it's just a one day event

salam. this entry is just a reminder to myself. tidak ada kaitan dengan mana-mana individu lain selain saya. hari-hari mata dan hati saya dijamu dengan baju-baju yang cantik hasil designer yang gah, gambar-gambar yang indah hasil OP yang superb, hiasan pelamin yang menawan, wajah pengantin yang glowing hasil mekap yang perfect, tema-tema kahwin yang unik dan kreatif, dan segala sesuatu yang melibatkan kahwin. hati melompat2 nak. nafsu lagi lah membuak2. siapa taknak cantik di hari bahagia, wedding yang memorable..bukan tetiap tahun dapat camtu. seumur hidup sekali je..insyaAllah..

tapi hari ini..aku nak ingatkan diri aku sendiri..
it's just a one day event.
saya bertekad mahukan wedding yang :

1. menggembirakan hati my parents
2. merapatkan hubungan keluarga saya
3. mengumpul dan memeriahkan kawan-kawan saya
4. budget yang sederhana - tidak terlalu ciput atau keterlaluan
5. segala yang sepatutnya ada dan tidak terlalu beriya
6. bukan niatnya untuk menunjuk-nunjuk
7. cukup makan
8. saya dan bakal hubby happy

saya lebih berharap hidup saya, hubby dan keluarga tenang selepas wedding. baik dari segi ekonomi mahupun mental. haha..banyak lagi cabaran selepas kawin. kalau ada rezeki lebih mungkin, budget kawin saya tidak akan ditambah. tapi budget saving saya akan ditambah untuk masa depan.


Comments

E F K said…
a reminder to myself too...:)

hi,bloghopping as usual.
Xora said…
Cik Kecil, saya suka peringatan ni. saya pun nak senaraikan lah senarai ingatan saya. Buat sticky post. hari2 baca boleh igt.
Mrs Kecik said…
efk: thanks for dropping..nanti saya hopping blk ye..

xora: saya mengalami sindrom rambang mata dan nafsu bergelora nak suma benda..kena ingatkan diri sendiri..haha..
ryyhan said…
yg penting akad, majlis grand xmenjamin apa2..mmgla majlis tu seumur idup skali je,tp dr b'habis2an 4wedding lbh baik save tuk lps kawen..beli rumah etc
Mrs Kecik said…
yup..but i wish i can say that to my mom..huhu.
Kak Teeha said…
saya sokong!majlis saya pun kecil-kecilan dgn budget mampu milik..
Mrs Kecik said…
saya suka camtu!
best la..baca this post. i pun keje jauh sangat and nothing much i can do from far..bile tengok majlis orang..from dress to pelamin etc, rasa cam nak nak nak!!! tapi as u said, it's just a one day event. so opt for yang sederhana.
Mrs Kecik said…
thanks nasriah. ye..susah kan nk manage dr jauh ni. nasib baik ada byk b2b blogs bleh refer..tp tu lah..mula lah nk itu ini..
sabar..sabar..

biar berkat..tu yg penting.
Mazura said…
terharu...setuju sgt2... may b byk lagi cabaran yang perlu dihadapi lpas kawen... saving mesti ad... Thanks, it is a reminder to myself 2. wink2.

Popular posts from this blog

Lafaz Taklik bagi Negeri Kedah

bring it on - the hantaran

Birth Story : Episode 3