please hold yourself to win it

dugaan bertunang.

ada macam-macam dugaan bagi mereka yang merancang untuk melangsungkan perkahwinan, perjalanan bagi mengesahkan ikatan mulia lagi suci itu. sebabnya, Allah nak bagi kita bersedia. secara rohani dan spiritual. selain mendewasakan kita dalam menyelesaikan masalah. perkahwinan adalah tanggungjawab. tanggungjawab pula adalah amanah iaitu perkara paling berat dalam dunia ni. hati dan jiwa kita perlu cukup kuat untuk mengendong amanah ini.

there's someone ingatkan aku sebelum bertunang lagi.. datang bersama dugaan tu ialah syaitan. syaitan kan tak suka apa-apa yang diperintahkan Allah. pernikahan tu kan suci. mestilah dia berusaha nak menghalang ikatan tu. kan lagi bagus pegang2 tangan kalau belum kawin...dosa banyak2 boleh teman dia ke neraka. kalau kita gaduh2, atau tak tahan dugaan, sampaikan terputuskan ikatan atau tak jadi bernikah, melompat riang ria, buat pesta malam muda mudi lah si syaitan2 ini. maksudnya kita sudah kalah di tangan si durjana ini.

ataupun, segala makian, segala prasangka buruk terlempar di mulut dan hati kita ini, semata-mata tak dapat apa yang diimpikan. tambah point lah tu nak join si penghasut jahat tu. kalau pun bukan antara kita dan tunang punya dugaan, mungkin ahli keluarga, ibu bapa, sahabat handai punya hal pula yang terduga. habis segala pengorbanan, segala jasa, terhapus dari ingatan kerana majlis satu dua hari itu. terkecil hati, terguris perasaan, terendam air mata. paling teruk putus hubungan. banyak point si syaitan ini boleh perjuangkan.

bertahan lah kawan-kawan! kita kena menang! jangan bagi si syaitan tu menang..

sabar. Allah ada bersama orang yang sabar.

insyaAllah dapat rewardnya later on. :)

ingatan untuk diri sendiri yang selalu alpa.


Comments

missbutterfly said…
ok..sabar utk <14hari lagi..adeiii..ko lagi kene sabar byk2.hehehe
Mrs Kecik said…
hahaha..tu laaa pasaall weh..aiyook.. tgh bersabar ni.
Unknown said…
Hmm entry peringatan utk Ayu jgk :)
Cik Belle said…
thank you di atas peringatan ni. =) sama-sama kita saling ingat-mengingati. InshaAllah.
Syima Syaz said…
thanks..

tapi saya belum tunang lagi pun tapi dugaan tu kadang2 tak tertahan mulut ni ckp lepaaasssss je dgn dia.lagi pulak dia jenis diam n mengalah...makin naik tocang...

aduh....kena banyak2 baca quran ni bagi hati sejuk sikit!
Unknown said…
dugaan sentiasa datang dan pergi. huhu semoga kita semua kuat menghadapinya =)
harzharun said…
yeahhh!!!...bjuang...lwn syaitan yg mmg x suka masjid dibina tu...

Popular posts from this blog

Lafaz Taklik bagi Negeri Kedah

bring it on - the hantaran

Birth Story : Episode 3