Panduan Mengambil Hati Bakal Mertua

special dedicate to me n encik bolat.

dicilok dan diolah dari buku pesona pengantin Jul09

Jangan Takut
takut ni consider takut terpelanting sudu, terjatuh golek masa jumpa bakal mertua. dan yang paling berat, takut bakal mertua xsuka. kena reject. teetttttt!! apa pun, tipsnya ialah hilangkan rasa takut tu dulu. bawak pegi jauh2. sebab perasaan itu akan membuatkan kita kaku, tak tentu arah, gelabah, senyum pun kelat pahit semua ada. so kena bersikap positif dan yakin. jadi lebih rileks dan biasa.

Jaga Percakapan
Kalau bersembang, biar calon mertua yang mendominasikan conversation tu. kalau diorg jenis pendiam, jangan pula lawan diam skali. tanya2 la soalan2 yang patut. pasal keja ka, pasal bola ka, pasal kammpung ka. ini kira effort nak beramah mesra la kan.

Jadilah Diri Sendiri
senang cakap susah nak buat. we tend to be so damn nice. masa cakap atau cara penampilan. just be yourself. supaya lebih selesa dan bertenang.

Puji Memuji
Find any good point to give the compliment. rumah cantik ke, bersih ke, masak sedap ke, ramah ke..tapi please avoid puji pasal harta. macam nampak gila harta plak. contohnya, kayanyaa... (gilo ko..cakap dalam hati sudah..)

Tawarkan Bantuan
Offer diri utk tolong apa2 yang dirasakan perlu. Kemaskan meja ka, angkat barang ka. Ingat, jangan anggap kerja dapur kerja perempuan semata-mata. Lelaki juga bertanggungjawab menlakukannya juga.

Dress for success
First impression penting. cara pakaian tu jangan la selekeh. dress up. kemas dan sopan. walaupun menjadi diri sendiri, tapi jangan lah dengan tshirt lusuh dan jeans koyak. agak-agak la kan..

Sopan
Mana-mana orang tua pun suka anak muda yang sopan. Lelaki atau perempuan. Apa pun kekurangan diri, boleh tercover dek kesopanan dan budi bahasa itu. Murahkan senyuman, ringan mulut untuk berterima kasih dan memberi pujian, bersalaman, cium tangan tanda hormat dan kalau boleh bawalah buah tangan.

Bersedia menerima kritikan
Calon mertua akan bagi pelbagai alasan untuk menolak orang baru. Kadangkala ini simptom susah nak 'lepas' anak. baik lelaki atau perempuan. Takut kalau-kalau anak kesayangan tak dijaga sebaiknya seperti beliau. Maka wujudlah unsur ragu-ragu dalam diri para ibu bapa ini. Hormati pendirian mereka. Berusaha memenangi hati mereka. Pada masa yang sama jangan berdendam atau membenci kerana tanpa disedari, kebencian itu akan terpancar terus dari raut wajah dan cara percakapan anda. Ini akan mejauhi lagi jurang antara kita dan bakal mertua.

skian.
harap bermanfaat kepada semua.

Comments

Xora said…
kalau mak mentua tak suka kat akak gak, akak picit2 kamu ye dik! :P hihi.. gurau aje
Mrs Kecik said…
hahaha..jangan la picit saya. picit mak mertua tu..urut2 kaki ke tangan ke..sambil berkata..byknyee kedut.. haha..confirm kena reject.

Popular posts from this blog

Lafaz Taklik bagi Negeri Kedah

bring it on - the hantaran

tarikh baik untuk bernikah