walking along the aisle
selepas baca post xora yang ni . saya terfikir, macam mana yang mahu ketika melangkah masuk ke dalam masjid masa nikah nanti.. saya mahu semua tetamu telah duduk dan bertenang, baru lah saya nak melangkah masuk. konon2 nak semua mata pada saya la.. dan... saya mahu mama yang mengiringi saya pada masa itu. saya mahu pegang tangan mama, seperti selalu masa nak melintas jalan..(saya penakut lintas jalan). saya mahu langkah-langkah terakhir saya sebelum diserahkan wali kepada seorang suami, bersama mama. seperti mama (mewakili abah) yang menyerahkan saya. dan saya tahu debaran masa tu, saya hanya mahu mama di sebelah saya. bridemaids n maid of honor pun follow jugak la.. ke ibu pengantin kena duduk je?