Saya Sedih :(

Sudah 2 hari saya tak pakai cincin tunang dengan sengaja. Cincin saya besar, maklum lah jari saya kan size kanak-kanak. Design cincin macam tu tak boleh dikecilkan, takut batu2nya jatuh. Jadi saya pakai jari tengah. Walaupun masih longgar, tapi ok lah. Kalau pakai jari manis, takut2 terjatuh tak sedar. Rupanya Nabi melarang pakai cincin jari tengah dan telunjuk. huhu..

Saya tak sanggup hilang cincin saya. Saya tak mahu berdosa. Jadi saya simpan cincin tunang saya. Harap-harap jari saya akan menggemuk satu hari nanti dan saya boleh pakai balik cincin tu. ataupun encik chenta buah hati intan payung paling ensem nak belikan yang baru? (*wink*) hihi..


Tapi serius, sedih laa... T_____T



source: google

Nasihat Nabi Muhammad SAW kepada Saidina Ali (kw) sesudah Saidina Ali berkahwin dgn Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan Baginda. Nabi Muhammad berpesan kpd Saidina Ali iaitu ;

kalau memakai cincin pakailah di jari
i) jari manis
ii) jari kalingking (anak jari)

dan jgn memakai cincin pada jari
i) tengah
ii) jari telunjuk


Nabi Muhammad SAW melarang kerana memakai cincin pd jari telunjuk dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang dilaknat Allah iaitu kaum yang derhaka di zaman Nabi Lut as.

perhatian * cara memakai cincin adalah termasuk lelaki ataupun perempuan.

source : here

Hukum memakai cincin pada jari tengah dan jari telunjuk adalah dilarang oleh Nabi saw dan larangan tersebut bermaksud haram pada setengah ulamak dan setengah ulamak pula berkata dengan makruh.

Ali bin Abi Talib ra berkata :

"Rasullullah saw melarang memakai cincin pada jari telunjuk dan jari tengah."

Hadith Riwayat Muslim.

source: ustaz azhar

Comments

Unknown said…
same ere..cannot kecilkan jugak T_T..so, what I do, I tahan ngan cincin belah rotan merisik yang boleh dikecilkan=p if cannot, i was thinking nk wat locket je.sampai la satu hari nanti it fits well ^_^
farahfatihah said…
kat blah bawah cincin tu, g lilit ngan benang sampai leh muat kat jari manis....
"cikkin" said…
kesian si kecil..makn banyk sket ye cik..x mo sedey2..setuju dgn Queen4Aday..buat loket..sentiasa terbawa kemana..sampai da boley muat nnti..=)
Unknown said…
kecik..aku pn hadapi mslh yg sme:(..even tau pn aku pkai gak sbb syg..uhukkk..aku pn hrp someday jari aku akn membesar dgn sehat..huhu
Mrs Kecik said…
Queen4aday: i only have that cincin :( now i'm wearing none. nk buat locket..tapi my rantai is yellow gold cincin white gold. orang kata tak elok..nanti salah satu terkakis.

ff: nanti aku coba. tp aku rasa tahap kena lilit getah ni.huhu..

cikkin: i eat alot. in this 2 years dah gain some weight tapi taklah besar kt jari pulak kan.

yumie: huhu..x sanggup mendahului tunang drp Nabi. ekekeke..insaf tak insaf tak?
Bushra Tajuddin said…
ohh.. baru tau xleh pakai cincin kat jari tgh.. thanks for the info.

alaa ciannye die.. pasni mkn byk2 sket ehh.. kasi muat cincin tu.. ;)
Aimi Hakim said…
hye dear..jngan sedey2 k..hari tu time p ukur cincin,me pon ade mslah camtu..pastu cik pelayan tu suggest kalo mmg longgar,die soh letakkan cincin belah rotan kat depan,make sure cincin tu ketat la..so,die sekat cincin tunang si kecil bagi x jatuh..cari yang halus je..murah..hehe..hope membantu =)
juneHalim said…
kecik comel...setahu jun, utk jari tengah dan tunjuk adalah utk lelaki sahaja...tidak termasuk perempuan, sbb itu adalah perhiasan perempuan. same goes to memakai gelang dan rantai bg lelaki, lelaki tak boleh krn gelang dan rantai adalah perhiasan perempuan.

boleh refer kt cini:

http://blog.re.or.id/di-balik-kemilau-hiasanmu.htm

jun pun pki cincin kawen jari tengah jugak, sebab besar 1 saiz. ;D

tamo sedih lgik keh..boleh pakai..
Mrs Kecik said…
nyomel: nanti saya update pasal tu..baru send email kt a few ustaz.

miey ana: tapi saya x ade cincin lain dah. :(

june: thanks..jenuh jugak nk baca n faham. i dah send email kt ustaz2 nk confirmkan.
Unknown said…
mia pun x dpt pakai kat jari manis..mengecik...cincin tu besar,,huhu
Shakina Farhan said…
kina pun dah longgar batu ke tepi je..kdg2 batu ke bawah..
xpe si kecil..simpan dl..mana tau pas kawen nt membesar sbb bhgia..hehe..
yup..kl pki cincin kat tengah ikut cara yahudi..
Ajwedding said…
jari u kecil,liza pula kembang..
he3
thank for the info ya
lilRed Farah said…
Assalamualaikum,
1st time komen sini, tp selalu baca

gantung dengan rantai, pakai mcm loket. lebih dekat di hati kan ;)
LisaLisut said…
i like lil red farah pye idea.sbb...errr sebab errr i pn tgh pakai cincin jari tengah.gagagaga...
longgar sikit tp takdela smpai nk jatuh.huhuhu.

hmmm maybe i akan pakai rantai cincin..cm tak best la pulak takde cincin kt jari..rasa kosong je.

nota kaki:
(kalau gaduh tak pakai cincin haha)
didieadila said…
sama...sumtimes pkai batu dok kat bawah (sedih gle cmni) huhu..
Reen Tart Nenas said…
kalau balutkan dengan benang pun ok. pastikan benang yg membalut cincin tu, di letak di bahagian bawah. so org xkan perasan pun...

x pun, buat loket :)
Eq4.m4rd said…
elo2..i pny cincin pny longgar..u just beli extension kt kedai emas tuk letak belakang cincin u..di mcm sejenis besi kecil yg blh diadjust..benda tu dlm rm8 kot..so xpyh potong cincin..sayang...hope will help u dear..jgn sedeyh2..:D
nizabeba said…
semoga cepat gemuk k..jgn sedey2 tau..tp btol gak kate yg laen, bole gantung kat rantai.. =)
wafa azman said…
hii,
agree with Eq4.m4rd,
kat kedai emas ade jual extension, mcm penyendal. letak je penyendal tu kat cincin, semua problem settle. ;D
Mrs Kecik said…
dear all: awak semua sgt baaaiikkk!!!! ni yg sayang blogger/reader ni. selalu pandai memujuk. thanks alot!

eqa.mart: ye ke?? mana2 kedai emas ade ke mende ni?? yahuuuu..rasa nk p carik sekarang jugak..hahah..tq bebeh!
Eq4.m4rd said…
i beli aritu kt Dayana Jewels..satu rm8..kt plaza masalam, shah alam..try la cari...:)
intan said…
dear, aritu masa beli cincin tunang pon design i suka tu cincinnya besar sangat, ada saiz 13 je, jari i saiz 10. then i order jugak suruh dia custom-made baru di kilang. alhamdulillah sebulan lps tu dapat design yang sama tp saiz kecik..

but ur situation ni susah sikitla..sebab dh beli kan.. huhu. i just boleh share the feeling..huhu
Unknown said…
Hye Eq4.m4rd.. blh x awk whatsapp kat sy pic extension cincin 2? Nk p cari la.. cincin blah rotan sy pon longgar... please2... whatsapp kat no 017 3444513
Gemok10 said…
Benda alah penyendal tu namanya ring clip..murah je...sy pon ngah mncari sbb cincin tunang longgar...huhuhu....msuk jari tgh pon berpusing lg...

Popular posts from this blog

Lafaz Taklik bagi Negeri Kedah

bring it on - the hantaran

Birth Story : Episode 3