DIY hantaran versi berani mati

dengan tak berapa yakinnya aku offer diri nak DIY hantaran encik chenta untuk aku. sebab utama adalah untuk save budget jadi dia boleh lah belanja aku pegi honeymoon tempat best2.hehe.. dan untuk tidak menjadikan aku bridezilla satu hari sebelum majlis, maka aku decide nak guna artificial flowers. konon2nya boleh buat siap2. nanti letak je barang2.

lepas tengok blog ciksue, dia DIY hantaran sendiri, aku berkenan bunga dia. nampak sweet dan almost real. jadi, aku pun menjalankan mission cari bunga dan barang2 untuk DIY hantaran. barang2 adalah seperti gambar di bawah.



bunga dan barang2 ni aku beli kt kedai yen riben. tingkat bawah semua house. bunga tu jenis mcm span nipis gila. tapi tatau nak cakap material apa. yang pasti bukan plastik. ada 2 size. ada yang kecik sikit. ada macam2 warna. pink, biru, ijau, hitam, purple, merah etc etc etc. harga bunga tu, RM7.50 satu ikat. ada 10 kuntum dalam satu ikat tu. yg size kecik sikit tu harganya rm6.50 satu ikat. aku rasa murah. tapi honestly aku tatau sangat harga bunga2 artificial ni. dah berkenan dan tak ada masa nak cari tempat lain dah, aku grab saja la.

dan sekarang..
aku kerja tenung barang2 tu. kadang2 keluarkan dari plastik, tenung. pastu masukkan balik. tenung lagi. aku dah tengok a few contoh dan gambar2, tapi aku tatau nak start dari mana dan how. tenung lagi. kot2 boleh siap sendiri kalau tenung lama2. hahaha..

baik aku tido. lagi bagus.



Comments

Elya Roza said…
hahha..kot2 boleh siap klo tenung lama2 kann...haha
Unknown said…
hahaha aku pn sme cm ko mule2 tue.bke,tenung then ttp blk.tp last2 kne gak wt sh tgl lbh krg sebln ni.klu wt side aku je xpe.ni blagak nk wt 2-2 side skali.hamik ko!!huhu..sudahnye bersepah kt ruang tamu umh sewa aku ni dgn mag pengantin.abs sume aku bongkar duk tgk idea deco hantaran.huhu
Aya said…
cantik bunge tue. macam bunge betul je.

nway, don't worry.. u can do it! lame2 tenung tue mane tau dapat ilham ke :D
Xora said…
Comel gila ayat "tenung lagi. kot2 boleh siap sendiri kalau tenung lama2" hihih. hantaran takleh siapkan diri sendiri. kalau ia boleh siapkan diri sendiri, harus kita semua ngeri dan bertempiaran lari :P
cikFM said…
cute bunge tu.. suke2.. :) hehe tenung je la mane tau lame2 nnt boleh siap sndri.. kekkeke.. :P
LisaLisut said…
u kan duit si kecil! cntik la rose putih tu.mcm bunga idup.hehe
Qistin Fadzin said…
cantik dan murah la tu wey... stat ja cucuk2... gila ah, mama hg mesti bangga!!!
lovelyadibah said…
haha..lawak la awak nie si kecil:)apsal xleh nk wt??kena ada kawan2 kot br leh jalan sesi menggubah x??
limah anwar said…
salam..jgn mara nak tny..best ka bt hantaran tu utk diri sndiri.sedangkan hantaran ni mcm hadiah dari pngntin lelaki utk perempuan.as for me,bia la pihak lelaki uruskn and on ur wedding day, u dpt. lebih bermakna and rasa seronok.memang lah klau bt sndiri boleh jimat,tapi lebih seronok kita dapat hadiah tapi kita sendiri tak tau lagi hadiah tu mcm mana.it just like suprise.ni cuma pendapat peribadi saya.jgn mara jgn ambil hati.terpulang pd diri masing2.
limah anwar said…
if u nak bt, xsusah .sekarang ni style hntaran lebih simple and modern. boleh tgk majalah2 jugak.selamat buat:)
rose said…
haha..tergelak saya baca..tp betul..nk start tu mesti duk termenung dulu..tp bila dah start confrm x berhenti wat.. =)

gud luck dear!
~ NANA ~ said…
suka la bunga tu...x nmpk mcm bunga plastik...hehe

btw gud luck k!
Narz Naz said…
u katne dear? meh i tlg u kite buat sesama nk? i pun buat sndiri gak =)
Mrs Kecik said…
elya: kan kan..aku masih dlm proses tenung lagi ni..haha..

yumie: aku rasa aku pun mcm sama je ni. last2 minit baru nak terhegeh2. org kata bijak kalau setel last min ni. haha..

aya: itu lah pasal. konon2 cari ilham. tapi blank je ni. camno..
Mrs Kecik said…
xora: uiiii..takut wooo kalo betul2 siap sndiri. hahaha..tp xde idea nk mula dr mana.

cikfm: haha..yo lah tu. bukannye ade magic. bila nk buat tah ni..

lisa: ingatkan duit ape..bila jd bertukar jd duit plak ni. hahaha..cantik kan. sebab tu terus beli.
Mrs Kecik said…
qistin: haha..mak aku tolong tenung sama2 ngn aku. nak cucuk mcm mana..huhu.xreti. mai la tolong cucuk.

adibah: takde idea la awak. takleh nk imagine nk start mcm mana. hahaha..

limah: :) betul. dulu saya pun berfikiran macam tu. alhamdulillah kalo boleh dpt mcm tu. tp ada keadaan2 yg terpaksa saya tolerate, give n take. lagipun, kan hantaran saja. ada ni pun memenuhi kehendak2 keluarga dan adat. best ke tak best semua tu letak tepi. hadiah surprise dr tunang xperlu tunggu hantaran kot.
Mrs Kecik said…
rose: hehehe..itu lah. nk dpt spark nk buat tu yg susah. thanks.

nana: thanks. bunga tu memang bukan jenis plastik. mcm kain ke span..camtu la. lembut.

anak sateria: i kt kedah skang. haha..meh la.
limah anwar said…
oo. g tu. insyaallah u dpt bt.tgk yg wrna putih u bt tu nice ja:) ada bkt lah tu. cuba bt satu dulu then insyaallah idea tu dtg lgi.selamat decorate k!
cik senah said…
Hurmmm.. comeynya bunga artificial tuee.. mcm real aja kann..?

Hermm..chek nieee..kalau tak kerana tgn seghupa "kayu" (tak dak seni).. dah lama dah chek kelebek buat hantaran sendiri time bertunang (Dis. 2009)..

Sib baik arr ada adik yg memiliki jari jemari kreatif.. chek serah teruih arr bg dia kelebek.. hahaha..

p.s: Tgh dok susun ayat2 manis bak gula kapas kat adik nieee.. mintak2 dia mau kelebek lagik utk hantaran kawen pulakk.. hahaha...ada dia nak mau..? (harap2 mau arr kott..).. hahaha..
Cik iLLa said…
wahhhhh... part last tu paling suke! tido!! hahahaah...
Elya Roza said…
aku tak kire...sambil ko tenungg..sila jawab tag akuu!!haha
Moose said…
ko start je cucuk2, nanti datanglah idea tu. dalam banyak2 benda untuk kahwin ni. gubah hantaran aku paling enjoy. maklumlah aku kan gigih, 1 hari kot aku gubah 7 dulang aritu. haha.
Rilla said…
MAna tau bila tidur ada elves yang tolong siapkan kan? hahahah Macam cerita tukang kasut n orang bunian tu.

Bunga tu cantik lah..teringat bunga masa Marion Caunter nikah.

Popular posts from this blog

Lafaz Taklik bagi Negeri Kedah

bring it on - the hantaran

Birth Story : Episode 3