tarikh baik untuk bernikah

saya bloghopping tadi. terbaca pasal tarikh-tarikh dan bulan-bulan yang baik dan tak baik untuk bernikah. dulu-dulu masa saya kecil-kecil (walaupun sekarang taklah besar sangat) saya pernah terdengar (menyibuk) orang cakap pasal bulan2 yang tak elok bernikah.

ada juga saya pernah dengar, x elok kawinkan adik beradik dalam tahun yang sama.

pernikahan adalah berkenaan kerana Allah. (ingatan untuk diri sendiri)

Dalam ISLAM, tidak ada sebarang tarikh atau hari atau bulan yang tidak elok atau tidak digalakkan untuk bernikah. tak kisah lah safar ke rejab ke ramadhan ke. hari selasa ke rabu ke sabtu ke. 3 hb ke 5 hb ke 29hb ke.

tetapi dalam ISLAM, ada disebutkan bernikah hari Jumaat sunat. hari paling baik. tapi tak lah pulak hari2 lain tak boleh atau tak baik.

Islam itu indah. Islam itu tak pernah menyusahkan. Jangan lah kita pula memandai-mandai. Islam menggalakkan perkahwinan. Malah dituntut. Diseru lagi untuk mempermudahkan urusan pernikahan.

insyaAllah. amin..

Comments

Cahayamylife said…
Time pilih tu tak terfikir elok ke tak elok.
Yang penting time orang cuti.
hee~
Moose said…
aku ade baca mana ntah, dalam blog b2b jugak kot. kata ade bulan tak baik nikah ade bulan baik nikah yadda yadda. aku cam wonder, yang tu dapat mana? ada hadis sohih ke?

as far as i knoe, like you said, islam ni mudah. takkanlah sampai nak menyusahkan orang yang nak kawin, bina masjid sampai camtu sekali?
harzharun said…
i pernah baca, nak pilih tarikh kawen, xde bulan baik bulan buruk...cuma, biarlah tarikh yg kita pilih tu, x menyusahkan orang..dan org boleh dtg utk meraikan kita sebagai pembina masjid baru...
I agree on this one. Tak ada istilah baik tak baik bila pilih bulan untuk membina masjid. Yang ada, cuma bulan sunnah and it's Syawal. Insya-Allah, mine will be in Syawal :)
Mrs Kecik said…
hayati: saya pun sama. pilih time cuti utk senang family nak datang..

moose: tu la pasal..aku siap check dgn jakim ni..ade ke tak pasal ni. aku pun wondering.

harzharun: a ah..tarikh x menyusahkan org kan..sbb kenduri ni melibatkan ramai org.

nawar: aaa ye ye betul..syawal tu memang ade mention. lupa pulak nk tulis pasal tu.. mine will be on friday.tp bukan syawal. huhu..boleh la tu..
Cahayamylife said…
Haha..teringat ceramah sorang ustaz ni.
Buatla bila2 pun.
Jangan buat kenduri time Ramadhan siang.
Wahaha~
Mrs Kecik said…
ekekke..save bajet sgt tu kalo bln ramadhan siang.
Cahayamylife said…
Haha.
agakla.
bukan nama kendurila kan.
LisaLisut said…
i same dgn nahwal.Syawal.hihih.tp bukan sbb bulan syawal sbb my fiance nak public holiday every year bile smbut anniversary.lol.hihi
cik senah said…
akad nikah chek pun jatuh hari jumaat gakk.. dan kebetulan jatuh pada tarikh cantekkk.. (11.11.11) hehe.. semoga yg cantek2 jua lah menghiasi idup kami berdua nnt.. (aminnn).

p.s : org utagha mcm chek nie.. haruslah pilih hari jumaat..bkn sekadar penghulu segala hari.. p, hari jumaat jatuh hari CUTI.. maka, senang arr sedara mara nak terjah hari nikah chekk.. :)

** buat semua B2B.. selamat mmebuat persiapan perkahwinan ya..! chaiyokkk..!~ :)
Mrs Kecik said…
lisa: nahwal dah tawen. nawar blom. hihi..syawal tu lg baik. 16.9 ke? saya pun terpk nak cari public holiday jugak. sbb nak cuti setiap tahun. tp xjumpa yg sesuai.

cik senah: tu pun one of the reasons saya pilih jumaat. sebab kedah cuti. ramai org kawen hari tu..11.11.11 best la dpt date cantek.

Popular posts from this blog

Lafaz Taklik bagi Negeri Kedah

bring it on - the hantaran

Birth Story : Episode 3