facial gold part 2.1

sumber:
Hukum Menggunakan Emas Dalam Perawatan Muka

Assalamualaikum...Sy ingin bertanya..apakah hukum menggunakan emas dalam rawatan muka. Skrg ni kite boleh tngk bnyk produk kecantikan dan penjagaan muka menggunakan emas. Adakah ianya menyerupai susuk? Ini kerana butir2 emas tersebut akan meresap ke dlm kulit.Wallahualam.Minta pendapat kalian...

Jawapan:

"RAWATAN wajah menggunakan emas sudah pun diamalkan sejak beribu tahun lalu. Cleopatra pada zaman itu dikatakan gemar menabur campuran serbuk emas pada wajah dan badannya bagi menghasilkan kulit cerah bersinar.

Penggunaan emas dalam bidang kosmetik dikatakan mampu mencantik dan membersihkan muka supaya wajah lebih bercahaya. Ia berfungsi sebagai pelindung kulit dan sesuai untuk mereka yang sentiasa terdedah di bawah pancaran cahaya matahari.

Ini sekali gus membantu pengguna mengurangkan tanda penuaan, mencerah, mengurangkan pigmentasi keterlaluan serta dikatakan memiliki 10 kali keberkesanan kolagen."

Saudari yang bertanya, jika kita baca penerangan di atas ini, serbuk emas yang digunakan itu bukan meyerupai susuk. Sebaliknya , penggunaan emas dalam bidang kosmetik dikatakan mampu mencantik dan membersihkan muka supaya wajah lebih bercahaya. Ia berfungsi sebagai pelindung kulit dan sesuai untuk mereka yang sentiasa terdedah di bawah pancaran cahaya matahari.

Kita mesti faham apa itu susuk dan bandingkan dengan fungsi dan kaedah penggunaan serbuk emas itu.

Mengenai hukum ia sama seperti hukum seorang perempuan itu berhias ada suami atau tiada suami.

Hukum Berhias Bagi Kaum Perempuan

Islam mengharuskan kaum perempuan berhias bagi meraikan fitrah manusia. Sebagai contoh, Islam mengharuskan perempuan berhias memakai sutera dan emas asalkan tidak berlebihan dan bukan untuk bermegah-megah atau selama mana ianya tidak bertentangan dengan syara‘ seperti berhias sehingga mendatangkan fitnah atau menimbulkan keghairahan lelaki.

Dalam kitab al-Majmu‘, Imam an-Nawawi Rahimahullah menjelaskan: “Jika seorang perempuan itu mempunyai suami, disunatkan baginya berinai pada semua masa, kerana berinai itu adalah hiasan dan kecantikan, dan dia (perempuan yang bersuami) disunatkan berhias dan bercantik-cantik untuk suaminya sepanjang masa”. Dari penjelasan tersebut, maka tidaklah dilarang perempuan bersuami berinai bagi tujuan berhias dan bercantik-cantik untuk suaminya malahan ianya adalah sunat.

Adapun bagi perempuan bujang atau yang tidak bersuami adalah makruh berinai kerana ditakuti akan mendatangkan fitnah kepada dirinya atau kepada orang lain. Ini turut dijelaskan oleh Imam an-Nawawi Rahimahullah: “Jika seorang perempuan itu tidak mempunyai suami dan dia bukan hendak berihram, adalah makruh baginya berinai tanpa ada sebab keuzuran kerana ditakuti akan berlaku fitnah ke atasnya dengan sebab inai dan berlaku fitnah ke atas orang lain dengan sebab dia berinai itu”

Tetapi hukum makruh akan bertukar menjadi haram bagi perempuan bujang atau yang tidak bersuami sekiranya dengan bergincu itu boleh menimbulkan fitnah, seperti boleh menarik perhatian kaum lelaki. Begitu juga bagi perempuan yang bersuami jika memakai gincu tanpa keizinan suami, hukumnya adalah haram.

Perempuan Berhias Sehingga Menarik Perhatian Lelaki

Islam melarang kaum perempuan melakukan apa jua perkara yang boleh menarik perhatian atau menimbulkan keghairahan kaum lelaki, seperti berhias dengan berlebihan, memakai wangi-wangian di hadapan lelaki asing, memakai pakaian yang kurang sopan dan memakai perhiasan yang boleh menarik perhatian kaum lelaki.

Di dalam al-Qur’an, banyak disebutkan mengenai dengan larangan perempuan berhias sehingga menarik perhatian lelaki asing dan menimbulkan keghairahan mereka. Antaranya:

Maksudnya: “Dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zhahir daripadanya, dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka.” (Surah an-Nuur: 31)

Menurut Imam al-Qurthubi Rahimahullah, Allah Subhanahu wa Ta‘ala memerintahkan kaum perempuan supaya tidak melihatkan perhiasan mereka kepada orang lain kecuali kepada mahramnya.

Terkecuali larangan tersebut pada perhiasan yang bukan pada anggota aurat iaitu pada wajah dan kedua tapak tangan. ‘Aisyah Radhiallahu ‘anha menceritakan tentang kejadian di mana saudaranya Asma binti Abi Bakar Radhiallahu ‘anha pergi menemui Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam dengan memakai pakaian yang tipis. Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam memalingkan wajahnya, lantas Baginda bersabda :

Maksudnya: “Wahai Asma’, sesungguhnya apabila seorang perempuan sudah haidh (baligh), tidak elok untuk dilihat daripadanya kecuali ini dan ini.”
Dan Baginda Shallallahu ‘alaihi wasallam mengisyaratkan kepada wajahnya dan kedua tapak tangannya. (Hadis riwayat Abu Daud )

Maksudnya: “Dan jangan mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka.” (Surah an-Nur: 31)

Keinginan naluri perempuan untuk berhias agar kelihatan cantik dan elok dipandang mata tidak pernah dihalang oleh Islam kerana ianya adalah agama yang selaras dengan fitrah manusia. Namun ini tidaklah bermakna seorang perempuan itu boleh berhias diri mengikut seleranya dengan mengenepikan apa yang telah dibataskan dan ditetapkan oleh syara‘.

Bagi perempuan bersuami, Islam telah menetapkan supaya kecantikannya hanyalah dipamerkan untuk seorang lelaki yang menjadi pasangan hidupnya iaitu suami. Hikmah diharuskan bagi perempuan bersuami berhias adalah supaya dia sentiasa nampak menarik di mata suaminya dan sekaligus sebagai salah satu luahan perasaan daripada isteri itu bahawa dia menyayangi suaminya.

Dengan demikian, ia akan lebih mengerat dan mengekalkan hubungan kasih sayang di antara suami isteri itu. Hubungan kasih sayang inilah antara
matlamat syara‘ dalam hidup berumah tangga. Oleh itu, seorang perempuan yang betul-betul memahami matlamat tersebut akan berhias untuk suaminya ketika berada di rumah, dan bukannya berhias apabila hendak keluar dari rumah.

Batasan berhias yang ditetapkan oleh syara‘ bukanlah sebagai satu penyekatan, tetapi sebagai pemelihara diri dan kemurnian akhlak seperti mengelak diri dari fitnah atau gangguan lelaki asing, menjauhkan diri dari sifat berlebih-lebihan atau bermegah-megahan dan sebagainya.

to be continued part 2.2..

panjang sangat..

Comments

Popular posts from this blog

Lafaz Taklik bagi Negeri Kedah

bring it on - the hantaran

tarikh baik untuk bernikah