Posts

Showing posts from 2012

combine 2 blogs

ok..sbb malas nak manage byk2..aku combine je. blog lg satu akan ditutup. blog ni akan dimakeover blk.. wedding journey dah combine dgn cerita anak. hehehe..hrp maklum.

instager?

kekangan masa dan kemalasan melampau saya membuatkan blog saya berhabuk tahap 80 inchi.. dan profesion blogger (profesion engkaauu..hahaha) telah lebih menjurus ke arah instager..pandai2 aku cipta istilah. tapi instagram saya juga mungkin patut tukar nama ammar. sbb penuh muka dia je. haha.. sekian. dari sudut berita. ewah..

hati yang kuat

Image
2 minggu lepas ammar batuk. batuk berkahak. hanya Allah yang Maha tahu isi hati aku masa tu. hancur setiap kali dengar dia batuk. lagi sedih kalau dia mengerang dan menangis. T___T aku penah nangis sekali dengan anak masa tu. lepas tu aku selalu ingatkan diri supaya aku perlu kuatkan diri untuk dia. ammar bukan jenis nangis2..dia merengek2 kalo lapar je..kdg2 merengek2 sikit kalo ngantuk. yg lain2 masa, dia selalu sengih2..gelak xde bunyi..kdg2 gelak sampai jerit2 suara halus. huhu.. bila tgk dia sakit tak selesa...sedih sgt.. tapi.. hari ni.. aku tgk gambar2 arjuna..anak fynnjamal. aku tgk short videoclip. aku menangis. hati ibu aku tak tertahan.. hebatnya kekuatan fynn..sebagai ibu. hebatnya kekuatan juna. tiub..wayar..bersambung2 di badan juna yang baru berusia sebulan.. suara lemah juna yang tegur mummy nya. T___T ya Allah.. aku bukan siapa2 untuk mereka. tapi aku rayu..kurangkanlah penderitaan mereka. sihatkanlah juna.

ammar is 3 months

Image
ammar dah pandai... * meniarap.. prefer rolling belah kiri. belah kanan kadang2 je. kadang2 reti, kadang2 tak reti nak pusing balik. * masuk banyak2 jari dalam mulut. mulut ammar kecik..macam mama. maka, nak semua tak muat. sebelum ni jerit2 marah xleh masukkan jari dlm mulut. hikhik.. * dah pandai sembur2 air liur. * dah pandai tiru mama sebut booo..sambil sembur2. * pandai gelak ngekek2. tah apa yg kelaka tah. tapi abah belum dengar. * dah banyak ngomel dalam keta. especially blk nursery..agaknya cite pasal kwn2 kt nursery kot. * masa nyusu mesti senyum kat mama...huuu~ melting ok! * suka video aliff baa taa. dulu boleh buka masa nyusu..skang tak boleh. distracted. sebok nak tgk video tu..sambil nyusu. pastu dia tarik mamanya n. huu..sakit kot. * suka orang ramai2..tapi lambat 'panas' nak senyum2. alamak..ammar bangun. to be continued..

Ammar's first oral care

Image
sebelum ni tak pernah terlintas kt kepala aku nk kena jaga oral anak seawal ni, until i read a post in mommies united, the oral care starts from day 1. tapi aku start masa umur ammar 2 bulan. aci la kan..awal lg..hihihi. yup, semalam genap umur ammar dua bulan.  so, traditionally orang guna kain gosok2 gusi dan lidah anak. nowadays, dah ada jual. i bought this cute rabbit kat expo. dah lama survey2 kat online, and mmg target nak beli masa expo. ada 2 warna rabbit ni, pink and blue. so, for ammar, i bought the blue one.  taarraaaa!!  Oral Care Rabbit by MAM comel kan menda ni.. How to use it? so, aku cari kat youtube. ada la dia tunjuk sikit2.  1. jari telunjuk dan jari tengah masuk kat telinga rabbit mcm ni. pastu acah2 anak dulu, dgn rabbit ni. ammar masa ni sungguh gumbira.   2. masukkan telinga rabbit dalam mulut baby. sambil gosok2 kat gusi dan lidah baby. aku ingatkan dia tak suka. rupa-rupanya.. 3. nommnommnomm...dap dap..nommnomm.. siap pegang kuat l...

(too) early education?

Image
these are flashcards for Ammar. i know he's ready for it. but am i? semua ni perlukan commitment dan consistency kan. semoga dipermudahkan. where to buy those? here =) 

baby expo 2012

Image
kali ni aku berjaya attack baby expo kt midvalley tu. best! byk booth. harga not bad. berjaya mengopak saving kitorg. konon keluar duit siap2 budget. alih2 cucuk lg. hukhuk.. tapi tak nyesal. rasa berbaloi2 membeli. major reason pegi expo nak cari carseat. pastu ada lg menda2. kalo tgk list, panjang la jugak.   bungkusan yang mengandung. dalam tu ada bungkusan2 lain lg. haha. barang2 yang berjaya mengopakkan duit kitorg. ok, let's see.  diapers petpet tu rm34, size M80.  nak beli mamypoko juga, tapi malas nak beratur.  disposable mothercare tu bukan beli kat expo. tu beli kat mothercare. aku suka! first time try. dah la murah. lembut sgt. 80 pieces = RM 36 beg hitam kt tengah2 tu cooler bag Moms' Little One  (bag+icepack+botol 6 ) = RM 100 storage bottles Bumble Bee sekotak 10 bottles = RM 22 tissue wipe banyak2 tu dr Pureen. semua aku amik twinpack. harga tak ingat. malas nk cari resit. murah sikit daripada normal price.  hook tu buy 2 free 1. 1 pack ...

selamat hari jururawat

sejak saya sah mengandung, sekurang-kurangnya sekali setiap bulan saya wajib jumpa nurses. sepanjang saya mengandung, tak pernah saya jumpa yang tak bagus. baik di kulai mahupun di kuala lumpur. baik di klinik kesihatan mahupun di hospital.  cara diorang layan dan ambil berat, macam saya ni sedara mara diorang. hebat kan. setiap hari beratus2 diorang layan macam tu. saya selalu terharu dengan baiknya layanan diorang. please jangan lah kata 'it's their responsibility' atau 'it's their job'. hellooo..ko ingat senang diaorang nak layan pelbagai karenah manusia hari2? ingat senang nak bersabar dan terus kawal emosi? ingat diorang tak penat ke? ingat diorang nak sangat main darah, najis orang? diorang terdedah dengan bahaya segala penyakit berjangkit tahu?? kalau diorang malas nak layan pun boleh. habis2 ko boleh complain. gaji n elaun diorang jalan jugak.  hebat kan nurse-nurse ni?? kepada jururawat seluruh dunia (terutamanya nurse yang pernah merawat aku dan anak -...

first day at the nursery

hari ni, 11 mei 2012, first time tinggalkan ammar kat nursery. plannya semalam nak try hantar. tapi masing2 tak sampai hati. maka, tertangguh ke hari ni. hari ni plan nak pegi baby expo. takmau bawak ammar. sian dia, ramai2 orang.  malam sebelumnya dah packing bag ammar. dah label botol susu. berdebar. barang2 yang dipackingkan adalah seperti berikut. ecewah.. 1. baju - 3 pasang  2. diapers 3. kain napkin 4. minyak telon  5. jerslin oil 6. booties + mitten 7. feeding bottle 8. ebm - 4botol 3oz dah siap2kan ammar. dekat2 tengahari kitorg hantar. kakak2 nursery tu welcoming ammar baik je.  bagi la pesanan2 sikit. pastu naik keta cepat2 jalan. tak sempat keluar gate, aku dah menangis2. huuuuuuuuuu~~ T___T sedih oi tinggal anak. sian dia kena tumpang kasih sayang orang. husband aku pujuk2 sambil sedih2 sekali. haru.. call mak aku, dia plak nangis sekali. lagi haru.. ok tu je nak cite. nanti la cite pasal baby expo plak. huhu...lagi menitiskan air mata bab tu. huhuhu..

ibu susuan

Image
bismillahirahmanirrahim. dah banyak kali aku tertangguh untuk tulis entry ni. perasaan yang sangat berbeza setiap kali nak mula.  semua perasaan bercampur baur kalau ingatkan balik kisah ni. di sini aku kongsikan dengan semua. masa bulan ke enam atau ke tujuh, aku tak sure, susu badan aku dah mula keluar. tak lah sampai meleleh. tapi setiap hari mesti ada stain kat baju, menandakan susu keluar dan melekat. alhamdulillah~ insyaAllah ada rezeki anak untuk menyusu nanti. ini membuatkan aku yakin aku ada susu untuk breastfeed nanti. melalui pembacaan dan cerita kawan-kawan, kalau awal2 lepas bersalin, susu keluar sikit tu biasa, sebab baby pun memang perlukan sikit saja. perut dia sebesar kacang ja.  being a positive me, aku yakin aku boleh breastfeed baby aku.  disebabkan kena c-zer aku kena halfbody bius. kesan ubat tu 2hari jugak la baru hilang. means aku stuck atas katil mcm paralyze la jugak. bayangkan setiap hari nurse datang tukarkan pad. huhu.. then m...

breastpad

a quick post. pengalaman aku masa berpantang, bila susu dah start keluar, dia keluar tak tentu masa. tiba2 ja rasa berat, meleleh2. masa mula2 memang pakai disposable breastpad. senang, terus buang. masa pakai disposable memang tak leaking, sebab ada lapisan gel dalam tu. awal2 kan..baru nak adapt dgn baby and all, so time tu semua nak yang cepat ja. aku pakai disposable pigeon. memang tak penah leaking.  bila breastpad tu dah habis baru start pakai washable breastpad. kalau hari-hari nak pakai disposable, bankrupt la kan. hehe.. aku beli washable breastpad Fabulous Mom. aku beli sebelum bersalin lagi. honestly, aku mcm tak berapa puas hati. selalu leaking. basah baju. (susu tak la banyak sgt pun bila pump, leaking macam ada bergelen2 je..drama jugak cik b aku ni. mcm tuannya..haha) aku beli 6pieces ja. sebabkan menda alah tu kecik, selalu lepas basuh tak jumpa. so aku beli lagi. brand Auntumz. serius way much better. dah la luas permukaan lagi besar, sedapnya tercover cantik....

birth story

Image
aku cuba menaip dgn kelajuan cahaya. esok pagi aku dah nak balik berpantang kat kedah. line internet belum tentu ok. so here's the story...jeng jeng.. up to the edd, 11 march, still nothing. almost every day aku keluar pegi jalan2..beli barang lah, umah sedara lah.. konon nak memudahkan bersalin. so doc dah bg extend date sampai 18hb. aku masih cam biasa. dimanjakan suami mcm princess. mama abah aku pun dah sebulan tunggu cucu tak keluar2. abah aku dah tahap boring gila. maklum la umah tinggi..dia biasa dok lepak luar..amik angin. on 17th March, aku masuk bilik nak solat maghrib, dan kemas2 barang nak pegi spital esok. redha ja la..nak kena induce kan. mcm2 ceta aku dgr. ada kata induce sakit gila drp biasa..ada kata ok ja.. so whatever lah. aku redha. sakut camna pun, still kena bersalin kan.. tiba2, aku rasa mcm nak keluar period tu.. eh mcm lama tak rasa camtu. hehe.. pastu aku bgn je..air keluar. tapi x lah mencurah2 mcm banjir tu..tapi byk la jugak. ok, waterbag broke. aku ril...

Pantang Menyerah Sebelum Berjuang!!

ewah tajuk..nak gempak. hahaha.. yes, tak sempat nak serah diri.. waterbag broke the night before. i'm officially a mommy now. alhamdulillah~ till the next entry for the birth story. cewah.. p/s: bonda nawal & yaya, ni kira update la kan? ekekeke..diam lah korang. bila nk dtg oi.

serah diri

esok kena serah diri kat hospital. ok..neves. excited ada jugak. huhu..semoga dipermudahkan segalanya

40+

dear lil angel inside, mama really miss you. yes, we haven't actually met yet. soon. but i always have this 'miss' feeling towards you. i can't hardly wait to kiss you to hug you to look into your eyes i know abah feels the same way too. everyone is excitedly waiting for you. especially mama and abah. tok and wan are already since last more than 2weeks for you. sometime mama rasa macam retis (hehe) received lots of, lots of phone calls, comments, sms asking about you.. (eh? that would make you lah the retis kan?) i love you dear i dun mind keeping you inside if that would be the best place for you Allah knows best. please be safe, be good, be healthy muaaaahhh~ lots of kissssssess mama (selalu jeles abah boleh kiss baby kat perut)

40 weeks!

the lil angel is still inside mummy! :)

shop and save

every parents want the very best for their kids. can't deny that. aku masuk mothercare tergedik2 nak itu ini. tengok harga, letak balik. gaji aku bukan rm20k sebulan. takkan nak beli barang anak pun nk swipe kan. kena ingat baby cepat membesar. itu yang mommies keliling aku selalu ingatkan. ada yang cerita baju anak sampai sempat ulang. sebab banyak baju. pastu baby cepat besar tak sempat nak ulang pakai.  ada barang yang berbaloi beli yang ada good reviews with high price. yang boleh pakai bertahun2 dan boleh pakai untuk anak2 seterusnya. ataupun barang yang berbaloi untuk masa depan dan keselamatan anak. takkan nak saving punya pasal sanggup risiko kan safety anak kan. contohnya beli botol yang tak BPA free. memang tak nampak kesan sekarang, tapi orang tak buat research for nothing kan.  being me, memang aku susah nak membeli. aku selalu survey dulu. kalau dulu nak beli sepasang kasut pun, aku kena tengok semua kasut dulu kat semua kedai. walaupun sebenarnya dah jumpa yang b...

the final term

Image
minggu ni dah masuk 35 weeks. doctor kata by 36 dah full term utk deliver. ok suspen. honestly, until now, aku tak penah rasa apa yang orang kata perut mengeras tu. tatau la aku xpenah rasa atau aku yg tak reti rasa. tapi orang kata kalau rasa mengeras tu, you will know it. yang aku selalu rasa baby suka tonggek2. hihi.. tinggi sebelah perut. lagi usap lagi menonggek.  during this 3rd trimester, perut mmg dah obvious. kalo org tgk diorg cakap kecik for 7-8 bulan. tapi kalau family tgk, diorg cakap besar. hari tu kena pegi check up kt hospital selayang. dapat jumpa specialist. omputeh lagi. rasa welcoming sgt. everything was very fine. berat baby masa tu around 2kg. can reach up to 3.2kg kata doc tu. kalo cukup 40wks. not more. so, just nice.  all the bags are packed. mama abah are ready for you baby. hihu..mcm2 dalam kepala aku ni. excited, x sabar nk jumpa baby, takut, risau.. i dun know what to expect. doa dan tawakal je skang ni. tak ada orang yg tau apa2 skang ni, selain A...

masak lomak cili api

ok, jujur aku mengaku, i'm not a good cook. for some people, walopon jarang2 masak, tapi air tangan n bakat apa tah, kalau dia masak, menjadi ja. sedap sehingga menjilat jari. but, unfortunately, not me. even aku try ikut exactly macam mana mak, mak mertua, mak angkat ajar n buat, it didn't usually turn out that nice. however, my dear hubby akan makan mcm sedap sgt. dia pandai amik hati aku. kesian juga aku tgk dia makan dgn bersungguh2 walopon x sedap mana. i'm trying my best to cook for him, almost everyday. (selalu jugak la skip..hehe..). but today, i can see his sincerity of loving the lauk. i cook his fav gulai daging. *kitaorg selalu kompius bila sebut gulai. gulai kalo utara, kari. kalo nogori, masak lemak. tapi kali ni maksudnya masak lomak cili api daging. aku masak. tp aku tak tahan nk makan. pedas gilo. tapi dia hirup kot. best sangat masa tu. *terharu & bersyukur* thank you darling. ok. aku syok sendiri. sapa suh korang baca..hahaha.. k ba...

my reading

Image
masa pregnant i tried to read alot. kononnya nak ajar anak rajin membaca. tapi mcm kurang berjaya. i love reading. cuma x berapa ada masa. beli novel 4-5 buku, yg berjaya habis baca 1 ke 2 je. tapi, these three books aku dah berjaya khatam. bukan novel la tapi. this is my panduan.  1. yang hijau tu buku panduan menyusu ibu berkejaya.  hadiah daripada qistin. saya berniat nak full bf anak nanti. semoga Allah murahkan rezeki. 2. diari hamil tu my fav. ada perkembangan baby n ibu sepanjang pregnancy ikut minggu. ada doa2, panduan2. best! gamba2 dia pun comel je. 3. yasin ibu hamil - also hadiah drp qistin. sangat suka! semua surah2 amalan untuk ibu mengandung dalam tu. selain tu ada collection doa2. mmg suka sgt. :)

mickey mousshh in the house

Image
dari kecik aku memang suka barang mickey mouse. tapi tak la sampai obses. sbb x mampu pun nk beli dulu2. kalo dapat beli satu dua barang pun dah best. mama x selalu belikan, sbb membazir. kalau boleh dpt cheaper price menda yg sama kan. hehe.. tapi skali skala dapat la jugak. bila pregnant ni, datang balik interest to mickey mouse stuffs ni. cumey2. hikhik..maka, barangan baby la jadi sasarannya. tapi tak banyak pun. bagi hilang kempunan ja kata orang..acewah.. ni antara the latest stuffs yang baru dibeli or dapat. 1. bolster & pillow mickey mouse from anakku disney. 2. rainbow playgim - gift from my lovely sister in law yg excited nk dapat anak sedara. 3. tshirt & seluar mickey mouse - sehelai rm5 - grab from anakku warehouse sales. 4. lion kecik kaler oren tu, mak baby gatai nk beli toy utk baby. haha.. 5. bottle brush MAM 6. feeding bottles MAM 7. storage bottles - baru ambik daripada yana..yeay. ok, saya adalah berdebar pikir pasal deliver. huhu.. semoga dipermudahkan dan s...

simple yet nice

Image
cantik tak? hihi~ ni masa baru sampai. it's about a few weeks ago.

32weeks and counting

alhamdulillah, now i'm entering 32weeks of pregnancy. kalau masa the 1st trimester, orang cakap enjoy your pregnancy moment, seriously i didn't understand. enjoy apa kebendanya..lemau gila kot masa tu. ngadap toilet bowl je selalu. tapi skang, honestly i really enjoying my pregnancy. seronok sangat bila baby moving2 dalam perut, respon bila kita cakap2 n usik2.  my little angel dah kenal mana suara mama n abah dia. dia akan bg quick respon kalo mama abah dia cakap2. kalau orang lain, dia take time sikit. malu2 gitu..hehehe. one day ni, aku risau sgt, baby x berapa move..dah usik2, dah cakap2, pujuk2..senyap je. tatau nape. then i call my hubby yang keja masa tu. i ask him to talk to baby, i put the phone on my tummy, i can hear he called baby n pujuk2, baby kicking hard that time. twice! masa tu rasa mcm nak nangis ja. hebatnya ciptaan Allah. anak kecil dalam perut boleh kenal mama abah dia. i can't decribe the feeling masa tu. hanya Allah yang tau.  my baby bump rasa mcm d...

Mommy Checklist

yang ni pula checklist for mommy. and also daddy. preparation untuk ke hospital. aku ni nawaitu nak packing bag dh beberapa kali..tapi x buat2 lg. huhu.. Maternity pad x 1 pack Wing pad  x 1 pack Nursing bra  x 5 Maternity panties x 5 Breast pad (disposable) Nipple cream x 1 Bekung x 1 Nipple Shields Sarung kaki tebal x 3 Tungku ibu Selipar toilet Kain batik Confinement lady  Shaklee (sup. for bf) – opt. Set bersalin – opt. Barang yang perlu dibawa ke hospital Pra-kelahiran Buku Merah, IC, Guarantee Letter Handphone, charger Kain batik, T shirt Selipar Stokin tebal Buat santai : Buku, majalah Makanan ringan (roti, kismis, kurma, biskut, buah) Air zam zam Air akar Fatimah Yassin Ibu Hamil Pasca Kelahiran Perlengkapan mandi (Tuala, berus gigi, pencuci muka) Baju yang akan digunakan untuk pulang (pilih yang longgar dan butang di depan agar mudah menyusukan bayi Tudung dan Pin Tudung Pakaian dalam (seluar & bra) Bedak, sikat Sweater Pad For Baby Selimut Pakaian (baju, sel...

my version of baby checklist

aku dpt a few checklist. ada daripada kawan-kawan, ada aku copypaste daripada internet, ada yang minta kat mommies dalam group Mommies United. but then, aku tgk semua tak ada kuantiti nak beli. memang lah ikut suka kan. tapi untuk new-mommy macam aku ni, kadang2 nak decide beli berapa pun tatau. and ada jugak some of the items aku tatau nk guna untuk apa. huhuhu.. so, daripada checklist yang banyak aku dpt tu. aku buat balik checklist aku sendiri. aku kategorikan ikut suka aku sendiri. hehe. so, dear mommies, i allow u to copy the list. kalo nak dalam bentuk table, sila emailkan kat saya ok, sikecilberkata(at)gmail.com.  My Version of Baby Checklist Baby’s Feeding/Nursing Need 1. Breast pump set -   yg ni utk bawak g kerja or kt umah 2. Babysitter/Nursery set -   yg ni utk bawak ke nursery or babysitter -             Icepack -             Bottles bag  -   ...