selamat hari jururawat

sejak saya sah mengandung, sekurang-kurangnya sekali setiap bulan saya wajib jumpa nurses. sepanjang saya mengandung, tak pernah saya jumpa yang tak bagus. baik di kulai mahupun di kuala lumpur. baik di klinik kesihatan mahupun di hospital. 

cara diorang layan dan ambil berat, macam saya ni sedara mara diorang. hebat kan. setiap hari beratus2 diorang layan macam tu. saya selalu terharu dengan baiknya layanan diorang. please jangan lah kata 'it's their responsibility' atau 'it's their job'. hellooo..ko ingat senang diaorang nak layan pelbagai karenah manusia hari2? ingat senang nak bersabar dan terus kawal emosi? ingat diorang tak penat ke? ingat diorang nak sangat main darah, najis orang? diorang terdedah dengan bahaya segala penyakit berjangkit tahu??

kalau diorang malas nak layan pun boleh. habis2 ko boleh complain. gaji n elaun diorang jalan jugak. 

hebat kan nurse-nurse ni??

kepada jururawat seluruh dunia (terutamanya nurse yang pernah merawat aku dan anak - di Klinik Kesihatan Kulai, Klinik Kesihatan Taman Ehsan & Hospital Selayang)


Jutaan terima kasih untuk misi-misi semua! 

Selamat Hari Jururawat Sedunia!

Comments

aTy _faRed~ said…
yer ar..betul...saye pon mase check-up..alhamdulillah jumpe ngan orang yang baik2...nurse yang ramah2..:) nak ucap selamat hari nurse jugak..:)
Mrs Kecik said…
kaann..nurse2 skang bukan mcm dulu2 garang2.

Popular posts from this blog

Lafaz Taklik bagi Negeri Kedah

bring it on - the hantaran

Birth Story : Episode 3