boleh bersanggul tinggi

dear readers (bajet femes.hiks)

here i would like to share with the links tentang hukum wanita bertudung bersanggul tinggi.
kalau ada yang pernah baca sebelum ni kat blog2 lain, ada yang cakap hukumnya haram.

“ akan muncul dalam kalangan umatku di akhir zaman, kaum lelaki yang menunggang sambil duduk di atas pelana, lalu mereka turun di depan pintu-pintu masjid. Wanita-wanita mereka( isteri mereka atau anak perempuan), berpakaian tetapi seperti bertelanjang ( nipis&ketat). Di atas kepala mereka pula(wanita) terdapat bonggolan (sanggul atau tocang) seperti bonggol unta yang lemah gemalai. Oleh itu laknatlah mereka semua. Sesungguhnya mereka adalah wanita-wanita yang terlaknat”- hadith riwayat Ahmad , jil.2, ms. 223.

Rasulullah s.a.w bersabda:

“dua golongan penghuni neraka yang mana aku sendiri belum pernah melihat keadaan mereka didunia: golongan yang membawa cemeti seperti seekor lembu lalu menggunakannya untuk memukul manusia dan juga kaum wanita yang berpakaian seperti bertelanjang, menggoyangkan badan dan berlenggang-lenggok, kepala mereka ada suatu seperti bonggol di kepala unta yang bergoyang-goyang. Mereka tentu tidak akan memasuki syurga atau mencium baunya sedangkan bau syurga itu dapat dihidu dari jarak perjalanan begitu dan begini”

–hadith riwayat Muslim. Hadith no 212-


jawapan :

videoclip ceramah ustaz zaharuddin.net (sila klik)

ustazah dr. mashitah kata (click to link):
Tidak ada salahnya bagi wanita hendak bersanggul tinggi atau rendah. Bagaimanapun, harus hukumnya bagi wanita berambut panjang untuk bersanggul. Saya tidak melihat bersanggul tinggi menampakkan seorang wanita berlebihan dalam penampilannya.

Yang penting ialah auratnya ditutup kerana Allah mewajibkan wanita menutup aurat untuk menjaga kecantikan mereka.

Dalam menutup aurat, syarat yang mesti dipenuhi ialah pakaian tidak terlalu ketat kerana boleh menimbulkan fitnah dan persepsi negatif.

ustaz nor amin kata (click to link):
Sanggul tinggi adalah harus apabila tidak menarik perhatian orang lain dan tidak mempunyai niat-niat yang tidak baik sepertimana dinyatakan di atas. Awas!!! Jika sanggul tersebut dapat menarik perhatian orang bukan mahram dan boleh membangkitkan syahwat orang lelaki lain, maka ia menjadi haram dan perlu menukar teknik sanggulnya dari tinggi menjadi rendah. Harus bersanggul tinggi dihadapan suaminya atau berpakaian cantik dihadapan suaminya, kerana ini adalah suruhan agama berhias untuk keselesaan suaminya.

renung-renungkan dan selamat beramal.
hehe..

credits to hawa koleksi vispera for sharing the links with me.

Comments

Mysarah Rahman said…
for me, kalau benda was2 macam ni better elakkan la kot. tapi kalau yakin takde masalah =)
Cik Belle said…
yeay! hehe. sesuai ke muka i buat sanggul tinggi ni? ehehe
TheBubblyMe said…
Alhamdulillah.. thanks dear for the info =D
Mrs Kecik said…
mysarah: saya pun sangat setuju. kalau ada ragu2..baik jangan. kalo betul2 yakin, boleh la teruskan.

cikbelle: saya pon rasa saya tak sesuai bersanggul tinggi..hehe.. i choose to be me.

bubblyme: u're welcome dear..=)
Elya Roza said…
haa..elya dh tgkk video tu...:)

Popular posts from this blog

Lafaz Taklik bagi Negeri Kedah

bring it on - the hantaran

Birth Story : Episode 3