budget tunang

for those yang planning nak bertunang. tips utama daripada saya ialah ikut kemampuan! bagi yang selalu blogwalking, memang anda akan terpengaruh dengan kecantikan majlis blogger2 tertentu. sebab saya sendiri penah macam tu. sampai satu tahap saya stress. tapi saya dah buat ingatan untuk diri sendiri, untuk lebih rasional. bukan ikut nafsu.

saya sediakan budget dalam bentuk excel. saya sediakan ruang untuk budget dan perbelanjaan sebenar. saya masukkan segala perbelanjaan sebelah saya dan sebelah encik tunang, catering, kain, tempah, hantaran, tol, minyak, dll. sebaiknya budget lebih sedikit dalam 10% daripada jumlah sebenarnya. hampir keseluruhan majlis tunang saya ditanggung oleh saya dan encik tunang. mama abah ada jugak top up here n there, tapi saya cuba untuk minimisedkan jumlahnya. (macam anak solehah kan kan..kihkih). tapi sebenarnya saya tahu majlis kahwin nanti akan disponsor oleh mama abah lebih separuh. hehe.. kira saya cuba lah tanak menyusahkan part tunang ni. ada jugak sedara mara dan jiran2 yang sponsor kuih muih dan doorgift. alhamdulillah..

tips untuk save budget majlis tunang:
1. jangan rapat2 sangat dengan sedara mara
2. jangan kawan ramai2 orang
3. cari pasangan antara jiran tetangga ja
4. semua menda buat sendiri termasuk kait baju sendiri, bancuh gam sendiri, lekat sendiri, dll.
5. takyah bertunang langsung.

hahaha..ye, jangan ikut tips saya.

jemputan majlis tunang saya 200+, sebab saya ada ramai sedara mara yang rapat dan dekat, termasuk jiran tetangga yang sangat rapat, kawan2 saya jugak ramai dan sanggup bersusah payah balik dr jauh untuk majlis saya. saya sangat2 bersyukur dan gembira.

encik tunang saya orang selatan, saya di utara. maka tol dan minyak mahal. tol lebuhraya ok, bukan tol2 masa majlis tu, kat utara takda adat tu. dan perlu fikirkan accomodation untuk keluarga beliau dari jauh tu.

saya anak tunggal tercenta mama abah saya. saya kerja jauh. maka, mama lebih selesa dengan catering daripada masak sendiri. saya terlebih kreatif untuk DIY. maka semua kena tempah.

alhamdulillah..saya sangat2 hepi. no complaint at all from me.

terima kasih kepada mama abah yang excited dan bersusah payah, jiran2 (walopon diorang tak baca blog ni) yang banyak support n tolong mama abah yang kadang2 panik tatau nak buat macam mana, keluarga dan kawan2 yang sentiasa ada dari jauh dan dekat...n encik tunang dan keluarga sebab sudi meminang saya. hikhikhik.. i love you~~

sapa nak excelsheet saya, sila email ok. =)


Comments

Inimeeya said…
hi nasrah,
lama tak keep in touch.u org selatan?johor ke?^_^
Mrs Kecik said…
hi meeya!
negeri sembilan+pahang=selangor. hehe..
Inimeeya said…
owhh..i thought u org johor.haha.nak kasi i excel tu tak?haha.ada udang disebalik mee betul!^_^
Mrs Kecik said…
saya keje di johor. hehe..umah di kedah. boleh je..bak email.
Inimeeya said…
ooo yekee..so, duduk di johor jugakla!merantau sungguh kamu.saya pun tgh pening-pening mcm mn nak kurangkan budget utk tunang dan kawen ni.rasa sume nak diy sendiri.tapi, mcm tak mampu!haha.
hamizah85@gmail.com
hehe mcm masa saya tunang dulu..

heh saya tunang dulu express jer hehe...
fuzziha said…
gam sendiri?amoih2 mcm pengalaman lenguh pinggang duk gam kat umah 1158 ja..
Mrs Kecik said…
eija: express lg bagus. takyah pening2. tau2 dh setel.

kakyang: hahahahahaha..typo..bancuh sebenarnye..haha..masa taip tadi tak ingat plak pasal tu. jap nk edit..bg menarek sikit. hahaha..
Aty Fared said…
yeah..untuk bertunang tak perlu lebih2 sangat pon...better fokus n menyimpan tuk wedding nanti... :)

owwhh... i suker tips u... ;p hahahah
Mrs Kecik said…
hahaha..jgn ikut tau tips tu!
Lala said…
ambil ikhtibar dan ambil tips u..!
i akan tunang by one month. dan mmg terpengaruh dgn b2b lain.
hehehe
thezaila said…
i second u on the first tips...

IKUT KEMAMPUAN..

betul..mmg mudah terpengaruh dgn blogger lain yg besar periuk nasik nya...

harus plan baik2..sbb kemudian hari nya,kita yg menanggung.. =)

Plan dgn lebih awal.. ni juga membantu utk cut cost.. =)
Mrs Kecik said…
Lala: amik tips utama je tau. tips lain xleh pakai. hehe..

zaila: kaan..mmg terpengaruh jugak la..hehe. seb baik cpt menyedaran diri sendiri.
Qistin Fadzin said…
tips save budget hg - ada org brtunang pakai baju kait kah? eskimo mungkin :P gam sendiri & lekat sendiri boleh save RM 0.07 ok! kalo seribu keping, dah barapa? :P
Mrs Kecik said…
wahahahahaha...aku ingat kalo aku amik upah guna bontot aku mungkin patut charge rm700..tu selepas diskaun bhgn kyang. kihkih..
Elya Roza said…
setujuu!!! ukurlah baju dibadan sendiri kan...he3
Aini Zamila Zemani said…
mrs kecik, boleh tak email u punye excel sheet. would be glad to use it on my engagement party. thanks. happy marriage life!!
nurainizemani@yahoo.com

Popular posts from this blog

Lafaz Taklik bagi Negeri Kedah

bring it on - the hantaran

Birth Story : Episode 3