ibu susuan

bismillahirahmanirrahim.

dah banyak kali aku tertangguh untuk tulis entry ni. perasaan yang sangat berbeza setiap kali nak mula.  semua perasaan bercampur baur kalau ingatkan balik kisah ni. di sini aku kongsikan dengan semua.

masa bulan ke enam atau ke tujuh, aku tak sure, susu badan aku dah mula keluar. tak lah sampai meleleh. tapi setiap hari mesti ada stain kat baju, menandakan susu keluar dan melekat. alhamdulillah~ insyaAllah ada rezeki anak untuk menyusu nanti. ini membuatkan aku yakin aku ada susu untuk breastfeed nanti. melalui pembacaan dan cerita kawan-kawan, kalau awal2 lepas bersalin, susu keluar sikit tu biasa, sebab baby pun memang perlukan sikit saja. perut dia sebesar kacang ja. 

being a positive me, aku yakin aku boleh breastfeed baby aku. 

disebabkan kena c-zer aku kena halfbody bius. kesan ubat tu 2hari jugak la baru hilang. means aku stuck atas katil mcm paralyze la jugak. bayangkan setiap hari nurse datang tukarkan pad. huhu.. then macam mana nak breastfeed anak? boleh. sambil mengiring. dah la first timer kan, nak mengiring bagai, dengan xboleh bergerak separuh badan adalah agak struggle la jugak.

lucky me, i have gifted with a clever baby. my lil ammar pandai latch. masa first time, after the operation, my adik angkat, kakyang and mak angkat, mama fauziah helped up to hold the baby untuk breastfeed. setelah bertungkus lumus sikit, berjaya! aku rasa baby sucking. excited! tapi tatau la ada susu ka dak. ada kot, dengar dia telan. lepas tu dia tido lena ja. my miss b belah kiri agak inverted, jadi susah baby nak latch. so never mind dulu. nanti kita usahakan. bagi belah kanan. no one is allowed to stay with me at the hospital during the night. (i really think they should change this policy for patients yang kena c-zer) susah sangat malam2, bila baby nangis, nak kena panggil nurse banyak2 kali. kalau dahaga nak minum pun segan dah nak panggil. dah tak leh nak gerak kan. tapi so far, nurse okay, datang tolong ajar camna nak breastfeed. tapi ada gak sorang dua yang datang letak je anak kat tepi. terkial2 aku nak sumbat bagi. 

masuk 2nd day petang kot (aku tak ingat sangat hari ke berapa), wire cable semua dah cabut. hehe.. aku dah boleh gerak pegi bilik air sendiri. senang sikit nak urus anak. ammar punya masa bf 2jam. then tido 3jam camtu. dia tak banyak meragam. senang sangat jaga dia masa kat ward tu. baby lain asik nangis2 tapi dia pula kenyang ja, tido lena, tak kisah pun orang lain nak bising macam mana pun. kalau lapar pun, nangis sikit2 ja. alhamdulillah sangat.. dia paham kot mama dia sakit kena operate. dia pun tak banyak meragam. dalam bilik tu, aku sorang ja yang kena c-zer. 

3rd day malam, aku dah boleh balik. (yeke 3rd day? hentam lah) ammar pulak nak susu. start pukul 730pm dia nyusu. so, aku bajet dalam pukul 930pm, dia dah setel. sempat lah encik chenta setelkan urusan discharged dan pegi solat semua dulu. by 930pm dia tanak lepas lagi. selamber aku nyusu atas wheelchair. dalam keta taknak lepas jugak, aku continue ja. sampai rumah, naik lift dia still tanak lepas. kalau lepas, dia merengek2. sampai pukul 1 pagi. pukul 2. aku dah start panic. abah ngn mama aku dah tido. kol 3.30 pagi, dia lepas and started to cry out loud. aku dah gelabah. susu aku tak keluar ke selama dia isap tadi?? dah berapa jam..?? aku panic. tatau nak buat apa masa tu. kami tak beli pun any formula milk for back up incase. aku called kak yang. fyi, dia tak penah sedar bunyi telefon all this while esp malam2. tapi malam tu she picked up! she's breastfeeding her baby masa tu. aku dah nangis2, stress dan panic. husband with me all the time. dia pun sama panic n stress. serius dah tak tau nak buat apa.

hanya Allah yang paham perasaan masa tu. kakyang offered her ebm. umah mak angkat aku dekat ja. my husband rushed to pick up the ebm. aku still struggling dengan baby yang menangis2 ni, sambil aku pun nangis2. aku dah tatau sangat nak buat apa. mula2 aku titik air zamzam kat jari letak kat mulut baby. dia diam, sambil terkebil2 muka pelik. agak pk apa la masuk kt mulut dia ni..huhu. pastu sambung nangis, aku tuang air zamzam dalam feeding bottle, sikit ja la, then bagi kat dia. masa tu terpikir gak orang kata jangan bagi botol lagi awal2 takut nipple confius. tapi aku pk, aahh lantak la, tawakal ja.. janji perut baby berisi sikit sementara susu sampai. 

masa husband sampai, kelam kabut kami panaskan ebm n bagi kat baby. sambil nyusu dia, aku sambil nangis. husband pula dok pegang aku. aku rasa bersalah sangat2 kat lil ammar masa tu. baiknya anak aku Allah bagi..dia sabar, isap dari pukul 730 sampai pukul 330 baru start meragam. aku tak dapat nak bayangkan betapa dia laparnya masa tu. aku tak tau pun anak lapar. sumbat ja bagi. padahal anak isap tak keluar apa2. sedih sangat masa tu, sebab terpaksa bagi susu bukan susu aku kat anak. kecewa sangat. aku menangis menangis.. lepas habis hisap susu, my baby tido sampai pagi. husband pujuk2, and peluk aku yang tengah nangis lagi ni. huhu.. 

dan that moment, bermulanya episode my dear little ammar dapat ibu susuan. 

i continue directfeed him. sambil top up dengan ebm. about 2minggu juga kena top up baru betul2 susu keluar. hati seorang ibu memang terusik sangat sebab anak kenyang bukan dengan susu sendiri. tapi, bila difikirkan balik. hebat sangat rancangan Allah. for more than 10 years i knew the family, dah jadi family angkat, dah macam keluarga sendiri. silatulrahim tu memang dah rapat, tapi kejadian ini terus menjadikan kami keluarga sampai akhirat. Ammar jadi mahram dengan kakyang dan keluarga angkat aku. ya Allah, alhamdulillah~ hubungan yang tak akan terputus sampai bila-bila. (ok nangis lagi.. T___T )

Dear KakYang,
I couldn't thank you enough. and I don't have any word to let you know how much i appreciate what you did to me and ammar. thank you so much kak yang. if anything happen to me and family, i know ammar will be in a good condition.  ~ this is such a very beautiful gift and relationship you give me. 

p.s: ok fine, wa drama. tapi i couldn't say it to your face without crying meleleh ayaq hidung. ni teriak depan laptop tak pa. orang tak nampak. huhu..


Mama Yang & Ammar
our angels

thank you Allah.

=)

Comments

Julie M Gumpil said…
Interesting kisah ni... Sangat bertuah kerana dpt ebm dan bukan top up dgn fm... Memang sedih sikit tapi itu yang terbaik...
kayrul-shah said…
untung dapat family angkat yang sangat memahami
Cheyan said…
Kuat kan diri yek nasrah..aku tak tau lg nasib aku macamana kan..harap2 ok semuanya..doakan la yang terbaik..
hana yoriee said…
kisah kecik lebih kurang ngan hana at the beginning part sbb kita sama2 czer. mmg hosp ptt tukar polisi bg husben tggu at least for the first nite. mmg sgt2 struggle. mmg betul susu (colostrum) for first few days sgt la sikit. Mama ckp mcm tak cukup bila dh seminggu susu mcm segan2 nak keluar. 2nd week hana tergerak nak pam sbb tgk baby mcm x kenyang n hana pn ada titikkan air zam2 jgk. sedih mmg sedih.. bila pam keluar bbrp titik je. tp hana gigihkan jgk pump bbrp kali. alhamdulillah dpt la 0.5oz. tu pun dh rasa syukur sesgt..huhu..

skrg dan setakat ini..alhamdulillah rezeki anak masih ada. hopefully, Allah murahkan rezeki anak2 kita. amin..
Sedih...baik jer ammar ni....
yUmIe said…
ok aku pn nanges gak bce..alhamdulillah iman dpt susu dr aku sepenuhnye smpi la ni.if aku kt tmpt ko time tu mst aku xtau mne nk dpt ebm.for sure fm le jd pembantuT__T
e.t.t.y said…
ternangis. ter okay. haha.
fiza said…
ok..kak nasrah...mmg sedey sgt nih...huhu~ risau pun iya gak nih.... :(
fuzziha said…
Lu mmg melodramatik kasik wa nangis!hahaha..apa yg kakyg bg tu sket sgt nk dibandingkn ngn hubungan kita slama ni..ammar is a beautiful baby.

Popular posts from this blog

Lafaz Taklik bagi Negeri Kedah

bring it on - the hantaran

tarikh baik untuk bernikah