review e-day : hantaran

saya sungguh berdebar untuk mengupload gambar sendiri di sini. huhu..ok let's start with hantaran dulu. hantaran kami, perancangan awal 5 berbalas 7. tapi ada tambahan 1 daripada pihak encik tunang (waah...dah tuka title..hehe), maka jadinya 6 berbalas 7. tak termasuk tepak sireh.


the blue white from him..termasuk kek ladybird yang sangat comel dan sedap tu. dihias dengan cantik dan lovely oleh my bestfriend, Queen DIY Qistin from Q&A, (yee!! dia kawan baik saya! hehe). manakala the pink silver from me, dihias oleh Tar Tera Bridal kat Jln Stadium Alor Setar (mama yang tempah). sireh junjung yang berbunga ros pink itu, digubah khas oleh my dear sister, Fuzz dengan hanya tengok contoh dalam magazine..*ting* mcm magic. sweet kan.. kek ladybird yg comel dan sedap tu, ditempah di Secret Recipe!



tepak sireh
tepak sireh kat situ ada dua. satu tepak sireh menunggu. satu yang datang. saya pun tak tengok masa acara cakap bercakap berlaku. menurut sumber yang dipercayai, tepak sireh yang dibawa tu diletak depan wakil masing2, mungkin dulu2 untuk dimakan sambil cakap2 kot. kalau mengikut adat, bahan2 dalam tepak tu; gambir, bunga cengkih, pinang, kapur, sireh tu.. amik sikit dari belah laki masuk sikit kt belah pompuan, vice versa. tapi masa saya bertunang tu, saya rasa tak ada pon yang buat camtu.

saya di dalam bilik, tengah merepek2 bersama kawan2. hehe..tiba2 pintu dibuka dan menjemput saya keluar. dan tiba2 juga, lutut menggigil, darah hilang dari badan. sejuk. huhu.. saya menggigil ok masa kena sarung cincin. senyum kaku.

=)

Comments

Qistin Fadzin said…
love u babe! sooo happy 4 you!!!
Cik Belle said…
awak menakutkan saya.. hohoho. tibe-tibe kaki jadi sejuk menggeletar. haha.
Mrs Kecik said…
qistin!! i love you more! haha..thank you for being there..

cik belle: hehe..kawan saya ckp dia menggelabah sebelum..semasa majlis dia tenang je..saya terbalik..sebelum rilek2 ja..semasa hilang akal jap. haha..
Xora said…
SK, nak tgk gambar kamu mengigil tersenyum kaki itu!
Mrs Kecik said…
hahaha..kena reveal muka ni..saya malu.
owhh amik tar tera jugak ye? :)
fuzziha said…
wah sirih junjung cucuk2 siapku ade..gila terasa tumpang glemer
Mrs Kecik said…
butterflyinframe: a ah tp untuk hantaran je..hehe

my dear sister: of coz la..i love it! thank you.

Popular posts from this blog

Lafaz Taklik bagi Negeri Kedah

bring it on - the hantaran

Birth Story : Episode 3