlu la mokcek2 itu jadikan ianya seperti urusan hidup atau mati... maunya generasi skrg tak memberontak... setiap perkara ada baik & buruknya ;)
Mrs Kecik said…
weekend bride..hahaha..mmg nenek saya rock. pakai lipstik lagi ok..hihi. tapi dia explen ikut bahasa dia lah..tak la pakai perkataan pemejalwapan tu. mau saya pengsan..

yee..betul2. xperlulah kan sampai segala urusan yang bukan kita tentukan nk disebut2..sekarang generasi logik dan rasional. tapi harap2 taklah keterlaluan sampai hilang adat dan budaya.

p.s: rasa mcm berkempen budaya bangsa plak..

Popular posts from this blog

Lafaz Taklik bagi Negeri Kedah

bring it on - the hantaran

tarikh baik untuk bernikah