pengapit II

baru lepas baca entry missX pasal maid of honor. dan saya mula faham, pentingnya seorang pengapit yang rapat dan sangat memahami. dan saya sudah mula risau.

waaaay before i planned of getting married, saya penah berjanji dengan seorang cousin saya utk menjadikan dia pengapit saya, vice versa. dan pada masa itu dia juga tengah hangat bercinta dan sama-sama berangan pasal kawin. masa tu saya belum pun kenal en.tunang. jadi masa dah confirm, saya terus approach dia tanpa berfikir panjang. dia kata ok.

tapi, when i have a deep thinking about this, saya jadi serba salah. usia beliau sudah mencecah 30. dan beliau baru putus cinta. keluarga besar memberi tekanan hebat kepada beliau tentang perkahwinan. huhu.. saya ingat mulanya tujuan dia dipilih sebab mahu memberi highlight kepada dia. dia kecil comel. tapi keadaan sekarang, dia seperti depress dengan tekanan tersebut dan masih bersedih dengan masalah cintanya.

selain tu, dia sangat lemah lembut. kalau mengharapkan dia alert dan suruh sana sini, memang saya kurang yakin. tapi itu taklah menjadi masalah. sebab saya ada PA. hehe..you know who you are. PA yang tahu segalanya tentang preparation saya dan sangat faham saya. dan saya jugak yakin dengan diri saya. hahaha...( ayat sedapkan hati..).

tapi...yang menjadikan saya sangat serba salah.. masa majlis tunang saya, saya minta tolong beliau bawakan sirih junjung ke luar. kiranya itu kan kepala hantaran. biasanya orang yang penting la tugas tu. walopon tak penting mana pun. and guess what, she refused! dia kata segan. la. jatuh saham.. dan terus keluar dari bilik, n join duduk bersama ahli keluarga lain menyaksikan majlis. errrr...time tu saya dah..errrr...camna ni. sedangkan kwn2 dan sedara mara yang lain yang ditugaskan membawa hantaran tunggu bersama-sama saya di dalam bilik. tu baru bawa keluar hantaran.

parents dah beriya2 sebut2 dia sebagai pengapit. she's seem happy for it. tapi saya rasa tatau samada dia betul2 happy atau berpura2 happy. dia tak pernah bertanyakan apa2 pun pasal preparation saya. adakah saya membuat pilihan yang betul? takkan nak tarik balik?? kalau saya tanya dia betul2 pun mesti dia kata ok. saya yang sangat serba salah sekarang. saya tak mahu sebabkan perkara remeh temeh, saya turn to be bridezilla on that day.

n i really hope dia tak baca. tapi rasanya among family members tak ada yg tau pun pasal blog ni. sebab tu saya prefer dipanggil sikecil. kawan2 pun tak ramai yang tahu.

Comments

Qistin Fadzin said…
terima kasih menambahkan portfolio PA aku... :P haha!! seb baik ada team kepong utk tolong hg jugak...

aku rasa lepas ni kenduri na atau suzie (adik shera) atau kgkwn yg lain pon depa mesti cari kita... hahaha ;)
Mrs Kecik said…
hahaha..sama-sama. masa kenduri aku lebih sikit la..

kenduri depa kita dah takleh jadi bridemaids. hang jgn lupa kenduri jek. haha..
Aty Fared said…
oowwh..memang serbe salah kalo macam tu..
n yeah..bridesmaid.. sepatutnyer seseorang yang sangat2 boleh diharap waktu kite tak boleh buat2 ape2 biler berpakaian pengantin nanti.. supaye kite tak sakit hati n depress waktu tu..!!! huhu.. so..pikir betul2 key... yang penting.. u yang akan jadi 'ratu' on that day...jangan samapi orang yang kat 'sebelah' tu buat u jadi stress n hilang seri nanti..!! bukan layanan diharapkan.. tapi.. sikit pertoLongan kan.... ;)
Xora said…
saya yg membacanya ni pun serba salah. apa tah lagi kamu yg kena buat keputusan.
Inimeeya said…
wahh..mcm mn nak buat kalau jadi mcm ni yer..org kata diluah mati mak, ditelan mati bapak.sesuai ke pepatah ni?hehe=)
i rasa u patut bgtau ur parents apa yg u risaukan tntg dia..then, baru slow talk with him.kalau tak jadi pengapit pun, dia antara org penting juga sbb da nama pun cousin rite, then maybe u boleh letak dia uruskan hal-hal lain ms wedding u nnti.maybe dia akan paham..=)
Darling Aween said…
kalo awn x kawin lagi, amik awn la..bg masa 1 hari jew then awn rapat la dgn famili si kecil =)
Mrs Kecik said…
aty: mmg serba salah sgt. itu lah. harap sangat everthing goes well. happy n tenang.

xora: huhu..itu lah. mungkin ada magic akan berlaku dalam beberapa bulan ni yg menghapuskan segala perasaan serba salah ni. harap2 la.

meeya: betul! peribahasa tu tepat. serba salah sgt. saya dah ckp dgn parents. diorg pun jadi serba salah. haha..tapi diorg suh bg peluang. mungkin ok ja semua ni.

aween: yaa!! aween pun dah tau apa yg saya dah berangan sakan kt blog ni kan. part tu dh setel. part nk kenal ngn family tu mmg rasanya tak masalah! haha..=)
Darling Aween said…
pengalaman jadi 5x pengapit wedding orang dan penah jadi event coordinator...ok x? =)
Darling Aween said…
giler tamak, sume nak jadi pengapit....dulu riso gila, orang tua2 ckp kali jadi pengapit, lambat kahwin..hehe
Mrs Kecik said…
waaaahhhh!!! 5x??? mmg terlebih experience ni. hebat! nasib baik dah kawin masa tu..kalo tak, bleh la submit resume. hahaha..
gile kagum! penah jd pengapit 5x..seb baik x jadi 27 kali mcm cite 27 dresses tu.
Hai sikecil. saya sgt faham perasaan awak. Samala mcm saya. pernah parents saya cadangkan my cousin. Say pulak pernah tercakap dekat 2 kawan baik secara berseloroh. Tapi skrg ni mcm 3org mcm serious, erkkk I really hope that diorg pun bergurau.. Sorg cousin, sorg kawan baik universiti, sorg kawan baik kenal dr zaman sekolah. Takpe, apa pun saya nak 3 ofg them tau dat I love them.. Bukan maksud saya menolak dua org lagi tu..
masmOna said…
hmm serba salah juga kalau macam ni. tapi awak pk lah yang terbaik. sebab bridesmaid ni memang orang yang kita betul2 nak harapkan during dat day kan?
Darling Aween said…
Aritu dah lama, ada entry awn psl pengapit nih...cuba cari kat info or helping other b2b

Popular posts from this blog

Lafaz Taklik bagi Negeri Kedah

bring it on - the hantaran

Birth Story : Episode 3