koleksi doa

i was google-ing and asking around mencari doa-doa yang biasa diletakkan dalam kad. konsep saya ialah, kalau 500 kad diedarkan. kalau 20 orang yang baca doa tu pun dah bagus. ataupun mungkin seorang yang baca doa tu dapat hidayah untuk bernikah. kuasa Allah kan. siapa yang tahu.

saya jumpa satu satu fail dalam ms.word koleksi doa-doa dan bingkisan untuk pengantin ni. kalau sesapa nak boleh emailkan kat saya ok. email as stated kat sebelah.

here's some of my fav.

"Ya Allah, Satukanlah hati kedua mempelai ini seperti Engkau satukan hati Adam dan Hawa, Yusuf dan Zulaikha dan seperti Engkau satukan hati Muhammad SAW dan Siti Khadijah. Semoga Allah memberkati dan menghimpunkan kamu berdua kebaikan dan keberkatan di dunia dan akhirat “

“ Ya Allah, sesungguhnya hati kami ini bersatu dengan kasih sayangMu, bertemu di atas ketaatan kepadaMu, bersatu di jalan dakwahMu dan berjanji menegakkan AgamaMu... Maha Suci Engkau, perteguhkanlah tali ikatan antara kami ini, limpahkanlah kasih sayang di dalam hati kami ini. Engkau tunjukkanlah kami jalan hidayahMu, sesungguhnya padaMu kami berserah dan tempat kami memohon pertolongan “ ~ Amin Ya Rabbal Alamin ~

Sesungguhnya apabila suami menatap isterinya dan isterinya membalas pandangan (dengan cinta dan kasih) Maka Allah menatap mereka dengan pandangan kasih sayang dan jika suami membelai tangan isterinya, maka dosa mereka jatuh berguguran di sela-sela jari tangan mereka. Diriwayatkan oleh Maisaran bin Ali dari Abu Said Al-Khudri


Comments

Aimi Hakim said…
like dis =))
kalo ade button like..da tekan bnyak kali =))
Anonymous said…
doa pertama yg ada yusuf dan zulaikha tu banyak khilaf.. actually lebih kepada tak benar. so saya suggest tak perlu letak.. nak hurai, sangat la panjang lebar.. tp senang cerita, kalau rujuk di dalam Al-Quran (surah yusuf), mmg tidak pernah Allah mention kan nama Zulaikha pun (cuma digunakan perkataan "isteri pembesar" sahaja).. dan tak ada pun kisah ttg perkahwinan mereka, baik dr Al-Quran mahupun hadis yang sahih..

so, saya suggest letak doa yg mmg disunnahkan oleh rasulullah utk dibaca kpd pengantin..

Do’a untuk Pengantin Baru
“Barakallahu laka wa baraka ‘alaik, wa jama’a bainakuma fi khair”
Mudah-mudahan Allah memberkahimu, baik ketika senang mahupun susah dan selalu mengumpulkan kamu berdua pada kebaikan”
(HR. Abu Daud, Tirmidzi dan Ibn Majjah)

macam lagu maher zain tu.. haa ni mmg doa yg rasulullah ajar, dan ada hadis sahih yg meriwayatkan ttg doa ni.. =)
Mrs Kecik said…
miey ana: thank you!

anon: thanks alot for the info. sebenarnye tertanya juga..nabi yusuf kawin ngn zulaikha ke? bukan zulaikha isteri raja ke ape ke..hihi..nway thank you so much k.

Popular posts from this blog

Lafaz Taklik bagi Negeri Kedah

bring it on - the hantaran

Birth Story : Episode 3