Posts

Showing posts from June, 2010

urusan borang nikah

hehehe.. entry ini ialah untuk post link ini. panduan kebenaran kahwin negeri kedah untuk rujukan masa depan. credit goes to cik aween. thank you. =)

photographer hunting 1

initially saya pikir nk amik photographer dari kedah for wedding. dan encik tunang amik dari KL/negeri Sembilan. tapi bila disurvey2 macam ada tawaran yang menarik je if we take both side coverage. this is just a reminder for myself, for later reference. photographer A (based in KL) RM3220 (termasuk accomodation+transport) 3 events - nikah, sanding di kedah + bertandang di negeri sembilan + 2 custom album 10 inch x12 inch + 1 sticky album 15inch x 15inch120 keping 4R + coverage dari time mekap sampai outdoor + 1 goldplated frame +11R pic + DVD + pouchbag kalau nak tambah VideoHD record + rm900 for nikah+sanding or +rm1500 untuk 3 events. photographer B (based in Kedah) RM3100 (termasuk accomodation + transport) 3 events - nikah, sanding di kedah + bertandang di negeri sembilan + 1 custom album 10 inch x 12 inch + 1 custom album 12 inch x 12 inch + 1 sticky album 15inch x 15inch 100 keping 4R + DVD softcopy with box + Exclusive Bag + unlimited pictures + unlimited hours + 1 frame +30 ...

jubah for nikah

Image
as usual melompat sana melompat sini, found this blog . kalau sesapa have limited time/budget for nikah dress, why not try this jubah, harga dalam rm170-180. siap beads. simple and so nice. kalau nak pakai untuk majlis sanding pon sesuai. (alamak..hati dah mula goyang sana sini ni..cantik. murah plak tu..siapa nak bagi harga baju nikah/sanding less than rm200..tambah veil..wallaah..aiyaakk..camne ni..hehe) white

kalendar cuti sekolah 2011

sape planning nak kawin tahun depan.. angkat tangan!! (*angkat tangan sambil lompat2*) tapi kalau ade nak sponsor, saya nak kawin cepat. huhu.. this is for you. kalendar 2011 dengan cuti sekolah ni belum official lagi. tapi boleh la pakai buat reference. kalau salah, salahkan orang tu. bukan saya. ekeke.. credit to nora a.k.a aira for that link.

chenta hati & jiwa

Image
ini lah chenta hati dan jiwa saya. sepenuhnya. saya mau kawin.. tapi kadang-kadang saya sayu, kerana saya bakal bukan lagi tanggungjawab mereka. pada suatu hari, saya baringkan kepala atas riba mama.. mama tengah lipat baju, huu..bukan nk tolong.. mama bebel2 x tolong lipat baju tapi mama biarkan saya baring, sambil ubah2 kain baju yang dah dilipat. standard la tu..tangan bergerak seiring dengan mulut. huhu.. saya tanya mama.. "ma..nanti dah kawin, boleh duduk camni lagi tak.." (bodoh kan soalan saya..tapi saya nak dengar mama jawab kot). mama jawab "boleh la..tapi tak segan ngn somi ka nanti? " "awat nak segan??" "mana tau.." dan soalan bodoh beterusan.. sampai kena halau. hahaha.. saya rindu mama abah. sekian. p.s: tu konon2 mini pelamin tunang saya. deco by qistin.

package pengantin : calling help from b2b northern n nogori

Image
i'm also having this (click the link) problem. huhu.. walau tarikh belum ditetapkan tapi disebabkan hubungan jarak jauh, kami kena mula survey dari sekarang. nasib baik takwim sekolah 2011 belum keluar, kalau tak, tah2 dah booking siap2. hehehe.. untuk bersanding dan bertandang, we decided to amik package pengantin dari satu butik je. eh..asing2 la. satu di sebelah saya, satu lagi di sebelah beliau. kira full package, covered semua. - pelamin - baju sanding/tandang - hiasan bilik - arch - hiasan meja makan- make up mama kata " mama kan..dah laaaammaa teringin nak buat kenduri yang pakai freshflowers.." (mungkinkah mama sudah berangan2 semasa saya kecil?) huhu..yer lah mama..nanti kita amik yg freshflowers. maka tambah satu lagi dalam list. - freshflowers b2b dari utara, alor setar, need ur help now. any suggestion? saya dah survey2 a few tempat, sampai ke jitra. tak banyak butik yang biasa dengan bunga segar. alasannya, cost tinggi. mungkin sebab kedah sangat panas, maka...

review e-day : OP

Image
saya dah lama booked OP ni. awal tahun kot kalau tak salah. saya ingat nak suruh sedara mara atau kawan2 je yg amik untuk tunang ni. tapi pikirkan balik, diorang pon belum tentu dapat balik. n saya tak mahu diorang terikat dengan commitment untuk amik gamba majlis saya..sedangkan saya mahu semua orang boleh enjoy the day, dan bergamba bersama saya. jadi, saya decided nak cari OP. budget rm500 xlebih. haha.. saya berkenan ngn azzaharry, the clique (link kt sebelah), tapi dia fully booked. pastu saya jumpa website snapsyndicate. i tried my luck. team diorang ramai. tapi charge diorang plak macam lebih. dengan bestnya, encik arie tanya bajet saya, dengan jujur ikhlas saya bgtau. hehe.. then dia cadangkan saya amik junior photographer. saya tengok hasil2 dia dan saya ok. deal. ni hasil2 tangkapan beliau yang dah diedit oleh beliau. OP : saiful bakhtiar - snapsyndicate/padistudio saiful datang on-time as promised. tapi sian dia, dia demam. nak makan pun xlalu. dia minum je. dia commited de...

pameran pengantin 2010

Image
ok, just nk post this. harap2 boleh pegi. jom!

w-day preparation is now begin

semalam saya memulakan preparation untuk w-day. perbincangan dengan my parents tentang pembahagian tugas dan keperluan. lepas tu saya mula buat calculation dan budget. tergolek2 terguling tengok angka. weeeeiiiihhh!!! camne korang ade banyak duit nak kawin niiii??? ok saya dah saiko sorang2.. biar betul ada duit banyak ni!!!!!! T_______________T tolong la sponsor!!! huuuuuuuuu......... rasa nak muntah ok!! apa lagi, panic attack lah..mangsanya encik bolat tercenta. last2 dua2 panic. padan muka..huhu.. ayat penyedap kami ialah.."takpe..lps kawin kita byr hutang sambil peluk2 selalu.. sebab susah nak dapat kena la peluk2 selalu..huhu" pastu dua2 tersengih.. Ya Allah permudahkanlah, murahkanlah rezeki kami demi mencapai tuntutan agamaMu ini. esok nak pusing satu kedah..eh over tau..nak pusing satu alor setar n jitra..tengok bridal boutique yang menarek.. bismillah..

review e-day : outfit - baju,tudung & veil

Image
baju buat pertama kali dalam hidup saya, saya ada baju semahal ini. baju nikah nanti lagi mahal kah? huuu.. saya seorang yang agak susah nak cari barang. baju ke, kasut ke, handbag ke..cerewet ke? macam tak sangat. tapi..susah nak berkenan. kalau dah berkenan, yang tu je saya nak. hehe.. ataupun saya dah malas n penat nak cari. material kain utk baju tunang saya ialah beaded chiffon, lining dengan satin. jangan tanya jenis yang mana satu, saya memang tak kenal kain. beli di jakel jalan tar. saya cari dark pink. tapi x jumpa yang berkenan, saya terbekenan pula dengan warna pink peach ni. encik bolat terpaksa rela pakai sedondon warna pink jugak. baju saya simple je, beaded di hujung tangan, bawah baju dan kaki kain. baju kurung moden princess cut. saya sangat suka baju saya. memenuhi apa yang saya nak..simple, nice n sweet. ini lah rupanya beads itu. =) material : chiffon beaded + satin lining vendor : jakel jalan tar harga kain : rm *** (4meter kain chiffon + 4meter kain satin + 5.5met...

review e-day : hantaran

Image
saya sungguh berdebar untuk mengupload gambar sendiri di sini. huhu..ok let's start with hantaran dulu. hantaran kami, perancangan awal 5 berbalas 7. tapi ada tambahan 1 daripada pihak encik tunang (waah...dah tuka title..hehe), maka jadinya 6 berbalas 7. tak termasuk tepak sireh. the blue white from him..termasuk kek ladybird yang sangat comel dan sedap tu. dihias dengan cantik dan lovely oleh my bestfriend, Queen DIY Qistin from Q&A, (yee!! dia kawan baik saya! hehe). manakala the pink silver from me, dihias oleh Tar Tera Bridal kat Jln Stadium Alor Setar (mama yang tempah). sireh junjung yang berbunga ros pink itu, digubah khas oleh my dear sister, Fuzz dengan hanya tengok contoh dalam magazine..*ting* mcm magic. sweet kan.. kek ladybird yg comel dan sedap tu, ditempah di Secret Recipe! tepak sireh tepak sireh kat situ ada dua. satu tepak sireh menunggu. satu yang datang. saya pun tak tengok masa acara cakap bercakap berlaku. menurut sumber yang dipercayai, tepak sireh yan...

the e-day

Image
credit pic : snapsyndicate/padistudio OP: saiful bakhtiar the ring : tsutsumi jewellery japan alhamdulillah.. selesai sudah majlis pertunangan saya. segalanya berjalan dengan baik. tak ramai kawan-kawan yang dapat datang, tapi cukup untuk menghibur dan menenangkan saya. tak semua saudara mara yang dapat balik, tapi cukup meriah dan meringankan tugasan beban kenduri yang ada. keluarga saya besar. bertambah besar dengan tambahan keluarga yang datang dari jiran-jiran saya yang sangat banyak membantu. semoga Allah memberkati hubungan ini dan mempermudahkan jodoh kami serta berkekalan sampai akhirat. amiinn..

06.06.2010

06.06.2009 it was the very first time we met. hehe..so sorry dear, i really don't remember you that time. it's been 365 days. today, the same date, soon, we're going to move a step ahead. dearest blogger friends, please do pray for us..hope everything will go smoothly and well. hope our jodoh dipermudahkan dan diberkati oleh Allah. it's 1.15am now. finally have the time to rest. my mom was having panic attacked the whole day.. as she never handled a kenduri before. the whole big family, friends and neighbours are here to help.. but she's trying to do everything on her own.. n nak served semua orang. things are quite messed up, as she tried to make sure the rumah kemas.. sampai semua nak disimpan..dan barang tak tahu kat mana. even barang yang akan digunakan. tomorrow is the day. insyaAllah..