berkenaan cincin

hi! maaf sudah lama tidak berupdate. mode raya menebal. mission balik kampung saya dalam entry ini, hanya 1 yang berjaya iaitu no.1. hehehe..disebabkan kekangan masa saya dan orang yang terlibat, maka semua mission dipostpone hingga ke hujung tahun. insyaAllah tahun ini merupakan raya terakhir sebagai cik. tahun depan dah booking balik raya di kedah sampai raya ke 3. hehe..

banyak nak diceritakan sepanjang 2 minggu ini. tapi saya mulakan yang terbaru. ring hunting. eh belum hunting. tapi more to surveying. location midvalley. midvalley dan the gardens adalah tempat terbaik untuk menjalankan survey cincin. boleh dikatakan semua jewelery shops ada di situ (ke memang semua?)


his ring
encik boolat bukan jenis pemakai cincin. kalau boleh dia nak suruh saya beli cincin silver yang jual kat pasar malam je. cis.. saya ingatkan dia, this is wedding ring. i'm giving you the one that worth to keep forever. cewah.. padahal saya tau dia akan bukak bila buat keja, dan dia takut hilang. so, untuk memastikan dia jaga dengan baik better saya beli yang mahal sikit. so that he'll be extra careful. cincin kawen kot...

mula-mula kami ke Bausch K, terletak di Ground Floor Midvalley. kat situ semua stainless steel. harga memang best la. between Rm50-ratus2. tak pasti harga termahal berapa. design menarik, simple and smart.

lepas tu, kami ke GoldHeart. kat goldheart ada 3 option untuk man's ring. platinum (yang saya tak mampu), palladium & platim. palladium ada satu design saja kat goldheart. dan encik boolat tak berkenan. platim ialah gabungan platinum dan sterling. harganya di antara rm159 - rm1.5k++. target utk his ring dah settled. hujung tahun baru nak beli.

her ring
tips: for diamond ring, ada 4 kriteria yang perlu diketahui sebelum pergi mencari cincin. 4c + 1c. cut, color, clarity, carat + cash. do your homework before go for surveying. it helps alot. pasal 4c ni boleh google. (kalau saya rajin nanti saya post satu entry pasal ni).

first, set your budget. try your best to have the best criteria within your budget.

wan chan
kebetulan wan chan sedang mengadakan promosi besar-besaran kat tengah-tengah midvallley. saya cari solitaire diamond ring. wan chan memang ada banyak choice for diamond and design. the price is also reasonable. tapi kena tengok betul2.. they're good in play along with the 4c. memang harganya tengok macam cheaper dari tempat lain..tapi kalau tengok betul2, kalau color bagus, clarity tak bagus, vise versa. so, make sure you know what you want.

love & co.
location : the gardens. designs are so limited. but the SA is very good in english. haha..saya kagum dengan english dia. sound like so english. paham x? tiba2 i jadi omputeh skali kat situ. terpengaruh. siap slang ok! hahaha.. mula2 saya belasah cakap melayu je.

goldheart
location : midvalley. SA dia bagus. the only place yang ada whitegold K10 & k18. selalunya kat malaysia, k9. (my engagement ring k10 dari japan..hehe). boleh customised cincin. it takes about 2 weeks. hmm..for his ring mungkin amik kt sini. tapi for mine, tak kot. tak ada yang berkenan di hati.

habib
location : midvalley. kebetulan exhibition team dari ampang, tengah on duty kat situ. cari en. zahar, he's very good with diamond. dan dia akan bagi as many info as he can. bersungguh dia bg penerangan dan dia tak memaksa untuk beli. seriously he's good. they promote GIA cert diamond. saya try yang 0.3carat...err..macam besar je seketul atas jari. saya bukan jenis pemakai cincin pun sebelum tunang. jari saya bersesuaian dengan size badan saya yang kecik. GIA cert diamond, paling kecik 0.3c. haih.. dia keluarkan 'hearts on fire' 0.243c kat saya. the perfect cut, terus jatuh cinta. kalau dah amik HOF, you don't have to worry dengan design cincin , color & carat, sebab diamond yang ada perfect cut sangat menyerlah..serius sgt nmpk shiningnya. tapi terlalu jauh dengan bajet encik boolat. kami masih berfikir..hehe.. saingan untuk loose GIA cert diamond untuk habib ialah wah chan, untuk HOF ialah lazarre from mydiamond. luckily i got the chance untuk tengok details diamond HOF through the 'microscope'. superb!

tomei
location: midvalley. the signature collection is lumiere. the SA taklah friendly sangat. dia hanya mengikut apa yang minta. tapi ada satu design ring ni saya sangat suka. time ni encik boolat dah penat, dia dah malas nak tengok.

diamond & platinum
location : midvalley. SA dia tak menarik sgt. macam malas nk layan pun ada. their signature collection is estrella. platinum saja yang ada di sana ye. jangan pula p tanya white gold ada tak. haha..saya la tu..dh mamai masuk banyak sgt kedai.

ada banyak lagi kedai kat midvalley dan the gardens yang saya tak sempat masuk.
the gradens: degem, selebran, lu miere
midvalley : my diamond, diamond and gold, poh kong (mmg sengaja malas nak masuk..hehe)

kalau sesapa ada info to share, kindly do so.

tips:
1. check out this entry - whitelacetale, for extra tips. saya sangat kagum, dia sangat rajin.

2. do your homework on the 4C. - kalau tak berapa paham, buat2 tau bila depan SA - contohnya tanya clarity dia berapa? padahal x paham pun clarity tu nak tgk camna..just give them the impression that you know what you're looking for.

3. bawak encik tunang yang memang sah2 tatau apa2, kalau bernasib baik, SA tu akan bg penerangan kat dia, and you'll also get the information. haha..

4. pegang semua broucher yg dapat, jangan simpan dalam beg. nak tunjuk kita dah tengok kat kedai lain. the SA will try their best to challenge company lain.

5. buy a ring atleast a month before you need it. kalau nak resize atau custom made, it may take 2weeks (max) ada yang 2 hari je.

6. selalunya ada sales besar-besaran bulan 4 dan hujung tahun. hehehe....

Comments

cik yana said…
i just bought my wedding ring! omg rasa mcm tak caye..hehe..tgk promo habib kt paper, trus pegi cari kt habib Sg petani..but unlucky kt situ ada saiz 22 je design yg i nak tu..then diaorg bgtau saiz jari i and design tu cuma ada di habib angsana, johor..haha..
rasanya sekarang ni habib dan wah chan tengah sale kan if not wrong la :)
Mrs Kecik said…
cik yana: waahh! bestnya! setel satu menda penting tu. teaser la sikit gamba cincin.

nora: a ah..ada sales. tapi x pasti smpai bila.
cik yana said…
hehe..bz skit skrg tak smpt nk update blog..nnt la bila2 i teaser sket..tp nnt tak jd rahsia da la..huhu..promo habib smpai smlm je utk cincin yg i beli tu..rasanya end of this year mesti habib ada bt sale lg kan..? ;p
owh i nk tanya..u jadi eh amik kak ram tu?ok je makeup dia?smlm borak2 dgn aween, dia pun suggest kak ram.. :)
Mrs Kecik said…
habib slalu buat sales. hehe..

masa tunang saya amik kak ram. alhmadulillah ok..insyaAllah nanti pn amik dia. tapi itu bergantung kepada bajet..kalo tetiba dpt duit seketul jatuh dr langit..mungkin amik sue cantik ke, awin seindahwajah ke..wahahah..berangan mmg best!
Elya Roza said…
wah..bnyk tips2 dr si kecil..elya buat2 reti jee laa depan SA tu..ha3
thezaila said…
saja nk share.. hari tu masa 16 september tu, habib kt mid valley buat sale gegila... 0.3C E colour VS2 (kot?) just rm1.6.. GIA certified ye.. meraung mak tgk, sbb i dah beli cincin last month... sedey..
Mrs Kecik said…
elya: time sale tu yg penting..hehe

zaila: errk!! yee keee.......muraaaahh kooott..ok. mintak ada lg pasni.
Moose said…
if you ever go to degem the gardens look for affendi. very knowledgeable and most importantly friendly. he's the only malay SA there (masa 2 kali kitorg pegi situ la). if you are extra friendly with him like i did, he can give discount and hook up with his friends yang involve in wedding industry.

good luck and have fun surveying for wed ring! i think that's the most enjoyable part of planning a wedding, at least to me. hehe
Mrs Kecik said…
moose..thanks babe for info. nanti saya pegi cari. n yess!! sangat happy n terharu tengok encik tunang bersungguh cari cincin..hehe..paling best bila dia teruja tengok hearts on fire. =)

Popular posts from this blog

Lafaz Taklik bagi Negeri Kedah

bring it on - the hantaran

Birth Story : Episode 3